Thursday, February 6, 2014

Kisah Dua Pekebun dalam Kisah-kisah Al Kahfi

Kebun anggur yang ranum dan enak rasanya
Catatan ini amnya pada ayat 32-45. Ini suatu kisah 2 Pekebun.... Dijadikan kepada mereka pekebun yang punya ladang anggur. Dan dikelilingi ladang itu ada pula ladang Tamar. dan ada antaranya pokok-pokok buah-buahan yang lain-lainnya. Masing-masing pekebun ada Jannat atau Ladang masing-masing.

Memang kedua-dua Dusun atau Kebun atau Ladang itu mengeluarkan hasil. Dan memsisahkan kebun mereka ada sebatang sungai yang mengalir.

Salah seorang Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta yang lain; lalu berkatalah dia kepada rakannya, tuan kebun yang satu lagi. dia sound rakannya itu: "Hey mamat! Aku lebih banyak harta daripadamu. Aku lebih berpengaruh. Dan pengikut-pengikut aku lebih ramai".

Dan kereknya dia ajak rakannya itu masuk ke Kebunnya. "Mat, mai masuk kebun akui ni! Lihatlah betapa ranumnya buah-buahan ini semua. Kau punya aku tengok lebih kurang jer! Taklah sesubur kebun aku. Kau tahu tak aku punya teknik pertaninan yang orang lain tak tahu. Aku yakin kebun aku akan terus masyhur dan aku pasti ianya tak akan musnah!"

"Eh! Mat. Kau rasa Qiamat akan berlaku ker? Aku fikir tidak. Aku nak hidup lama di dunia ini! Mmmm! Kau percaya adanya Allah? Bagi aku..... takpelah; jika Allah itu ada pun, aku rasa akulah yang nanti bila aku mati dan dihidupkan semula; aku akan diberikan oleh Allah Tempat yang lebih baik daripada apa yang aku ada di dunia ini!"

Saya berhenti pada ayat 36 Surah berkenaan. Kerana apabila kita meneliti dialog antara mereka kita mesti kupaskan apakah soal yang mesti diambil hikmah?

Jika nada menerlus ke dalam intipati persoalannya dapatlah kita rungkai soal Idealisme yang diperbincangkan. Apabila sang kaya itu meyombong akan hartanya. Maka itulah maksudnya Materialisme. Anda tahu atau tidak berapa banyakkah idealisme di dunia ini yang bersandar kepada Materialisme? Kedua-dua idealisme sosio-ekonomi Kapitalisme dan Komunisme bersandar kepada soal pokok Materialisme. Materialisme adalah ideologi yang menolak soal Super Power. 

Dan ini cabaran besar kepada setiap orang Islam pada hari ini untuk melihatfaham di manakah kedudukan material itu dengan konsep "Innallaha Yabshutu Ar Rizq Wa Yadqir". Dan pada Al Kahfi sekali lagi Allah memberi faham kepada manusia bahawa Al Mal Wal Banun - Zinatal hayat ad dunia....

Dan kita teruskan kisah ini selanjutnya pada ayat 37:

Berkata rakan petani itu. "Hai Lan! Kenapa kau cakap Qiamat tak akan berlaku? Dan kenapa kau cakap seperti tidak yakin kepada wujudnya Allah?"

"Hei! Kau tahu tak? Sanggup kau kufur? Kau tahu tak! Allah jadikan kamu daripada TURAB. Tanah! Lan..... Kau dijadikan daripada tanah... Kau tahu tak? Dan daripada tanah Allah jadikan Nutfah! Air mani. Sperma dan Ovum... kau tahu tak? Kau faham tak Sains Biologi Lan! Kau bacalah Surah At Thaariq!"

"Selepas Sperma bercantum dengan Ovum, maka jadilah kau janin sehingga kau dilahirkan dan menjadi besar dan berdiri di sebelah aku ini! Kau sedar tak apa yang kau perkatakan tadi Lan?"

"Lan, Aku yakin dan percaya Qiamat itu pasti. Mati itu benar. Dan aku yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Ilahku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Ilahku."

"Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: Semuanya ialah apa yang dikehendaki Allah! Semua ini MA SYAA' ALLAH. SEBAB ALLAH KEHENDAKI KEBUNMU SUBUR. Kau tak ada apa-apa kehebatan pun!"

"Kau tahu tak! LA QUWWATA ILLA BILLAH! Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah?"

"TAK APALAH! Kalau engkau memandangku sangat KURANG tentang harta dan anak, berbanding denganmu, maka mudah-mudahan Ilahku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan aku bimbang Dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus."

Anda takut tak ada duit? Anda takut pada DUIT? Wahai Saudaraku! Duit itu hanyalah suatu PERHIASAN DUNIA. Anda nak DUIT? Allah boleh berikan jika anda mahukan duit. Tapi apa sebenarnya tujuan anda untuk hidup ini? Duit? Duit atau Uluhiyyah Kepada Allah? 

Dalam dialog sebelum ini. Allah menyebut! Ma Syaa' Allah.... Apa yang kau lihat rasa itu kerana Ma Syaa' Allah. Kau sekarang ada apa? Rumah besar? Kereta besar? Anak ramai? Ma Syaa' Allah. Jika Allah KEHENDAKI, Allah akan berikan..... Apa? Sebab kau bijak? Sebab kau brilliant? Oh! tidak! Semuanya KERANA Allah bagi. 

Saya dahulu pernah memimpin suatu Kelab Sahabat Mawi. MAWI FC. Apakah mulut yang terpacul daripada budak yang dahulunya susah dan miskin yang datang dari Felda itu.... Tidak lepas dari mulutnya... "REZEQI ALLAH BAGI!...." Inilah maksudnya LA QUWWATA ILLA BILLAH. Tiada suatu pun yang berkuasa melainkan ALLAH. Zikirlah LA QUWAATA ILLA BILLAH. Bacalah pada 18:39

Kita sambung lagi....

Dialog terkahirnya tadi.....

"TAK APALAH! Kalau engkau memandangku sangat KURANG tentang harta dan anak, berbanding denganmu, maka mudah-mudahan Ilahku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan aku bimbang Dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus."

".....Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi".

Dan segala tanaman serta hartabenda ORANG YANG BELAGAK KAYA ITU dibinasakan, SI KAYA ITU MENEPUK-NEPUK DAHINYA kerana menyesal terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh SEGALA PARA-PARA YANG DITANAM ANGGUR dan seluruh tanamannya; sambil dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!"

Dan TIADA SESIAPAPUN yang boleh menolongnya, selain dari Allah; dan "sikaya" pula tidak dapat membela dirinya sendiri.

Pada saat yang sedemikian itu - Al walayatu lillah AL HAQ! - kekuasaan memberi pertolongan adalah HAQ Allah, Ilah yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia kepada manusia yang taat.

DAN ALLAH PUN MEMBERIKAN SUATU MISAL:
"Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain dan kembang suburlah ia disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan ingatlah BAHAWASANYA Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Ya, saudaraku sekalian.... Ambillah misal daripada Allah ini. Kehidupan kita ini seperti AIR.

Latar Kisah cerita Bangunan Tabung Haji dan jasa Ungku Aziz

Bangunan Tabung Haji Jalan Tun Razak - Raja Ahmad Aminullah 

Sedang saya menulis di Fesbuk tentang Kisah Al Kahfi; ternotifi satu nota daripada Ungku (Raja Ahmad Aminullah), salah seorang guru saya. Terlihat oleh saya gambar Bangunan Tabung Haji dengan Nota:
Dari ide(a) pada melembaganya institusi.
Ungku Aziz. 
Foto: r a
6 Feb 2014.

Semakin teruja saya bila mula-mula membaca komentar salah seorang Rakan FB Ungku seperti berikut:-

1. Tengku Mohamed Taib 
For the record, when Tabung Haji started operations in1963, there were 1,281 depositors with a total savings of US$15,400. Currently, LUTH has 8.2 million depositors with with assets of US$10.4 billion; thanks to the seemingly simple but brilliant idea of Ungku Aziz who successfully proposed the institution of Shariah approved savings for pilgrimage instead of keeping money under pillows or burying it in earthen jars or worse, selling away inherited land to finance the hajj pilgrimage. The point? We are very good at conveniently forgetting contributions by our fellow Malaysians. In this instance, how many of our teenaged children and grandchildren are made aware of the fact that it was Ungku Aziz's brilliance that gave birth to this game-changing institution that is now looked up to by the Muslim world and ummah as the ideal model in the management of hajj and umrah pilgrims to Al Mukkarramah and Al Munawwarrah? Pray tell.

Lalu Ungku pun Reply,

2. Raja Ahmad Aminullah 
Precisely the point that I was trying to make through a minimal melange of words, bro Tengku Mohamed Taib, but of course you put it much more poignantly with all the awesome figures mentioned through your-as-usual diligent research. But on another matter upon which I am sure we are in full agreement, it is about recognising the sterling contributions of our upright citizens. Forget "our teenaged children and grandchildren": how many of our own generation and those a decade or two younger really appreciate them, as opposed to the honours, accolades and sundry titles heaped upon 16-year old singers and the nouveau riche?

Dan komentar balas selanjutnya,

3. Tengku Mohamed Taib 
Quite, Bro Raja Ahmad Aminullah, quite. We are very much into the political exigency of playing to the gallery in the effort to retain popularity and whatever comes with it. We do not seem to have the will to do what is right. Sad! Tragic even!

Dan berakhir dengan komentar daripada Ungku

4. Raja Ahmad Aminullah
Ya, kita lebih mudah menyediakan ruang dalam media cetak dan penyiaran untuk peserta dunia hiburan dari tokoh2 academik kita. Kita lebih mudah memberi puji2an serta pelbagai rupa pengiktirafan serta gelar pada khalayak nouveau riche/OKB dari menghargai tokoh2 intelektual,, penulis dan budayawan bangsa. Seharusnya kita mengambil pelajaran serta ilham dari Teks Agung serta sejarah tamadun2 manusia bahawa tamadun yang besar hanya dimungkinkan dengan ilmu dan pembacaan yang luas.

***Saya menyalin semula dengan kebenaran dan izin daripada mereka sebagai suatu disiplin dalam harta intelek dan adab Melayu.

Moga nota ringkas berupa kometar ini dapat memberikan kita semua 'ideas' dan 'thoughts'. Kebijaksanaan YM Ungku Aziz dirasai. Lalu kita sebagai generasi muda/terkemudian mesti menggandakan ide(a) dan pemikiran.

Oleh: Ahmad Ansor Batubara

Bangunan Tabung Haji - Foto by r.a.

Wednesday, February 5, 2014

Isu Rakyat: Kenaikan Harga Barangan Keperluan Harian

Oleh: Ahmad Ansor Batubara

Tauke Kedai Makanan yang saya makan tengahari tadi merasa bersalah bila terpaksa memberitahu saya bahawa harga makanan di kedainya sudah naik. Beliau juga bagaikan terpaksa menerangkan kepada saya bahawa harga bahan mentah semuanya naik. Sehinggakan tak ada yang tak naik harganya. Saya tak minta pun dia menceritakan tetapi begitulah pekedai yang baik terkadang mereka tak sampai hati nak beritahu bahawa harga makanan di kedainya sudah naik. 

Di Ipoh sekarang seketul kuih kini harganya 40 sen seketul yang mana sebelum ini masih 30 sen. Pihak kementerian tak boleh senang lenang dalam hal ini. Nanti tiba-tiba berlaku "renjatan ekonomi" siapa yang susah? 
Ini cara cakap kampung sikit supaya ramai orang boleh faham.

Orang-orang yang menjerit bising itu kerana menyatakan kerisauan. Sebab setiap orang kini yang anaknya masih bersekolah ada banyak komitmen. Harga minyak sahaja telah menambahkan kos belanja harian. Ini keresahan hakiki yang bukannya cakap politik. Kenaikan berganda ini nampaknya bagai pembunuh senyap dalam ekonomi negara. Kedudukan ekonomi yang sebenarnya sudah inflasi masih didiamkan. 

Sesiapa yang masih merasa selesa lagi; jangan fikirkan orang lain berada dalam kedudukan yang sama. Ramai sebenarnya rakyat Malaysia hidup dalam tahap insolven. Banyak juga kes penceraian yang berlaku setiap hari kesan daripada tekanan ekonomi. Semua masih membisu dan tak mahu nyatakan apakah statistik terkini. Ditambah lagi keadaan yang merunsingkan ini menjadikan sesetengah suami mahu mencari wang daripada sumber judi di Pusat Game Kuda Haram.

Duit ada RM10; nak try bet la kot dapat RM100 sebab nak beli susu dan pampers anak. Akhirnya rugi dan berhutang pula. Anda mesti cuba dengar suara dan denyut nadi rakyat bila minum teh di Restoran Mamak. Lihat semua orang yang sedang minum itu. Berapakah yang sedang runsing di kepala otak mereka sebab duit tiada di tangan. Anak menangis tiada susu. Pampers tiada. Memang senario ini mengerikan. Ramai isteri di rumah yang menangis. Suami tak ada. Bukan suaminya meninggalkan rumah. Tapi pergi menghisap dadah kerana tension!!!!!

Keratan Akhbar - Harga Brang Naik

Pantun Salafi Di Tanah Mauli (tribute to Sheikh Junid Thala)

Mahuku Salafi dalam Wahabimu nescaya aku bukan Si Sufi dalam Zuhudmu
Aku bukan pencincang Mut'ah dalam Nikah Syi'ahmu
Juga harus aku elak Tariqat dalam sesat Ana Allahmu
Aku memanggil Tahlil dalam Dua Rukunmu
Nescaya aku akan merasa enak Zat dalam WajahMu
Rohku pinjam adalah Kalimat Qur'aniMu
Nafsuku Mutma'innah dalam Ladun IlmanMu
Nafi dan Itsbat meniti di Dua Kalimat Tahlil itu.....
Maqam Sheikh Haji Junid Thala, Mujahid Sumatra dan Tanah Semenangjung

Sheikh Junid Thala - Wikipedia 

Tuesday, February 4, 2014

Sejarah Kedah - Kaitan Acheh, Perak dan Melaka; mewarisi Tambralingga dan Gangga Negara

Suvarnabhumi itu adalah Nusantara kini; atau ASEAN
Perhatikan pula Silsilah Kesultanan Kedah: 
A. Sri Paduka Maharaja Mahajiva, Raja of Kedah. Styled Phaya Ong Maha Podisat by the Siamese. 

B. 1136 - 1179 Paduka Sri Sultan Muzaffar Shah I, Sultan of Kedah. Sri Paduka Maharaja Durbaraja II / Phra Ong Mahawangsa by the Siamese. Sri Paduka Maharaja Durbar Raja before his accession. The first ruler of Kedah to embrace Islam. 
C. 1179 - 1202 Sultan Mu'azzam Shah ibni al-Marhum Sultan Mudzaffar Shah, Sultan of Kedah. 
D. 1202 - 1237 Paduka Sri Sultan Muhammad Shah ibni al-Marhum Sultan Mu'azzam Shah, Sultan of Kedah. 
D. 1237 - 1280 Paduka Sri Sultan Muzzil Shah ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah.

E. 1280 - 1321 Paduka Sri Sultan Mahmud Shah I ibni al-Marhum Sultan Muzzil Shah, Sultan of Kedah, having had issue, two sons and one daughter:
1) Sultan Kedah berikutnya
2) Tunku Azlin ibni al-Marhum Sultan Mahmud Shah, Tunku Sri Paduka Maharaja Suriya. 
>>P1) Tunku Putri Zubaida binti al-Marhum Sultan Mahmud Shah. m. Sultan Ahmad Bahian Shah Malik uz-Zahir ibni al-Marhum Sultan Muhammad Malik uz-Zahir, Sultan of Samudra Pasir (d. 1349), son of Sultan Muhammad Malik uz-Zahir ibni al-Marhum Sultan Malik us-Saleh, Pembangun and Raja Pertama of Samudra Pasir. She had issue, at least one son and one daughter.

F. 1321 - 1373 Paduka Sri Sultan Ibrahim Shah ibni al-Marhum Sultan Mahmud Shah
G. 1373 - 1423 Paduka Sri Sultan Sulaiman Shah I ibni al-Marhum Sultan Ibrahim Shah, Sultan of Kedah, elder son of Paduka Sri Sultan Ibrahim Shah ibni al-Marhum Sultan Mahmud Shah, Sultan of Kedah, by his wife, Tunku Mala, Raja Permaisuri, having had issue, including three sons:
1) Sultan Kedah berikutnya.
2) Tunku Mansur ibni al-Marhum Sultan Sulaiman Shah, Raja Muda of Kota Sungai Mas. He had issue: a) Tunku …, who had issue: i) Tunku …, who had issue: (1) Tunku Ismail. m. Tunku Nur Aisha ibni al-Marhum Sultan Mahmud Shah, daughter of Paduka Sri Sultan Mahmud Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal-Abidin, Sultan of Kedah, by his wife, Che' Larasari, Paduka Bonda.
3) Tunku Muhammad Jiwa ibni al-Marhum Sultan Sulaiman Shah.

H. 1423 - 1473 Paduka Sri Sultan Atau'llah Muhammad Shah I ibni al-Marhum Sultan Sulaiman Shah, having had issue two sons and two daughters:
1) Sultan Kedah berikutnya.
2) Tunku 'Usman ibni al-Marhum Sultan Atau'llah Muhammad Shah, Tunku Paduka Maharaja Temenggong Anggota Desa (s/o the Tengku Permaisuri). Granted the rank and title of Tunku Paduka Maharaja Temenggong Anggota Desa by his brother. He d. after 1547, havin had issue, a son:
a) Tunku Muhammad Sa'ad bin Tunku 'Usman, Raja Temenggong Anggota Desa. m. Tunku Kutam binti al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal-Abidin, daughter of his paternal uncle, Paduka Sri Sultan Muhammad Jiwa Zainal-Azlan I Mu'azzam Shah ibni al-Marhum Sultan Atau'llah Muhammad Shah, Sultan of Kedah.
1) Tunku Putri binti al-Marhum Sultan Atau'llah Muhammad Shah (d/o the Che' Puan).
2) Tunku Pok binti al-Marhum Sultan Atau'llah Muhammad Shah (d/o the Che' Puan).

I. 1473 - 1506 Paduka Sri Sultan Muhammad Jiwa Zainal-Azlan I Mu'azzam Shah ibni al-Marhum Sultan Atau'llah Muhammad Shah, Sultan of Kedah, eldest son of Paduka Sri Sultan Atau'llah Muhammad Shah I ibni al-Marhum Sultan Sulaiman Shah, Sultan of Kedah, by his first wife, Che' Puan Paduka Bonda, educ. privately. Succeeded on the death of his father, 22nd January 1473. m. Tunku Mariam. He d. at Istana Baginda, Kota Siputih, 15th June 1506 (bur. there at the Royal Cemetery), having had issue one son and one daughter:
1) Paduka Sri Sultan Mahmud Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal-Abidin, Sultan of Kedah - see below.
1) Tunku Kutam binti al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal-Abidin. m. Tunku Muhammad Sa'ad bin Tunku 'Usman, Raja Temenggong Anggota Desa, son of her paternal uncle, Tunku 'Usman ibni al-Marhum Sultan Atau'llah Muhammad Shah, Tunku Sri Paduka Maharaja Surya - see above.

J. 1506 - 1547 Paduka Sri Sultan Mahmud Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal-Abidin, Sultan of Kedah Dar ul-Aman, son of Paduka Sri Sultan Muhammad Jiwa Zainal-Azlan I Mu'azzam Shah ibni al-Marhum Sultan Atau'llah Muhammad Shah, Sultan of Kedah, by his wife, Tunku Mariam, educ. privately. Succeeded on the death of his father, 15th June 1506. He chaned the name of his realm to Kedah Dar ul-Aman, established a stable currency and encouraged trade. m. Che' Larasari, Che' Puan Paduka Bonda, a commoner. He d. at Istana Baginda, Kota Siputih, 15th January 1547 (bur. there at the Royal Cemetery), having had issue, one son and one daughter:
1) Paduka Sri Sultan Muzaffar Shah II ibni al-Marhum Sultan Mahmud Shah, Sultan of Kedah Dar ul-Aman - see below. 
2) Tunku Nur Aisha binti al-Marhum Sultan Mahmud Shah. m. Y.M. Tunku Ismail, greatgrandchild of Tunku Mansur ibni al-Marhum Sultan Sulaiman Shah, Raja Muda of Kota Sungai Mas - see above.

K. 1547 - 1602 Paduka Sri Sultan Muzaffar Shah II ibni al-Marhum Sultan Mahmud Shah, Sultan of Kedah Dar ul-Aman, elder son of Paduka Sri Sultan Mahmud Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal-Abidin, Sultan of Kedah Dar ul-Aman, by his wife, Che' Larasari, Che' Puan Paduka Bonda, educ. privately. Succeeded on the death of his father, 15th January 1547. m. (first) Che' Tempawan. He d. 3rd August 1602 (bur. at the Royal Cemetery, Kota Siputih), having had issue, one son and one daughter:
1) Paduka Sri Sultan Sulaiman Shah ibni al-Marhum Sultan Muzaffar Shah, Sultan of Kedah Dar ul-Aman - see below.
1) Tunku Jahara binti al-Marhum Sultan Muzaffar Shah.

1. Suatu catatan Silsilah yang Tersusun dan Authentik.
2. Catatan tahun mesti diambil secara fleksible (awalan catatan)
3. Ambil Nota bahawa susur galur ini punya rangkaian Tambralingga, Acheh, Gangga Negara dan Srivijaya

Ulasan:

A. Nama yang merujuk kepada Warisan Tambralingga (ketika serangan Kerajaan Chola) – Bapa kepada Ibu Parameswara. Juga Gangga Negara
B. Parameswara 
C. Nama Sultan Muzaffar sungguh signifikasi* ada banyak huraian boleh dibina faham
D. Lihat pada E – kaitan kembali hubungan Kedah – Acheh
E. C hingga K boleh disaring banding dengan senarai Sultan-sultan Melaka dalam Kesultanan Melaka
F. J – Sultan Melaka terakhir
G. K – Sultan Perak Pertama
H. Boleh juga disaring banding dengan senarai Kesultanan Acheh

Posisi Parameswara, Sang Nila Utama dan Kerajaan Tambralingga dalam Sejarah Thailand

Peta Negara Thailand hari ini
Bahagian besar dalam Sejarah Thailand ialah Sejarah Siam atau Syam. Di dalam Wiki Thailand dicatat sebagai garismasa pemerintah Kerajaan Ayuhthia ialah:-

1. U Thong / RAMATHIBODI -1351-1369
2. King RAMESUAN -1369-1370 / 1378-1995

Perhatikan 2 nama :

1. Somdet Phra Rama Ratchathirat / Ramaracha or Ramaraja -1396-1409
2. Khun Luang Pa Ngua / Borommaracha / Boromma Rachathirat /Barom Rajadhiraj I -abang ipar Ramesuan (1371-1378)

Teradahulu perhatikan - Pho Khun Ram Khamhaeng 1279-1298
He was a son of Prince Bang Klang Hao, who ruled as King Sri Indraditya, and Queen Sueang, though legend claims his real parents as an ogress named (nama ganas) KANGLI and a FISEHRMAN {Jeumpa/Champa??? fikirkan}

Lihat lagi: 

1. Borommapan, King Thammaracha IV, Phra Maha Tamaraacha 1-III (1347-1419)
2. 1298-1323 : Phya Loethai >>>SEPUPU>>> 1323–1347 Phaya Nguanamthom
3. (1279) Ban Mueang / (1238-1270) Pho Khun Sri Indraditya

ULASAN: 

1. Dilihat sangat meragukan catatan silsilah ini bila dilihat dalam konteks negara Thailand kini. Mesti dilihat dalam konteks Nakhon Si Tammarat / Tambralingga
2. Ambil nota ketika ini Expansi GAJAH MADA - Majapahit 1334-1359 ke seluruh Asia Tenggara semasa di bawah pemerintahan Ratu Tribhuwana Wijayatunggadewi.
3. Ringkasnya, ada serangan bertali arus dari Kerajaan Chola di Selatan India. Satu nama dalam Sejarah Melayu, Raja Suran boleh dinotakan. (Antara abad 10-12M). Empayar Srivijaya asal diserang - Sumatra + Jawa + Semenanjung
4. Revival kerajaan baru warisan Srivijaya - Dharmasraya; pada awal abad ke 12.
5. Di Jawa permulaan kerajaan Singhasari pada awal abad 12 dan diwarisi Majapahit pada hujung abadnya. 

SELANJUTNYA:

1. 2 abad Kerajaan Chola menawan Asia Tenggara. 
2. Catatan menunjukkan serangan ke atas (1) Langkasuka (2) Kataram/ Kedah (3) Tambralingga (4) Khemer/Champa/Kampuchea) (5) Gangga Negara (6) Pasai (7)Sumatra dan Jawa - semua ini boleh dilihat sebagai satu wilayah negara bangsa di bawah kepimpinan Srivijaya
3. Ramathidbodi - Sang Nila Utama; King Ramesuan - Parameswara
4. Tammaracha = Tambralingga
5. Nama spt Barom / Rajadhiraj / - merujuk kpd pengaruh penjajah/wakil penjajah Kerajaan Chola.
6. Ram Khamhaeng juga boleh merujuk kepada Parameswara (jika dilihat ada pertindanan catatan, abaikan catatan tahun).
7. Kerajaan Angkor bukan terpisah dgn jalan cerita sejarah ini; kerana itu adalah wilayah asal Champa/Pasai (Acheh)/Tambralingga. Angkor ialah ketika dijajah/dlm pentadbiran jajahan Chola...

NOTA: Semasa Penjajahan Chola di Asia Tenggara - pada masa ini Candi-candi dan Brobudur dibina di Jawa dan di Kampuchea/Khemer.

Saya catatkan satu kunci THERAVADA BUDDHISM

Marilah intai formulasi sejarah keturunan dan ketamadunan manusia berpandukan Al Qur'an

Sejarah Keturunan/Ketamadunan Manusia. 
Panduan am: 
(1) Ali Imran 3:33
Indeed, Allah chose Adam and Noah and the family of Abraham and the family of 'Imran over the worlds -
(2) 3:34 - Descendants, some of them from others. And Allah is Hearing and Knowing.

Saya telah menolak Formulasi Keturunan Manusia yang berasaskan BOOK OF GENESIS (Torah/Bible Old Testament). Di mana mereka mencatat keturunan manusia daripada 3 orang anak Nabi Nuh iaitu SAM, HAM dan YAFIDZ.

Formula Al Qur'an: ADAM - NUH, KELUARGA IBRAHIM, KELUARGA ALI IMRAN - dan keturunan yang datang dari perkahwinan sesama keturunan mereka.

Formula ini kira tambah nilai dengan formula Banjir Besar. Di mana mereka yang mengikuti Nuh adalah anak-anaknya dan kaumnya yang mendengar. Jadi keturunan manusia ada yang datangnya dari Nabi Nuh dan ada yang bukan darinya juga. Kita tandakan yang bukan dari Nabi Nuh sebagai Keturunan Adam. 

FASA 1 - Keturunan ADAM - - Nabi Idris, Nabi Nuh (istawa ala Al Judi)
*tiada catatan nama Isteri Adam hanya dinota sbg Zaujah; dan nama anak Nabi Adam juga tidak dicatat hanya dinota sebagai Bani Adam*
*tiada dinota nama anak Nabi Nuh yang tenggelam dan hanya dinota Isterinya sbg 2 wanita yang Kafaru sbg Imra'at* 

FASA 2 - 
(1) Keturunan Adam/Nuh - Nabi Hud, 'Ad, Iram
(2) Keturunan Nuh - Nabi Shaleh, Tsamud
(3) Descendants, some of them from others, Babil

FASA (3) -
(1) Keturunan Adam/Nuh - Ibrahim, Luth (Kaum Al Mu'tafikah)
(2) Keturunan Ali Ibrahim - Ismail, Ishak, Ya'qub (Bani Isra'il - Musa, Imran), Yusuf - Al Malik (Mesir)
(3) Descendants, some of them from others, Kaum Fir'aun/Qarun

FASA (4) -
(1) Keturunan Adam/Nuh - Ayub, Syu'ib (Kaum Madyan, Ashabul Aikah/Rass)
(2) Keturunan Ali Ibrahim - Bani Isra'il, Daud, Sulaiman (Kaum Tubba', Saba') -BALDATUN THOYYIBATUN WA RABBUN GHAFUR
(3) Keturunan Ali Imran - Isa (Kaf Ha Ya Ain Shad)
(4) Descendants, some of them from others, Rum, Al-A'rab, Ashabul Fil/Ukhdud

Adam(Alif) + Nuh (Ha) + Ibrahim (Mim) + Adam (Dal) = AHMAD
Adam/Imran(Mim) + Nuh (Ha) + Ibrahim/Imran(Mim+mim)+ Adam (Dal) = MUHAMMAD
Manusia bersifat beruk sahaja yang mengatakan manusia berasal daripada beruk

Kota Lima - Teaser



Ajarkan kepadaku ilmuMu Ya Rabb...

Monday, February 3, 2014

Perjanjian Jual Beli Hartanah (langkah demi langkah) - Apa itu Sistem Torrens?

Hartanah merujuk kepada sesuatu aset yang bersifat tetap. Tetap bukanlah kekal. Sesuatu yang dikatakan tetap adalah kerana ianya tetap sepertimana hal keadaan yang ianya disifatkan.

Tanah merujuk kepada suatu kawasan mukabumi yang mempunyai keluasan tertentu. Di Malaysia, persoalan tentang Undang-undang Tanah dinyatakan di bawah Kanun Tanah Negara, 1965. Undang-undang Tanah di Malaysia memakai prinsip undang-undang di dalam Sistem Torrens. Ianya adalah suatu garis panduan asas berkenaan undang-undang tanah yang diamalkan di Australia.

Sistem Torrens adalah suatu prinsip undang-undang berkenaan urusan pendaftaran hartanah di Australia. Sistem ini hanya terpakai sekiranya hartanah/tanah yang tersebut mempunyai dokumen pendaftaran yang dikeluarkan oleh sesuatu pejabat pentadbiran tanah.
Greg Taylor - Pakar Undang-undang Tanah

Pejabat Pentadbiran Tanah hari ini disebut sebagai Pejabat Tanah dan Daerah. Pejabat ini mengurus selia dan mentadbir tanah-tanah yang mana dokumen hakmilik pendaftarannya yang asal dahulunya di bawah seliaan Pejabat Mukim (Penghulu). Manakala, tanah-tanah yang dilupuskan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri pada/selepas tahun 1965, kesemuanya dokumen hakmilik pendaftarannya  diurus selia dan ditadbir oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri bagi sesuatu negeri. Pejabat Tanah dan Daerah bagaimanapun mengawal kutipan hasil tanah bagi semua lot-lot tanah yang terletak di bawah daerah pentadbirannya. Ianya juga, antara lainnya,  mengawal selia dan mentadbir hal yang berkaitan pelan tanah, kajian guna tanah, ukur keluasan dan penandaan batu sempadan tanah-tanah tersebut.

Berbalik pada soal Sistem Torrens tadi, ada dua Prinsip yang menjadi asas kepada undang-undang Tanah di bawah Kanun Tanah Negara. Pertamanya ialah prinsip Cermin. Dan keduanya, ialah prinsip Tabir (baca; Langsir).

Cermin ialah alat yang menunjukkan kesamaan pada Yang Asal dengan Imejnya. Kita hanya boleh melihat diri  kita pada imej yang dipaparkan oleh/di dalam cermin. Begitulah halnya dengan dokumen hakmilik pendaftaran sesuatu tanah. Setelah sesuatu lot tanah itu dikeluarkan hakmilik pendaftarannya; akan terdapat sepasang dokumen Rekod Pendaftran Hakmilik. Setengah pasang disimpan oleh pejabat pentadbiran tanah sebagai Dokumen Hakmilik Daftaran dan setengah pasang lagi ialah Dokumen Hakmilik Keluaran iaitu Suratan Hakmilik yang disimpan/dipegang oleh Tuanpunya dan/atau Pemegang Gadaian. 

Prinsip Cermin menyatakan bahawa butiran dan maklumat yang terdapat di dalam mana-mana rekod pendaftaran hakmilik itu mestilah sama; yang mana butiran dan maklumat yang terdapat pada simpanan pejabat pendaftaran tanah adalah benar, muktamad dan terpakai. 

Bagi mentashihkan kebenaran dan kemuktamadan sesuatu butiran dan maklumat bagi sesuatu lot tanah; Prinsip Tabir pula dipakai. Iaitu semua individu/orang mempunyak hak untuk membuat Carian Hakmilik di pejabat pentadbiran tanah. Seperti langsir, untuk kita melihat apa yang ternyata di belakang tabir/langsir itu ialah dengan menyelaknya. Jadi, sebarang pertikaian yang akan timbul berbangkit dari soal Suratan Hakmilik dan butirannya boleh dijawab sekiranya Prinsip Cermin dan Prinsip Tabir dipakai serentak.

Sebagai contohnya, Ali berhasrat membeli lot tanah yang dimiliki oleh Ahmad. Dengan niat baik (jujur), Ahmad menyerahkan salinan Suratan Hakmilik lot tanah tersebut kepada Ali. Di dalam butiran dan maklumat yang terdapat pada suratan hakmilik jelas menunjukkan pemiliknya ialah Ahmad. 

Bagaimanapun, di luar pengetahuan Ahmad; adiknya telah memalsukan tanda tangan Ahmad dan memohon salinan Suratan Hakmilik yang baru dengan alasan Suratan Hakmilik Asal di dalam "simpanannya" telah hilang.    Biasanya pejabat pentadbiran tanah, akan mengeluarkan hakmilik pendua sebagi ganti kehilangan hakmilik asal. Dan setelah, Hakmilik Pendua diperolehi, sekali lagi adiknya memalsukan tandatangan abangnya (Ahmad) dan menjualkan lot tanah itu.

Ahmad langsung tiada pengetahuan tentang salah laku jenayah pemalsuan tandatangan oleh adiknya. Dan Ahmad percaya dia masih lagi pemilik berdaftar kerana Suratan Hakmilik Asal berada di dalam jagaannya/simpanannya.

Ali kemudiannya pergi ke pejabat Peguam bagi tujuan menyempurnakan proses pindakmilik hartanah melalui suatu Perjanjian Jual Beli Hartanah. Kerana tergesa-gesa nak memilik tanah tersebut, beliau menyerahkan jumlah harga jual beli sebanyak 50% di atas keyakinan bahawa pihak Ahmad berlaku jujur. Perjanjian Jual Beli belum lagi dimasuki.

Seminggu selepas menemui paralegal konveyansi hartanah di pejabat Peguam tersebut, beliau mendapat panggilan daripada staf pejabat peguam itu yang menyatakan bahawa lot tanah itu telah dijual dan Ahmad bukan lagi pemiliknya. 

Ali terkejut dan tergamam mengenangkan wang deposit Harga Jual Beli sebanyak 50% telah pun diserahkan kepada Ahmad. Beliau terus menelefon Ahmad untuk menjelaskan keadaan terkini tentang proses Jual Beli hartanahnya.

Telefon tersebut dijawab oleh anak Ahmad yang memberi tahu bahawa ayahnya telah ke luar negera selama sebulan kerana urusan perniagaan. Ali lantas diselubungi kekecewaan dan kerisauan yang melampau. Jumlah wang yang telah diserahkan olehnya berjumlah RM650,000-00 kerana Harga Jual Beli hartanah itu ialah RM1.3 juta.

Ali lantas menghubungi Peguamnya untuk mendapatkan nasihat guaman. Beliau dinasihatkan oleh Peguamnya membuat satu laporan Polis berkenaan apa yang telah berlaku. Bagaimanapun, beliau dimaklumkan Laporan Polis tersebut adalah bertujuan sebagai rutin asasi yang mesti dilakukan oleh sesiapa sahaja yang merasakan bahawa dirinya dianiaya oleh sesuatu kebarangkalian wujudnya sesuatu jenayah.

Seminggu selepas cuba menghubungi Ahmad melalui telefon, Ali menerima jawapan mesej email daripada Ahmad. Ali dminta oleh Ahmad agar bertenang dan tidak membuat langkah provokasi dengan memberikan peluang untuknya membuat semakan terlebih dahulu. Ahmad telah meminta peguamnya melakukan Carian/Semakan Lengkap  di pejabat pentadbiran hartanah dan akhirnya kedudukan sebenar telah pun dikenalpasti dan mengarahkan peguamnya melakukan tindakan susulan.

Adik Ahmad dihubungi oleh peguam Ahmad dan beliau diminta untuk membayar abangnya jumlah tuntutan sebanyak RM1.3 juta iaitu jumlah tawaran bagi pembelian hartanah tersebut oleh Ali. Adik Ahmad kemudiannya menyatakan bahawa lot tanah tersebut sepatutnya adalah miliknya mengikut pembahagian harta pusaka secara Faraidh. Ketika proses pembahagian harta pusaka ayah mereka, adik Ahmad baru berusia 21 tahun. Beliau hanya mengikut sahaja arahan abangnya kerana percaya kepada kejujuran abangnya melaksanakan proses pembahagian pusaka (probet).

Terdahulu,adik Ahmad telah menandatangan satu Suat Persetujuan agar pembahagian Pusaka Ayah mereka dilakukan secara persetujuan dan tidak mengikut kaedah faraidh. Ahmad juga telah memaklumkan kepada adiknya bahawa lot tanah tersebut diserahkan kepadanya sebagai pertukaran kepada komitmen Ahmad untuk menanggung kos pengajian adiknya di luar negara.

Pertikaian dalaman antara Ahmad dan adiknya telah menyebabkan Ali berada di posisi kerugian wang. Jual Beli tidak boleh dilaksanakan kerana Ahmad bukanlah penjual yang sah kerana hartanah tersebut bukan miliknya mengikut maklumat Dokumen Hakmilik Dafataran (di pejabat pentadbiran hartanah).

Apakah posisi undang-undang bagi merungkai permasalahan di atas? Bagaimana prinsip Sistem Torrens menjawab persoalan undang-undang yang berbangkit? Adakah Ahmad telah melakukan Jenayah penipuan? Adakah pihak polis akan menangkap Ahmad kerana menipu Ali? Adakah Ali boleh mendapatkan jumlah wang yang diserahkan? 

Ikutilah siri posting ini seterusnya....

Mudahkah kefahaman anda tentang persoalan perundangan

Perundangan di dalam Bahasa Inggeris disebut Legislative. Manakala Undang-undang disebut Law. Itulah perbedaan antara dua istilah tersebut. Dan perkataan Sah bolehlah diterjemahkan sebagai Legal dan Sahlaku ialah Legally. Jika dilihat daripada istilah Bahasa Inggeris kata asal dan katanama terbitan Law dan lain-lainnya hampir sama, manakala di dalam bahasa Melayu ternampak ketara perbedaan antara perkataan Sah dan Undang-undang. Barangkali istilah Undang dan Sah diambil akar kalimatnya dari dua bahasa asal yang berbeda. Sah diambil daripada istilah Bahasa Arab. Apapun yang penting bukan susunan huruf yang menerbitkan sebutannya namun yang lebih penting ialah memahami konteks istilah yang dimaksudkan.
Sekolah Undang-undang
Undang-undang juga terlalu umum maksudnya. Namun bagi pembaca Undang-undang sering memahami ianya sebagai suatu peraturan atau kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh sesuatu masyarakat sivil. Misalnya negara Malaysia yang wujud pada 31 Ogos 1957 memakai suatu asas undang-undang yang tertinggi yang disebut sebagai Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perlembagaan ini sendirinya menjadi Undang-undang Utama bagi negara Malaysia. Kini, kita biasa mendengar istilah "Kontrak Sosial" diungkapkan di sana-sini. Apakah itu Kontrak Sosial? Kontrak Sosial umumnya dimaksudkan sebagai suatu diskusi oleh perkumpulan manusia berkenaan suatu Undang-undang yang akan mengaturbicara kehidupan sesama mereka di suatu kawasan geografi yang tertentu. Dalam konteks negara Malaysia kawasan Geografi yang dimaksudkan ialah Persekutuan Negeri-negeri di Malaysia. Ini adalah kerana terdapat juga kontrak sosial yang telah membentuk Negeri-negeri tersebut sebelum kesemuanya bergabung sebagai sebuah negara yang pada hari ini dinamakan sebagai Malaysia. Oleh yang demikian Kontrak Sosial yang membentuk Negeri itu hari ini dinamakan Undang-undang Tubuh Negeri dan/atau Perlembagaan Negeri manakala bagi negara Malaysia kontrak sosial itu kini disebut sebagai Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Malaysia.

Perlembagaan Malaysia telah menjadikan negara Malaysia sebagai berdaulat dan merdeka. Maknanya dalam hubungan diplomatik di peringkat antarabangsa, masyarakat antarabangsa menerima Perlembagaan Malaysia sebagai Undang-undang Rasmi dan Tertinggi bagi negara Malaysia.

Semua Undang-undang di Malaysia mestilah dipersusunkan selari dengan hasrat dan kehendak Perlembagaan Persekutuan di mana sekiranya ianya bercanggahan maka Undang-undang tersebut akan menjadi tidak sah atau terbatal.