Monday, June 2, 2014

EBook: Panduan Mudah Perundangan (98 mukasurat) Tajuk: Bolehkah anda bertindak sendiri tanpa peguam?

Alhamdulillah syukur kepada Allah ebook ini telah siap. Terdapat penambahbaikkan sebagaimana yang diminta oleh para pembaca awal. Kepada yang telah sudi membaca dan memberi komen-komen serta cadangan, terima kasih saya ucapkan.

Ebook ini mengandungi panduan-panduan mudah untuk orang awam memahami subjek yang dibincangkan, carta dan banyak lagi. Keseluruhanya berjumlah 98 mukasurat.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan ebook ini sila email kepada saya kirzuan@gmail.com. Harga ebook ini RM10 sahaja tetapi bagi yang kurang berkemampuan, sila beritahu saya dalam email anda insyaAllah saya akan berikan secara percuma.

Antara panduan-panduan yang dibincangkan di dalam ebook ini adalah:-

Pengenalan Buku ini
Pengenalan Topik
Apa yang anda perlu tahu?
Hak untuk didengar di dalam Mahkamah
Keadaan dimana anda boleh dan tidak boleh bertindak sendiri
Perlukah saya membuat laporan polis?
Memahami dan menyediakan kes anda
Cara peguam dan Mahkamah berfikir
Apa yang anda perlu lakukan sebelum memulakan tindakan
Notis Tuntutan
Contoh notis tuntutan
Tempoh dan had masa mengambil tindakan
Dimana saya perlu bawa kes saya?
Memindahkan kes dari satu Mahkamah ke Mahkamah yang lain.
Carta ringkas tindakan anda di Mahkamah
Melakukan kesilapan prosidur
Adab di dalam Mahkamah
Pelan susun atur kedudukan di dalam Mahkamah
Kenali siapa hakim anda
Kenali siapa lawan anda
Kenalpasti isu kes anda
Persetujuan kepada fakta dan isu
Kenalpasti kekuatan hujah anda
Cari sokongan hujah anda
Bahan rujukan bagi membantu kes anda
Cuba fikirkan kelemahan isu dan hujah anda
Kenalpasti isu dan hujah lawan anda
Sediakan jawapan kepada isu dan hujah lawan anda
Penyampaian dan penerimaan kertas kausa
Penyampaian Kertas Kausa
Penerimaan kertas kausa
Masa adalah sangat penting
Mediasi sebelum perbicaraan
Kos dan perbelanjaan
Keputusan kes
Penguatkuasaan Penghakiman
Sitaan dan Lelongan
Saman Penghutang Penghakiman
Kebankrapan
Penggulungan Syarikat
Keberkesanan tindakan
Rayuan
Bantuan Guaman
Legal Aid (Bantuan Guaman) Majlis Peguam Malaysia
Jabatan Bantuan Guaman
Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan
Nota Tambahan
Penutup
Hakcipta
Penafian
Penghargaan
Latarbelakang Penulis

Moga para pembaca akan mendapat manfaat daripada ebook ini. selamat membaca!