Saturday, February 1, 2014

Sebuah Cerpen Tentang Cinta

Cinta itu ibarat kuntuman Narsis yang berkuntum mekar di waktu dhuha
CINTA - BAHAGIAN 1
Cinta. Ya, saya nak menulis tentang Cinta. Kerana ramai anak remaja nak mengetahui tentang Cinta dan panahan arjunanya.

Walau anda penggemar K-Pop sekalipun. Cinta itu akan mencucuk ke dalam sanubarimu hai anak. Apakah itu getar rasa. Dia datang bila saja usia remaja tiba dan menjelang. Rasa suka dan sayang amat sangat. Rasa ingin dan nak selalu. Bersama sidia yang kau Cinta.

Tapi apakan daya.... Rasa itu datang tanpa kembarnya. Sidia hanya menepuk sebelah tangan. Dari hari berganti detik sinar Cinta hanya menyeri ruang bilik Sang Pencinta itu sahaja. Cahaya itu membeku di situ. Oh! Angin tolonglah kau bawakan sinar Cinta ini ke rumahnya yang kesenjaan. Biar langit lazuardi turut berseloka bersama....

Pelangi dalam diri tidak akan ada lagi. Hanya tinggal sepi berteman bingung. Mencongak masa depan yang kosong. Menyerah kalah wirawan yang telah tumpas. Tumpas tertewas dan dikalahkan!
CINTA - BAHAGIAN 2
Dalam diri ini sangat kaya dengan Cinta. Rasa ingin dan nak lakukan. Satu perbuatan dosa tajaan Syaithan. Ini adalah satu peperangan. Bukan melawan kebinatangan bukan haiwan. Bukan membunuh yang tak berdosa bernama Insan. Bukan menyepak terajang anak dara rogolan.

Ini peperangan lawan helah anak Syiathan. Tiada senjata yang diperlukan. Hanyalah kekuatan hati nurani dan iman.

Golongan yang anti-social di kalangan remaja sering menolak menjadi Mat Cintan. Akan tetapi soal Cinta ini suatu yang unik. Ianya adalah suatu Pemberian Illahi. Ia boleh menjadi fenomena kepada sesiapa sahaja. Apa pun usia mereka. Cinta memang tak mengenal usia pun.

Jika Cinta mahu hadir. Di dalam gelap malam kelam lampu berCahaya Neon kelip kelap. Tangan sang lelaki dan wanita menggenggam erat. Tubuh rasa getar bergetar dan menggeletar. Misi Marketing bisnes kontrak tadi sudah berubah cerita. Pegawa PTD High Ranking Officer itu sudah jatuh hati pada anak gadis yang kini janda muda yang bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kelab Jackpot 5 bintang itu.
CINTA - BAHAGIAN 3
Erat Cinta, erat Rindu, erat kasih, erat sayang. Mendakap rapat ilham berjagat. Mesra kucupan di dahi terpahat. Bibir manis lidahan madu. menggetar segala urat-urat nafsu. Kau terjaga dalam riang. Dada berdebar hingga ke siang. Inginkan datang agar terus datang.

KSU: You hebatlah.....
PRO: Abang, jangan cakap begitu. 
KSU: I love you babe....
PRO: I love you too abang...

Babe... since I've been loving you yeah..... I am blues man... My world and my Arghhhhh.... Terkelontang jiwa Pegawai PTD High Ranking Officer. Duit Rasarasa yang diterimanya semalam sangat enak dilaburkan di Kelab Jackpot 5 bintang ini....

Anaknya sebaya gadis PRO itu. Mengintip jejak laku bapanya. Dan berfikir jauh. Untuk apa beliau di sekolahkan di SMKA dan masuk ke UIA. Bila cuti dihantar ke Kem Tahfiz. Benarkah itu bapaku? Detik hatinya.

Anak PTD itu seorang gadis yang sudah ranum enak disambar mata jejaka yang helang. Lalu seorang gengster jalanan mencuri mata pandang dan mencuba nasibnya.....
CINTA - BAHAGIAN 4
Cinta bapanya kepada gadis sebayanya mencabar ego gadis itu. Katanya, apa guna lagi wang yang banyak. Aku boleh menslimkan badanku yang gedempol ini dengan wang. Aku ada kuasa. Bapaku telah kayakan aku. Kini aku mahu rasa apa yang dia rasai.

Gadis itu yang berhijab dan berjubah mula menukar style dressingnya. Dan hari ini dia nak berjalan di Bukit Bintang. Dia nak shopping di Times Square. Sambil-sambilan dia call rakan Universitinya yang kaki Clubbing. Clubbing itu ialah aktiviti malam hari Kelabu Malam.

"Wei, hang nak kurus erk. Tak per senang jer. Hang datang bilik aku malam ni. Kita layan Syabu!"

Rakannnya itu seorang lesbo. Cintanya hanya pada kaum sejenisnya. Rakannya memberitahu kepada gadis itu tak usahlah bercinta dengan lelaki. Lelaki ni nak ambil kesempatan sahaja. Baik kita layan sama-sama. Takper. Malam ni aku belanja hang Syabu.

Sedang dalam waktu yang sama, KSU sedang enak dilamun Cinta dengan gadis PRO tadi. Isteri masih bersangka baik. Abangku penat lewat malam bekerja dan rajin Out Station. Tak apalah, demi mencari rezeki buat keluarga......
CINTA - BAHAGIAN 5
Anda masih percaya dengan Cinta? Cinta itu buta. Cinta adalah suatu kepalsuan. Cinta memang benar-benar suatu khayalan. Cinta ditemani nafsu syahwat. Cinta itu menipu dirimu.

Gadis PRO itu langsung tak pernah ada setitik pun rasa Cinta kepada Bapak KSU bohjan itu. Dia hanya mahukan wang. Sebab gadis PRO itu ada banyak Boyfriend. Yang muda dan lebih hansem. Bapak KSU tu sudah tua. Perut boroi. Kuat minum.

Gadis PRO itu tidak buta huruf. Dia juga tidak buta tentang politik tanahiar. Dia sudah biasa punya pelanggan seperti Bapak KSU itu. Banyak juga pelangganya Dato'-dato' yang poyo nak mampus! Ahli-ahli politik yang gersang itu.

Gadis PRO itu tahu dan amat bijak. Tugasnya ialah merampok kembali seberapa banyak wang rakyat yang telah dirampok oleh penyangak duit rasarasa itu. Dia juga pengguna dadah Syabu yang tegar. Salah seorang boyfriendnya pembekal dadah Syabu. Malam ini gadis PRO itu cuti dan tidak bekerja. Dia nak ke suatu Universiti untuk menghantar stok kepada kawannya yang digelar Ratu Lesbo. Wow! Apakah yang akan terjadi? Adakah dia akan bertemu dengan anak KSU itu?

CINTA - BAHAGIAN 6
Gengster muda itu merenung dari jauh seorang gadis yang sedang bershopping. Gadis itu yang sedikit gempal-gempal badannya mempunyai wajah yang agak manis. Kulitnya sedikit putih bergebu. Setelah decide untuk tidak lagi berjubah hitam dan berhijab; gadis itu memakai seluar dan bertudung tiga segi. Bajunya juga agak stylo. Tapi ada satu tanda. Tanda apa?

Tanda yang menunjukkan dia anak orang kaya. Iaitu pada jam tangan yang dipakainya. Gengster memang biasa buat kerja memerangkap dara-dara gediks. Gengster cekap sekali melihat jenama pakaian pada badan gadis. Dia tahu yang mana satu versi Original dan yang mana satu dibeli di Petaling Street.

Detik dalam hati gengster itu. Siaplah kau. Kau akan jadi mangsa aku hari ini. Ya, kali ini gadis itu tewas. Kerana terlalu mengikut kehendak. Yang dipandu sang halimunan. Meskipun ia tahu itu syaithan. Yang berjalan-jalan di dalam. Rasa hati yang tajam tertikam. Dan buak rasa enak yang diterkam.

Sangat jauh ke dasar sangat mendalam. Tiada apa lagi yang bisa menahan. Kerana bisanya amat kuat mengakibatkan. Jantung berdegup bergegar-gegaran. Bergoncang kuat dada berdebaran. Tanda rasa ingin dan nak lakukan.......

Gangster telah berjaya mengayat gadis itu. Terperanjat gadis itu kerana tiba-tiba datang seorang jejaka handsome bertubuh sasa. Mengoratnya. Eh! Sudah lawa kah aku ini? Tapi, badan aku sedikit gedempol. Aku belum makan ubat kurus ajakan Ratus Lesbo?
CINTA - BAHAGIAN 7
Dato' KSU resah betul hari ini. Dia tahu "kekasih"nya cuti hari ini. Tak selesa dia duduk di rumah petang itu. Isteri hairan dengan tingkah suaminya. Apa sakitkah dia atau demamkah. Rasa di badan tak panas? Apa pula yang memanaskan suami aku ini. Depan mata tu ada kolam renang. Terjunlah kalau panas. Tidak juga???

"Abang, dah solat asarkah? Dah nak senja ni"

"Abang dah jama' tadi zohor..."

"Jama'? Abang musafir ke mana Jama' ni?"

"Kan abang baru balik dari Out Station. Abang jama' dulu sebelum sampai rumah tadi...."

"Eh! Bukan ker abang sampai sebelum Zohor?"

P. Ramlee, Al Marhum sudah pesan. Kalau nak temberang janganlah sampai pecah tembelang.

Di dalam bilik anak gadis mereka terdapat gambar-gambar yang diambil oleh anaknya yang mengintip bapanya itu. Ada beberapa keping gambar di atas cadar putih yang menunjukkan bapanya berpegang tangan dengan gadis PRO yang lawa itu. Sebenarnya bukanlah lawa sangat pun. Sebab dah pakai mekap dan kain tak cukup. Memanglah nampak ranggi....

Dato' KSU itu semakin resah duduk dikerusi itu menghadap Swimming Pool. Swimming Pool ini hadiah daripada tauke besar, namanya Mr. Chong Kaw Kaw. Mr. Chong Kaw Kaw banyak berikan Dato' KSU duit bergempol-gempal. Tukang bawa duit itu ialah Mr. Maritipu. Sesuailah mereka bertiga Rakan 1 Malas Sial. Nama Dato' KSU itu ialah Wan Harman. Dia orang Trengganu; bila ditanya namanya siapa dia sebut... Wang Haremong... Bila disebut laju-laju didengarilah macam : WANG HARAMong.... 
CINTA - BAHAGIAN 8
Sally, nama gadis PRO itu. Dia sudah siapkan bekalan yang perlu dibawa untuk menemui Ratu Lesbo. Semalam KSU telah digorengnya panas-panas. Lebohlah duit KSU tu RM40 ribu begitu sahaja. Ajakan main Golf pagi tadi pun tak dihiraukan olehnya kerana sibuklah dia nak transfer duit pada Sally. 

Malam ni niaga Sally pasti untung sebab Modal 1 gram Syabu yang dia dapat baru berjumlah RM100. Dijualnya dengan harga RM200. Tak seganda untungnya? Lagi mahal daripada harga 1gm emas. Itupun bukan harga pasaran. Harga kawan-kawan. Begitulah kerja anak-anak muda masakini. Mendadah dan menagih. Tak kira lelaki atau perempuan.

Anda semua jika baca kisah ini sambil-sambil tu perhatikanlah tingkah anak masing-masing. Gangguan sosial kini amat hebat. Setani di mana-mana. Dengan siapa mereka keluar semua kena ambil tahu. Kerana itulah dah besar panjang jadi emak bapak ni tak usahlah buat kelaku lagi. Anak komer mesti tahu punya.

KSU yang resah tadi berjalan jauh ke pintu pagar sambil mendail nombor fon Sally. Sally lihat fonnya berdering. Malas rasanya Sally nak jawab panggilan tu. Demikianlah Cinta telah menggelisahkan KSU. Macam ayam berak kapor. Sedangkan Sally tak pernah ada rasa setitik belas pun pada situa dangka ini. Hanya dia seorang sahaja yang perasan bongok.

Sally sempat fon saya tadi. Kalau tulis ceritanya beritahulah pada pembaca sekalian bahawa ini kisah benar. Memang berlaku secara realitinya. Sally benci dengan orang yang kaki rasuah. Oleh itu Sally mengambil keputusan menjadi penjual dadah. Ini lebih baik buat Sally, janda muda yang dipermainkan lelaki jalang seperti bekas suaminya dahulu.
CINTA - BAHAGIAN 9
Akhirnya sampailah Sally ke bilik Ratu Lesbo di UIA. Memang tak menghairankan bagi Sally di sebuah IPT Islamik ini ada kumpulan wanita yang mengamalkan Lesbian. Lepas ni bila keluar U mereka akan jadilah kumpulan pembela hubungan sejenis yang liberal dan progresif ini. Tambahan pula di U pun sudah hisap dadah. 

Ratu Lesbo ini namanya Jimmy. Dia juga peminat lagu-lagu Led Zeppelin. Baginya kehidupan rock lebih bemakna daripada nak hidup macam rakan sebelah bilik yang merupakan aktivis Islami. Dia kata budak-budak aktivis tu semuanya perasan bagus. Mereka hanya fikir merekalah yang Islam di dunia. Bukan nak menjenguk gengnya yang punky ini. Malam ini malam minggu. Mereka semua dah plan nak ke Clubbing. Lepas tu bolehlah mereka jumpa rakan-rakan yang kerja sebagai PRO dan GRO. Kehidupan sedemikian lebih baik dan aman bagi mereka. Mereka sentiasa berharap suatu hari nanti hidayah akan sampai kepada rakan mereka itu.

Mereka juga rajin membaca kerana mereka suka Online Internet. Mereka tahu dulu Hassan Al Banna yang mengetuai Jemaah Ikhwanul Muslimin berda'awah sampai ke kelab malam. Jadi mereka pun berharap malam ini mereka akan dapat meneruskan kegiatan da'wah mereka. Bagi mereka da'awah ialah mengambil berat tentang nasib dan masalah kawan-kawan. Lebih-lebih lagi rakan mereka yang sedang kesusahan diceraikan oleh lelaki jahanam itu.

Mereka memahami da'awah sebagai satu perkongsian. Kehidupan ini ditangan Allah SWT. Menjadi da'ei bukan untuk menghukum manusia. Menghukum manuisa itu kerja Allah. Apa yang mereka lihat geng-geng aktivis itu sibuk nak suruh semua orang pakai tudung. Tapi tak pernah membina pemikiran apa yang ada di dalam tudung itu. Iaitu otak dan aqal. 

Walaupun mereka geng lesbo tidak bermakna mereka saling mengamalkan seks luar tabi'ei. Hanya berkasih sayang sesama sahabat. Sharing Is Caring. Hari ini aku susah kau bantu aku; esok aku bantu kau pula. Demikianlah gadis-gadis punk punya life. Tak macam gadis-gadis konon aktivis Islami itu. Asyik menghukum orang masuk neraka; lepas tu gaduh-gaduh sesama sendiri. Politics is bullshit kata mereka yang punkster itu.
CINTA - BAHAGIAN 10 (AKHIR)
Wah! Cerita ini dah menuju ke penghujungnya. Ini bukan cerita 18SX. Ini sebenarnya cerita tentang realiti kehidupan tentang apa yang berlaku di luar sana. Dato' KSU telah kemalangan keretanya dengan sebuah lori tangki minyak. Kereta Mercedesnya terbakar hangus. Mujur beliau selamat kerana terpelanting ke luar. Dia kini dirawat di Hopital kerajaan. Dalam bilik Unit Rawatan Intensif atau ICU.

Sally tahu KSU accident. Tapi ada Sally kesah. Dia dah biasa dengan senario sedemikian. Dia yang susah dahulu ditinggalkan lelaki siapa pun tak kisahkan dia. Sekarang Sally dah sedikit berduit. Dia bercadang nak buka Salonnya. Kalau mintak pinjaman TEKUN pun belum tentu orang politik tu nak kasi dia. Untuk jadikan dia anak ayam mereka; deme semua nak lah.

Ratu Lesbo sebenarnya punya wawasan menjaga kaum sejenisnya. Dia juga ada Tae Kwan Do. Mana lelaki kurang hajar memainkan hati dan perasaan wanita dia akan terajang sahaja. Dia suka terajang dekat bahagian mahkota lelaki itu. Biar terus mandul pun tak apa.

Anak KSU namanya Rina. Rina sudah kurus dan cantik. Rina tak nak berpakaian hijab dan tudung labuh. Dia nak dressing ikut style simple and easy; tapi tutup Perhiasan wanita seperti saranan Allah dalam Al Qur'an dalam Surah An Nur. Lelaki yang gengster itu sebenarnya tak gengster manapun. Baru sahaja kena penerajang dengan Ratu Lesbo.

Gambar mesra KSU dengan "kekasihnya" dijumpai oleh bininya. Apa lagi kena makan penampor ler KSU dengan bininya. Akibat pergaduhan kecil itu KSU cabut keluar rumah dan tak tentu hala bawa kereta sehingga eskiden. Mr. Chong Kaw Kaw dan Mr. Maritipu pergi melawat Dato' KSU yang tak sedar-sedar lagi. Di dalam kereta Mr. Chong bernyanyi kuat-kuat bersama Mr. Maritipu.

Cinta Satay.... Cinta Satay Kajang.... huhu
Kita Tiga Olang ... Satu Malas Sial ... huhu
Duit suma kita kasi rasa rasa...... huhu
Ini halam; ini suma rasuah la.... huhu


Ritma pantun sudah tak penting lagi asalkan mesejnya sampai kata mereka berdua.

No comments:

Post a Comment