Ajarkan kepadaku ilmuMu Ya Rabb...
Tuesday, February 4, 2014
Monday, February 3, 2014
Perjanjian Jual Beli Hartanah (langkah demi langkah) - Apa itu Sistem Torrens?
Hartanah merujuk kepada sesuatu aset yang bersifat tetap. Tetap bukanlah kekal. Sesuatu yang dikatakan tetap adalah kerana ianya tetap sepertimana hal keadaan yang ianya disifatkan.
Tanah merujuk kepada suatu kawasan mukabumi yang mempunyai keluasan tertentu. Di Malaysia, persoalan tentang Undang-undang Tanah dinyatakan di bawah Kanun Tanah Negara, 1965. Undang-undang Tanah di Malaysia memakai prinsip undang-undang di dalam Sistem Torrens. Ianya adalah suatu garis panduan asas berkenaan undang-undang tanah yang diamalkan di Australia.
Sistem Torrens adalah suatu prinsip undang-undang berkenaan urusan pendaftaran hartanah di Australia. Sistem ini hanya terpakai sekiranya hartanah/tanah yang tersebut mempunyai dokumen pendaftaran yang dikeluarkan oleh sesuatu pejabat pentadbiran tanah.
![]() |
| Greg Taylor - Pakar Undang-undang Tanah |
Pejabat Pentadbiran Tanah hari ini disebut sebagai Pejabat Tanah dan Daerah. Pejabat ini mengurus selia dan mentadbir tanah-tanah yang mana dokumen hakmilik pendaftarannya yang asal dahulunya di bawah seliaan Pejabat Mukim (Penghulu). Manakala, tanah-tanah yang dilupuskan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri pada/selepas tahun 1965, kesemuanya dokumen hakmilik pendaftarannya diurus selia dan ditadbir oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri bagi sesuatu negeri. Pejabat Tanah dan Daerah bagaimanapun mengawal kutipan hasil tanah bagi semua lot-lot tanah yang terletak di bawah daerah pentadbirannya. Ianya juga, antara lainnya, mengawal selia dan mentadbir hal yang berkaitan pelan tanah, kajian guna tanah, ukur keluasan dan penandaan batu sempadan tanah-tanah tersebut.
Berbalik pada soal Sistem Torrens tadi, ada dua Prinsip yang menjadi asas kepada undang-undang Tanah di bawah Kanun Tanah Negara. Pertamanya ialah prinsip Cermin. Dan keduanya, ialah prinsip Tabir (baca; Langsir).
Cermin ialah alat yang menunjukkan kesamaan pada Yang Asal dengan Imejnya. Kita hanya boleh melihat diri kita pada imej yang dipaparkan oleh/di dalam cermin. Begitulah halnya dengan dokumen hakmilik pendaftaran sesuatu tanah. Setelah sesuatu lot tanah itu dikeluarkan hakmilik pendaftarannya; akan terdapat sepasang dokumen Rekod Pendaftran Hakmilik. Setengah pasang disimpan oleh pejabat pentadbiran tanah sebagai Dokumen Hakmilik Daftaran dan setengah pasang lagi ialah Dokumen Hakmilik Keluaran iaitu Suratan Hakmilik yang disimpan/dipegang oleh Tuanpunya dan/atau Pemegang Gadaian.
Prinsip Cermin menyatakan bahawa butiran dan maklumat yang terdapat di dalam mana-mana rekod pendaftaran hakmilik itu mestilah sama; yang mana butiran dan maklumat yang terdapat pada simpanan pejabat pendaftaran tanah adalah benar, muktamad dan terpakai.
Bagi mentashihkan kebenaran dan kemuktamadan sesuatu butiran dan maklumat bagi sesuatu lot tanah; Prinsip Tabir pula dipakai. Iaitu semua individu/orang mempunyak hak untuk membuat Carian Hakmilik di pejabat pentadbiran tanah. Seperti langsir, untuk kita melihat apa yang ternyata di belakang tabir/langsir itu ialah dengan menyelaknya. Jadi, sebarang pertikaian yang akan timbul berbangkit dari soal Suratan Hakmilik dan butirannya boleh dijawab sekiranya Prinsip Cermin dan Prinsip Tabir dipakai serentak.
Sebagai contohnya, Ali berhasrat membeli lot tanah yang dimiliki oleh Ahmad. Dengan niat baik (jujur), Ahmad menyerahkan salinan Suratan Hakmilik lot tanah tersebut kepada Ali. Di dalam butiran dan maklumat yang terdapat pada suratan hakmilik jelas menunjukkan pemiliknya ialah Ahmad.
Bagaimanapun, di luar pengetahuan Ahmad; adiknya telah memalsukan tanda tangan Ahmad dan memohon salinan Suratan Hakmilik yang baru dengan alasan Suratan Hakmilik Asal di dalam "simpanannya" telah hilang. Biasanya pejabat pentadbiran tanah, akan mengeluarkan hakmilik pendua sebagi ganti kehilangan hakmilik asal. Dan setelah, Hakmilik Pendua diperolehi, sekali lagi adiknya memalsukan tandatangan abangnya (Ahmad) dan menjualkan lot tanah itu.
Ahmad langsung tiada pengetahuan tentang salah laku jenayah pemalsuan tandatangan oleh adiknya. Dan Ahmad percaya dia masih lagi pemilik berdaftar kerana Suratan Hakmilik Asal berada di dalam jagaannya/simpanannya.
Ali kemudiannya pergi ke pejabat Peguam bagi tujuan menyempurnakan proses pindakmilik hartanah melalui suatu Perjanjian Jual Beli Hartanah. Kerana tergesa-gesa nak memilik tanah tersebut, beliau menyerahkan jumlah harga jual beli sebanyak 50% di atas keyakinan bahawa pihak Ahmad berlaku jujur. Perjanjian Jual Beli belum lagi dimasuki.
Seminggu selepas menemui paralegal konveyansi hartanah di pejabat Peguam tersebut, beliau mendapat panggilan daripada staf pejabat peguam itu yang menyatakan bahawa lot tanah itu telah dijual dan Ahmad bukan lagi pemiliknya.
Ali terkejut dan tergamam mengenangkan wang deposit Harga Jual Beli sebanyak 50% telah pun diserahkan kepada Ahmad. Beliau terus menelefon Ahmad untuk menjelaskan keadaan terkini tentang proses Jual Beli hartanahnya.
Telefon tersebut dijawab oleh anak Ahmad yang memberi tahu bahawa ayahnya telah ke luar negera selama sebulan kerana urusan perniagaan. Ali lantas diselubungi kekecewaan dan kerisauan yang melampau. Jumlah wang yang telah diserahkan olehnya berjumlah RM650,000-00 kerana Harga Jual Beli hartanah itu ialah RM1.3 juta.
Ali lantas menghubungi Peguamnya untuk mendapatkan nasihat guaman. Beliau dinasihatkan oleh Peguamnya membuat satu laporan Polis berkenaan apa yang telah berlaku. Bagaimanapun, beliau dimaklumkan Laporan Polis tersebut adalah bertujuan sebagai rutin asasi yang mesti dilakukan oleh sesiapa sahaja yang merasakan bahawa dirinya dianiaya oleh sesuatu kebarangkalian wujudnya sesuatu jenayah.
Seminggu selepas cuba menghubungi Ahmad melalui telefon, Ali menerima jawapan mesej email daripada Ahmad. Ali dminta oleh Ahmad agar bertenang dan tidak membuat langkah provokasi dengan memberikan peluang untuknya membuat semakan terlebih dahulu. Ahmad telah meminta peguamnya melakukan Carian/Semakan Lengkap di pejabat pentadbiran hartanah dan akhirnya kedudukan sebenar telah pun dikenalpasti dan mengarahkan peguamnya melakukan tindakan susulan.
Adik Ahmad dihubungi oleh peguam Ahmad dan beliau diminta untuk membayar abangnya jumlah tuntutan sebanyak RM1.3 juta iaitu jumlah tawaran bagi pembelian hartanah tersebut oleh Ali. Adik Ahmad kemudiannya menyatakan bahawa lot tanah tersebut sepatutnya adalah miliknya mengikut pembahagian harta pusaka secara Faraidh. Ketika proses pembahagian harta pusaka ayah mereka, adik Ahmad baru berusia 21 tahun. Beliau hanya mengikut sahaja arahan abangnya kerana percaya kepada kejujuran abangnya melaksanakan proses pembahagian pusaka (probet).
Terdahulu,adik Ahmad telah menandatangan satu Suat Persetujuan agar pembahagian Pusaka Ayah mereka dilakukan secara persetujuan dan tidak mengikut kaedah faraidh. Ahmad juga telah memaklumkan kepada adiknya bahawa lot tanah tersebut diserahkan kepadanya sebagai pertukaran kepada komitmen Ahmad untuk menanggung kos pengajian adiknya di luar negara.
Pertikaian dalaman antara Ahmad dan adiknya telah menyebabkan Ali berada di posisi kerugian wang. Jual Beli tidak boleh dilaksanakan kerana Ahmad bukanlah penjual yang sah kerana hartanah tersebut bukan miliknya mengikut maklumat Dokumen Hakmilik Dafataran (di pejabat pentadbiran hartanah).
Apakah posisi undang-undang bagi merungkai permasalahan di atas? Bagaimana prinsip Sistem Torrens menjawab persoalan undang-undang yang berbangkit? Adakah Ahmad telah melakukan Jenayah penipuan? Adakah pihak polis akan menangkap Ahmad kerana menipu Ali? Adakah Ali boleh mendapatkan jumlah wang yang diserahkan?
Ikutilah siri posting ini seterusnya....
Mudahkah kefahaman anda tentang persoalan perundangan
Perundangan di dalam Bahasa Inggeris disebut Legislative. Manakala Undang-undang disebut Law. Itulah perbedaan antara dua istilah tersebut. Dan perkataan Sah bolehlah diterjemahkan sebagai Legal dan Sahlaku ialah Legally. Jika dilihat daripada istilah Bahasa Inggeris kata asal dan katanama terbitan Law dan lain-lainnya hampir sama, manakala di dalam bahasa Melayu ternampak ketara perbedaan antara perkataan Sah dan Undang-undang. Barangkali istilah Undang dan Sah diambil akar kalimatnya dari dua bahasa asal yang berbeda. Sah diambil daripada istilah Bahasa Arab. Apapun yang penting bukan susunan huruf yang menerbitkan sebutannya namun yang lebih penting ialah memahami konteks istilah yang dimaksudkan.
![]() |
| Sekolah Undang-undang |
Undang-undang juga terlalu umum maksudnya. Namun bagi pembaca Undang-undang sering memahami ianya sebagai suatu peraturan atau kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh sesuatu masyarakat sivil. Misalnya negara Malaysia yang wujud pada 31 Ogos 1957 memakai suatu asas undang-undang yang tertinggi yang disebut sebagai Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perlembagaan ini sendirinya menjadi Undang-undang Utama bagi negara Malaysia. Kini, kita biasa mendengar istilah "Kontrak Sosial" diungkapkan di sana-sini. Apakah itu Kontrak Sosial? Kontrak Sosial umumnya dimaksudkan sebagai suatu diskusi oleh perkumpulan manusia berkenaan suatu Undang-undang yang akan mengaturbicara kehidupan sesama mereka di suatu kawasan geografi yang tertentu. Dalam konteks negara Malaysia kawasan Geografi yang dimaksudkan ialah Persekutuan Negeri-negeri di Malaysia. Ini adalah kerana terdapat juga kontrak sosial yang telah membentuk Negeri-negeri tersebut sebelum kesemuanya bergabung sebagai sebuah negara yang pada hari ini dinamakan sebagai Malaysia. Oleh yang demikian Kontrak Sosial yang membentuk Negeri itu hari ini dinamakan Undang-undang Tubuh Negeri dan/atau Perlembagaan Negeri manakala bagi negara Malaysia kontrak sosial itu kini disebut sebagai Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan Malaysia telah menjadikan negara Malaysia sebagai berdaulat dan merdeka. Maknanya dalam hubungan diplomatik di peringkat antarabangsa, masyarakat antarabangsa menerima Perlembagaan Malaysia sebagai Undang-undang Rasmi dan Tertinggi bagi negara Malaysia.
Semua Undang-undang di Malaysia mestilah dipersusunkan selari dengan hasrat dan kehendak Perlembagaan Persekutuan di mana sekiranya ianya bercanggahan maka Undang-undang tersebut akan menjadi tidak sah atau terbatal.
Sunday, February 2, 2014
Ayuh faham apakah itu kemerdekaan dan apakah itu undang-undang?
31 Ogos 1957 adalah tarikh yang ditetapkan oleh para perunding kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai hari untuk mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.
Apakah status kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu sebelum tarikh tersebut? Ya, sebelum 31 Ogos 1957, setiap inci tanah di suatu kawasan geografi yang pernah dinamakan Persekutuan Tanah Melayu ini bolehlah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu; (1) Negeri-negeri Melayu yang ditadbir oleh Sultan dengan bantuan penasihat kerajaan British, iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Pahang dan Terengganu adalah negeri naungan British, dan (2) Negeri-negeri Selat, iaitu, Pulau Pinang dan Melaka yang merupakan tanah jajahan British.
31 Januari, 1948 adalah tarikh di mana wujudnya sebuah kawasan geografi yang dinamai Persekutuan Tanah Melayu atau Federation of Malaya. Pada masa ini British lebih dikenali sebagai sebagai Komanwel British. Pada tempoh masa ini juga Undang-undang Antarabangsa berkenaan kedaulatan bagi negara-negara yang merdeka secara tidak langsung dipandu arah oleh suatu badan antarabangsa yang dikenali sebagai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Selepas tamatnya, Perang Dunia Kedua, dunia seakan menerima suatu Order Baru iaitu setiap wilayah dan tanah jajahan akan ditentukan kedaulatan bagi masing-masing. Di Asia Tenggara, misalnya, kedaulatan Negara Thailand terus kekal berdaulat dan merdeka sejak abad ke-18. Di Indonesia, gerakan kemerdekaan tanah jajahan Belanda yang dikenali sebagai Hindia Timur Belanda akhirnya mengisytiharkan tarikh 17 Ogos, 1945 sebagai tarikh kemerdekaan wilayah tersebut dari Belanda dan wujudnya sebuah negara baru yang berdaulat dan merdeka yang dinamakan sebagai Indonesia.
Di Semenanjung Tanah Melayu, penggerak-penggerak kepada usaha mewujudkan sebuah negara yang berdaulat dan merdeka diteruskan. Pemimpin pelbagai kaum duduk berbincang untuk membentuk suatu dasar dan garis panduan kepada Perlembagaan bagi negara yang dihasrat kewujudannya ini. Akhirnya, suatu kontrak sosial dibentuk secara berhemah dan bijaksana.
Persoalan yang dibangkitan sebagai intipati kepada Perlembagan Persekutuan Tanah Melayu ialah siapakah rakyat Persekutuan Tanah Melayu? Pada masa tersebut terdapat dua kelompok besar kaum yang menjadi penduduk di Tanah Melayu. Pertama, ialah masyarakat Melayu di kepulauan Nusantara (rantau Asia Tenggara) dan pribumi Tanah Melayu. Kedua, ialah masyarakat imigran dari tanah besar China dan benua kecil Asia Selatan (India). Akhirnya suatu garis panduan kepada soal kewarganegaraan bagi Persekutuan diputuskan sebagai suatu Kontrak Sosial yang akhirnya diangkat kepada suatu suruhanjaya bagi menyusun perlembagaan yang dinamakan sebagai Suruhanjaya Reid.
Pokok kepada sebuah negara yang berdaulat dan merdeka ialah undang-undang tertinggi bagi negara tersebut mestilah ada dan akan dikuatkuasakan. Undang-undang tertinggi ini dinamakan sebagai Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang inilah yang menyatakan manakah kawasan geografi yang akan diisytiharkan sebagai berdaulat dan merdeka dan siapakah dan bagaimanakah bentuk kuasa yang akan mengurustadbir negara berdaulat dan merdeka itu.
Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa wilayah geografi yang akan membentuk negara berdaulat dan merdeka ini adalah suatu Persekutuan Negeri-negeri yang akan berdaulat dan merdeka di bawah suatu panji kenegaraan yang dinamakan sebagai Persekutuan Tanah Melayu.
Negeri-negeri tersebut yang juga telah wujud dan terpakainya Undang-undang Tubuh bagi negeri tersebut hendaklah memeterai suatu ikatan undang-undang secara bersama-sama bagi membentuk keesahan, wujud dan pemakaian yang sempurna kepada Perlembagaan Persekutuan ini.
Ikatan undang-undang tersebut dimeterai bersama oleh sembilan orang Raja-raja Melayu dan dua orang Gabenor Pulau Pinang dan Melaka bagi mewakili 11 wilayah yang bersekutu dengan tujuan membentuk sebuah negara. Hal ini dipersaksikan kepada pemimpin pemimpin dari kalangan rakyat Persekutuan, pentadbir dan wakil dari Kerajan British dan kuasa usaha dari kalangan Komanwel British yang ditentukan.
Sebelum wujud dan terpakainya Perlembagaan Persekutuan, sudah ada dan wujudnya suatu kuasa yang dinamai sebagai Majlis Raja-raja. Majlis Raja-raja adalah nyawa kepada kewujudan Perlembagaan Persekutuan dan seterusnya Perlembagaan Persekutuan mewujudkan negara Persekutuan Tanah Melayu.
Sesuatu tanah itu akan hidup jika adanya pokok. Pokok tidak akan tumbuh jika tiada benih yang disemai ke dalam tanah itu. Begitulah hakikatnya kepada sebuah negara. Pokoknya adalah Perlembagaannya dan dalam konteks negara kita benih yang menumbuhkan pokok ialah Majlis Raja-raja yang mengesahwujudkan Perlembagaan tersebut.
Perlembagaan adalah suatu Undang-undang. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu adalah suatu contoh di mana undang-undang tersebut dilahirkan secara Kontrak Sosial. Ianya disusun oleh suatu suruhanjaya bebas iaitu Suruhanjaya Reid dan melalui suatu proses perundangan yang kompleks melibatkan Parlimen British dan Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu.
Perlembagaan adalah suatu Undang-undang untuk mewujudtubuhkan sesuatu entiti yang sah (legal entity) dan seterusnya bertindak sebagai undang-undang tertinggi kepada urustadbir, kawalseliaan dan perjalanan hidup bagi entiti tersebut. Perlembagaan adalah segalanya kepada entiti yang sah tersebut. Semua perkara yang merupakan soal dasar, prinsip asas dan cara untuk menjalankan sesuatu entiti yang sah tersebut hendaklah digariskan secara jelas dan nyata oleh Perlembagaan.
Bagi sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat, perlembagaan adalah nadi dan nyawa kepadanya. Negara itu dikatakan sebagai sebuah negara yang merdeka adalah kerana kuasa tertinggi (iaitu kuasa manusiawi) yang memerintahnya ialah sebagaimana yang dinyatakan oleh perlembagaannya. Dan kuasa tertinggi tersebut mestilah dibentuk oleh subjek kepada Perlembagaan itu sendiri. Dan sudah semestilah kuasa (undang-undang) tunggal di mana subjek itu tertakluk adalah terhadap Perlembagaan itu sahaja.
Bagi negara Malaysia, kuasa tertinggi sepertimana yang digariskan oleh Perlembagaan ialah kuasa Yang Dipertuan Agong. Beliau adalah Ketua Utama Negara dan jawatannya adalah secara perlantikan oleh suatu kuasa yang dinamakan sebagai Majlis Raja-raja. Sebelum dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong, beliau mestilah ahli kepada Majlis Raja-raja itu. Dan keahliannya di dalam Majlis tersebut adalah kerana beliau adalah salah seorang Sultan dan/atau Raja yang sedang memerintah di kalangan sembilan buah negeri yang diketuai oleh Sultan dan/atau Raja. Sudah semestilah dia adalah salah seorang Raja-raja Melayu yang berdaulat dan merdeka.
Malaysia adalah sebuah negara berdaulat kerana pada setiap masa Ketua Utamanya adalah salah seorang Raja-raja Melayu yang berdaulat dan merdeka.

| Neraca Keadilan Undang-undang |
Saturday, February 1, 2014
Kembara Musa di Selat Marmara (Fasal IV)
Intelektual! Inteligentsia! Fan Thalaqa
Ulul Albab, Ulin Nuha Ahli Zikria
Bertemu mereka akan seorang Ghulam
Tuan Besar mencabut pedang terus menikam
Darah Ghulam memancut-macut merah
Menyimbah sehingga baju Musa basah
Hei! Orang Gila apakah ini suatu kegilaan!
Bagaimana kau nak mempertanggungjawabkan hal ini kepada Tuhan?
Sudah ku katakan: Kau tak akan Sabar!
Kerana itu aku tak mahu bersahabat lagi denganmu kawan
Aku ikut ku punya jalan dan kau sudah pasti ada jalan
Eloklah kita tamatkan pertemuan kerana sudah ada titik perpisahan
Intelektual! Inteligentsia! Fan Thalaqa
Mari Musa kita ikut ini haluan
Di sini kurang sedikit rintangan Syaithan
Fasta'iz Billah Min As Syaithan; dia datang kita Rejam!
Wahai Tuan aku lapar tersangat amat
Kerana tadi Ikan tak dapat aku makan
Lalu bolehkah kita meminta sedikit makanan
Kepada tuan punya rumah ini; akan makanan sepinggan minum secawan
Maaflah Tuan-tuan sekalian
Bukan kami tak mahu memberikan makanan
Kerana kami tak ada pun walau sepinggan walau secawan
Lihatlah rumah kami ini dindingnya berlubang tak ada papan
Pak Tuan lantas menadah tangan
Memohon kepada Allah memberikan bantuan
Kepada Sahabat Rumah yang tiada papan
Agar dipermudahkan untuk diperbetulkan
Setelah siap Sang Hamba bertukang tangan
Siaplah rumah menjadi elok menawan
Musa meminta Sang Hamba agar diberikan bayaran
Kata Sang Hamba, "Tak usahlah kita meminta balasan jika memberikan pertolongan."
Musa berkata, "Aku tak faham! Aku tak faham!"
Bolehkah kau berikan aku faham.
Tak kisahlah jika ini terpaksa menjadi suatu perpisahan.
Kerana aku sudah benar-benar tiada lagi tahan.
Pak Tuan melihat Musa dalam kemusykilan
Dia sudah tak marah lagi kerana Musa sudah hilang kesabaran
Lalu dia bersetuju untuk suatu perpisahan
Sampai di sini sahajalah kita berkawan, bersahabat dan berteman
Langit memerah kesenjaan menjelang
Pagi ia datang pulang ia petang
Mula berdua, kemudian bertiga dan berdua kembali
Tatkala Pak Tuan pergi akan tinggallah Musa berseorang diri

| Pemandangan indah di Selat Marmara |
Kembara Musa di Selat Marmara (Fasal III)
Sang Hamba sedia tahu apa kan terjadi
Kerana Musa sedang asyik sedang terperi
Dia belum melihat ilmu yang akan meliputi
Yang akan dia nampak dia dengar dan dia amati
Sabarkan dirimu dalam doa di Ghadah dan Di 'Asyiyi
Mencari Wajah Tuhan Wajah Illahi Rabbi
Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani
Tiada sesaatpun Allah tiada di sisi
Jangan sekali dikau lupa, dupa dan alpa
Kau berlari, menjauhi dan menyepi
Tatkala Allah datang berseni di hati
Kau diasyik segala perhiasan duniawi
Dunia ini luas dan kau diam dihati
Kau kecil di sana gelap kau menggigil
Lalu datang hawamu melalai memanggil-memangil
Sedangkan Allah kau abai nafsumu memunggil
Sang Hamba membawa Musa ke suatu tempat
Sempat Musa dipesan jangan asyik tak sempat-sempat
Jangan bertanya sebelum Hamba sudahkan cerita
Nanti susah Hamba terpaksa asyik berkata-kata
Intelektual! Inteligentsia! Fan Thalaqa
Rausyanfikir mengukir nama Sang Cendekia
Akademia, Para Fuqaha' dan Para Ulama'
Ulul Albab, Ulin Nuha, Ahli Zikria
Ayuh kita naiki perahu wahai Musa
Pemuda tadi dah tak tahu ke mana perginya
Kejap ada kejap tiada bagai nafsu sifatnya
Dia suka menuruti hawa dan sekarang entah ke mana dia
Bocorkan! Bocorkan! Perahu ini segera.
Kita kini sudah tiada lagi masa!
Musa terkejut dan berkata; "Hei Hamba Kau gila ka!"
Nanti habislah tenggelam kita semua!
Aku sudah bilang tadi, Aku sudah bilang padamu Musa
Kau pasti tak akan sabar punya
Sekarang marilah kita tenggelam bersama-sama
Supaya ini dapat memberikan pengajaran kepadamu Musa
Aku tak tahan benar dengan sikapmu wahai Hamba
Aku fikir kau nak mengajar Rusyda tapi ini dah kerja gila
Aku takkan memahami sikapmu yang bagai pendusta
Sudahlah aku mahu berenang ke pantai sana
Musa bawalah aku sekali bersamamu
Kerana aku tidak pandai berenang!
Ah! Biarlah kamu tenggelam barulah kau rasa
Sungguh menyesal aku ikut kamu wahai Hamba
Musa tak sedarkan apa-apa kerana ombak bergelora
Sesedar sahaja di pantai terdampar ia
Bila dibuka mata dilihatnya Hamba senyum seloka
Dan wajah Hamba tiba-tiba bermuram durja
Kerana Kasih Sayang Allah kau selamat wahai Musa
Sudah kuberpesan hendaklah kamu Sabar sentiasa
Menuntut Ilmu bukannya mudah dan jangan memaksa
Kelak dirimu akan hancur rosak binasa
Mari tanganmu wahai Musa bangunlah engkau
Kita berpisahlah di sini saja kerana engkau tak akan Sabar
Kerana ini bukannya dugaan ringan; ianya sangat mencabar
Aku mahu bersamamu Tuan Besar berilah daku tunjuk dan ajar
Musa menyesal seraya meminta maaf
Tuan Besar sudah pun sedia memberi maaf
Perjalanan diteruskan dan Musa berfikir fikiran
Dia tahu salah dirinya kerana asyik lupa-alpaan
Lupa itu sudah pastilah kerjanya Syaithan
Tuan Besar memberi ingat ingatan
Selalu Beristighfar Kepada Tuhan
Dan berdoa Rabbi Zidni Ilman

| Wajah gelora air di Selat Marmara |
Kembara Musa di Selat Marmara (Fasal II)
![]() |
| Selat Marmara menggamit sejuta rasa kebijaksanaan |
Jika benar bagai dikata wahai taulan
Saat inilah yang sebenarnya aku nantikan
Akan datang kepadaku seorang hamba Tuhan
Seorang bijaksana yang ada padanya Ladun Ilman
Lalu kembalilah ke tempat sana kedua-dua Insan
Di pantai Selat Marmara yang indah menawan
Kelihatan gerombolan burung-burung terbang sekawan
Masing-masing mencari pasangan mencari lawan
Tatkala mentari memancar Sinar Cinta
Bertemulah Musa dan pemuda dengan seorang Hamba
Sudikah Tuan mengajarkan aku bertanya Musa
Dijawab olehnya adakah padamu Sabar seada
Kumahu Rusyda buat petunjuk di hari muka Musa bernada
Akankah kau Sabar dengan ku selama bersama
Kerana kau belum mengetahui apakah Ilmu yang meliputi
Pada apa yang akan kau lihat kau hadapi
Insha Allah aku akan menuruti dan Sabar sudah pasti
Tak akan aku ingkari walau sepatah kata hati
Akan ku melihat aku mendengar dan aku patuhi
Namun Sang Hamba merasa tidak puas hati
Ingatlah tatkala Muhammad disapa segolongan para Penglipur lara
Ditanya tentang kisah Penghuni Gua, Kisah Musa dan Seorang Maharaja
Muhammad menjawab biar esok saja aku maklumkan kisah kesemuanya
Terlupa dia mengucapkan Insha Allah Inni Fa'ilun Dzalika Ghada
Justeru jika kita terlupa menyebut Insha Allah berdoalah kepadaNya
'Asaa an Yahdiyani Rabbi Li Aqraba Min Haza Rasyada
Al Kahfi melayar kisah bukan sejarah
Untuk difaham intipati bukan menjarah
Kerana padanya ada segala erti hidup yang tabah
Muliakan Ilmu martabatkan Aqal sungguh Muthma'innah

Sahabat Gua 18:62-80 Kembara Musa di Selat Marmara (Fasal I)
![]() |
| Selat Marmara mengubungkan Laut Agean dan Laut Hitam |
Santapannya Ikan Yu panjang setinggi bahunya
Digendong oleh sang pemuda yang sangat tampan wajahnya
Menemani Musa berjalan menuju ke Selat Marmara
Tak akan kuberehat wahai siganteng orang muda
Sehinggalah daku sampai tiba di pertemuan dua bahara
Andai tidak kujumpa akan bertahun lamanya
Perjalanan ini kan kuteruskan tanpa kenal kecewa
Mahukah kau tahu akan aku cerita
Pernah terjadi di desa ini penuh duka dan luka
Angkara pemabuk kuasa dan penurut nafsu hawa
Akhirnya kangkang tertelantang demikianlah JanjiNYa
Sedang enak Musa mengatur bicara
Air masin dan air tawar memisah antara keduanya
Laut Agean dan Laut Hitam masing-masing tunjuk kehebatan
Natrium Klorida dan Hidrogen Dioksida memampan membran
Demikianlah Ar Rahman menyusun bayan
Lautan kedua-duanya dibarzakh berbagi-bagian
Hak dan kebathilan tak akan mungkin disatukan
Engkar ketetapan akan hadirlah janji Tuhan
Ini bukan cerita tentang main-mainan
Ambillah teladan buat jadikan sempadan
Asyik leka Ikan Yu menyusur pantai memudik air laut
Berenang pantas ia tak tersahut-sahut
Anak muda jadi takut andai Musa bertanya tentang Hut
Tanpa sedar mereka berjalan lajak ke hadapan melepasi patut
Kerana di sanalah tadi sebenarnya tempat bertemunya dua laut
Di tempat adanya batu besar dan batu bertangkup
Lelah rasanya penat ada juga ayuh kita menjamah Hut
Kuharap kau garaplah kisah yang kuceritakan sesepatut
Lapar kurasa inginku mencubit isi Ikan Yu
Kerana tak lama lagi aku akan menerima Wahyu
Maafkan aku Tuan Besar Kekasih Tuhan
Kerana Syaithan aku terlupa untuk mengkhabarkan
Kerana sudah tiada lagi pada kita seekor Ikan
Ia telah pun menyusur laut dengan cara yang sangat menakjubkan
[bersambung]
Apakah itu Quru' atau قروء ? Ianya berkaitan Menstrual Cycle - Marilah kita renungi dan fahami
Kali ini penulis ingin menjemput suatu perbahasan tentang soal Quru' atau قروء sebagaimana kandungan Surah Al Baqarah 2:228. Bagus juga ramai orang ambil tahu tentang soal ini kerana ramai yang konfius lagi; terutama pasangan suami isteri.
Maksudnya ialah Menstrual Cycle iaitu Pusingan Haid bagi perempuan. Dalam ayat Surah Al Baqarah, 2:228 - Allah menyebut barangsiapa (Wanita) yang DICERAIKAN hendaklah menunggu 3 kali Quru' sebelum boleh berkahwin dengan orang lain. Ini adalah standing procedure yang Allah tetapkan dan jika dilihat dalam konteks ayat ialah untuk memastikan TIADA Kandungan yang tertinggal dalam Rahim Wanita sebelum beliau bernikah semula KERANA Wanita (Yang Sah dalam Nikah) yang diceraikan sedang ada kandungan dalam Rahimnya - HARAM BERKAHWIN. Kecuali jika dia diserbatan... *faham-faham ajelah*... Huhu...
![]() |
| Gambarajah Kitaran Haid |
Ada 2 pendapat bercanggahan iaitu Hanafi mengatakan Quru' maksudnya Datang Haid manakala Shafei mengatakan 3 kali tempoh Circulation (Datang dan Bersih Suci)
Setiap SUAMI mesti Arif soal ini; jika tidak problem sebenarnya kalau tak tahu... Jika menurut Hanafi pastilah ianya 2 kali tempoh Circulation (iaitu 3 kali datang Haid) untuk mengconfirmkan bahawa memang TIADA Kandungan dalam Rahim.
Pakar Sakit Puan boleh membantu kefahaman kita....
Menurut Pakar Sakit Puan, katanya: "Datang haid saja bermaksud kandungan tidak menjadi dan dinding rahim yang dah bersedia menerima kandungan tu pecah lalu turun lah darah..."
Di sini kita melihat jelas bahawa pendapat Hanafi paling Rajih; iaitu Quru' ialah Datang Haid. Dan bukannya Circulation (iaitu Datang Haid disusuli Bersih dan Suci). Apapun standing procedure 3 kali Quru' mesti terpakai dalam Soal Kahwin semula bagi WANITA yang diceraikan; sebab ianya adalah MANDATORI.... (inilah tempoh Iddah bagi Penceraian)....
Oleh yang demikian, Quru' atau Datang Haid ini adalah satu KEKURANGAN sedikit yang Alllah susunkan kepada Wanita kerana di akhir ayat tersebut Allah menggariskan وللرجال عليهن درجة Dan Bagi Lelaki Ke Atas Wanita ini diangkat Satu Darjat ATAU satu Tahap.... Kerana itu kurang sesuai lagi Wanita yang masih dalam" proses ini" diangkat sebagai Pemimpin...(selain kpd kelompok mereka).
Sebuah Cerpen Tentang Cinta
![]() |
| Cinta itu ibarat kuntuman Narsis yang berkuntum mekar di waktu dhuha |
CINTA - BAHAGIAN 1
Cinta. Ya, saya nak menulis tentang Cinta. Kerana ramai anak remaja nak mengetahui tentang Cinta dan panahan arjunanya.
Walau anda penggemar K-Pop sekalipun. Cinta itu akan mencucuk ke dalam sanubarimu hai anak. Apakah itu getar rasa. Dia datang bila saja usia remaja tiba dan menjelang. Rasa suka dan sayang amat sangat. Rasa ingin dan nak selalu. Bersama sidia yang kau Cinta.
Tapi apakan daya.... Rasa itu datang tanpa kembarnya. Sidia hanya menepuk sebelah tangan. Dari hari berganti detik sinar Cinta hanya menyeri ruang bilik Sang Pencinta itu sahaja. Cahaya itu membeku di situ. Oh! Angin tolonglah kau bawakan sinar Cinta ini ke rumahnya yang kesenjaan. Biar langit lazuardi turut berseloka bersama....
Pelangi dalam diri tidak akan ada lagi. Hanya tinggal sepi berteman bingung. Mencongak masa depan yang kosong. Menyerah kalah wirawan yang telah tumpas. Tumpas tertewas dan dikalahkan!
CINTA - BAHAGIAN 2
Dalam diri ini sangat kaya dengan Cinta. Rasa ingin dan nak lakukan. Satu perbuatan dosa tajaan Syaithan. Ini adalah satu peperangan. Bukan melawan kebinatangan bukan haiwan. Bukan membunuh yang tak berdosa bernama Insan. Bukan menyepak terajang anak dara rogolan.
Ini peperangan lawan helah anak Syiathan. Tiada senjata yang diperlukan. Hanyalah kekuatan hati nurani dan iman.
Golongan yang anti-social di kalangan remaja sering menolak menjadi Mat Cintan. Akan tetapi soal Cinta ini suatu yang unik. Ianya adalah suatu Pemberian Illahi. Ia boleh menjadi fenomena kepada sesiapa sahaja. Apa pun usia mereka. Cinta memang tak mengenal usia pun.
Jika Cinta mahu hadir. Di dalam gelap malam kelam lampu berCahaya Neon kelip kelap. Tangan sang lelaki dan wanita menggenggam erat. Tubuh rasa getar bergetar dan menggeletar. Misi Marketing bisnes kontrak tadi sudah berubah cerita. Pegawa PTD High Ranking Officer itu sudah jatuh hati pada anak gadis yang kini janda muda yang bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kelab Jackpot 5 bintang itu.
CINTA - BAHAGIAN 3
Erat Cinta, erat Rindu, erat kasih, erat sayang. Mendakap rapat ilham berjagat. Mesra kucupan di dahi terpahat. Bibir manis lidahan madu. menggetar segala urat-urat nafsu. Kau terjaga dalam riang. Dada berdebar hingga ke siang. Inginkan datang agar terus datang.
KSU: You hebatlah.....
PRO: Abang, jangan cakap begitu.
KSU: I love you babe....
PRO: I love you too abang...
Babe... since I've been loving you yeah..... I am blues man... My world and my Arghhhhh.... Terkelontang jiwa Pegawai PTD High Ranking Officer. Duit Rasarasa yang diterimanya semalam sangat enak dilaburkan di Kelab Jackpot 5 bintang ini....
Anaknya sebaya gadis PRO itu. Mengintip jejak laku bapanya. Dan berfikir jauh. Untuk apa beliau di sekolahkan di SMKA dan masuk ke UIA. Bila cuti dihantar ke Kem Tahfiz. Benarkah itu bapaku? Detik hatinya.
Anak PTD itu seorang gadis yang sudah ranum enak disambar mata jejaka yang helang. Lalu seorang gengster jalanan mencuri mata pandang dan mencuba nasibnya.....
CINTA - BAHAGIAN 4
Cinta bapanya kepada gadis sebayanya mencabar ego gadis itu. Katanya, apa guna lagi wang yang banyak. Aku boleh menslimkan badanku yang gedempol ini dengan wang. Aku ada kuasa. Bapaku telah kayakan aku. Kini aku mahu rasa apa yang dia rasai.
Gadis itu yang berhijab dan berjubah mula menukar style dressingnya. Dan hari ini dia nak berjalan di Bukit Bintang. Dia nak shopping di Times Square. Sambil-sambilan dia call rakan Universitinya yang kaki Clubbing. Clubbing itu ialah aktiviti malam hari Kelabu Malam.
"Wei, hang nak kurus erk. Tak per senang jer. Hang datang bilik aku malam ni. Kita layan Syabu!"
Rakannnya itu seorang lesbo. Cintanya hanya pada kaum sejenisnya. Rakannya memberitahu kepada gadis itu tak usahlah bercinta dengan lelaki. Lelaki ni nak ambil kesempatan sahaja. Baik kita layan sama-sama. Takper. Malam ni aku belanja hang Syabu.
Sedang dalam waktu yang sama, KSU sedang enak dilamun Cinta dengan gadis PRO tadi. Isteri masih bersangka baik. Abangku penat lewat malam bekerja dan rajin Out Station. Tak apalah, demi mencari rezeki buat keluarga......
CINTA - BAHAGIAN 5
Anda masih percaya dengan Cinta? Cinta itu buta. Cinta adalah suatu kepalsuan. Cinta memang benar-benar suatu khayalan. Cinta ditemani nafsu syahwat. Cinta itu menipu dirimu.
Gadis PRO itu langsung tak pernah ada setitik pun rasa Cinta kepada Bapak KSU bohjan itu. Dia hanya mahukan wang. Sebab gadis PRO itu ada banyak Boyfriend. Yang muda dan lebih hansem. Bapak KSU tu sudah tua. Perut boroi. Kuat minum.
Gadis PRO itu tidak buta huruf. Dia juga tidak buta tentang politik tanahiar. Dia sudah biasa punya pelanggan seperti Bapak KSU itu. Banyak juga pelangganya Dato'-dato' yang poyo nak mampus! Ahli-ahli politik yang gersang itu.
Gadis PRO itu tahu dan amat bijak. Tugasnya ialah merampok kembali seberapa banyak wang rakyat yang telah dirampok oleh penyangak duit rasarasa itu. Dia juga pengguna dadah Syabu yang tegar. Salah seorang boyfriendnya pembekal dadah Syabu. Malam ini gadis PRO itu cuti dan tidak bekerja. Dia nak ke suatu Universiti untuk menghantar stok kepada kawannya yang digelar Ratu Lesbo. Wow! Apakah yang akan terjadi? Adakah dia akan bertemu dengan anak KSU itu?
CINTA - BAHAGIAN 6
Gengster muda itu merenung dari jauh seorang gadis yang sedang bershopping. Gadis itu yang sedikit gempal-gempal badannya mempunyai wajah yang agak manis. Kulitnya sedikit putih bergebu. Setelah decide untuk tidak lagi berjubah hitam dan berhijab; gadis itu memakai seluar dan bertudung tiga segi. Bajunya juga agak stylo. Tapi ada satu tanda. Tanda apa?
Tanda yang menunjukkan dia anak orang kaya. Iaitu pada jam tangan yang dipakainya. Gengster memang biasa buat kerja memerangkap dara-dara gediks. Gengster cekap sekali melihat jenama pakaian pada badan gadis. Dia tahu yang mana satu versi Original dan yang mana satu dibeli di Petaling Street.
Detik dalam hati gengster itu. Siaplah kau. Kau akan jadi mangsa aku hari ini. Ya, kali ini gadis itu tewas. Kerana terlalu mengikut kehendak. Yang dipandu sang halimunan. Meskipun ia tahu itu syaithan. Yang berjalan-jalan di dalam. Rasa hati yang tajam tertikam. Dan buak rasa enak yang diterkam.
Sangat jauh ke dasar sangat mendalam. Tiada apa lagi yang bisa menahan. Kerana bisanya amat kuat mengakibatkan. Jantung berdegup bergegar-gegaran. Bergoncang kuat dada berdebaran. Tanda rasa ingin dan nak lakukan.......
Gangster telah berjaya mengayat gadis itu. Terperanjat gadis itu kerana tiba-tiba datang seorang jejaka handsome bertubuh sasa. Mengoratnya. Eh! Sudah lawa kah aku ini? Tapi, badan aku sedikit gedempol. Aku belum makan ubat kurus ajakan Ratus Lesbo?
CINTA - BAHAGIAN 7
Dato' KSU resah betul hari ini. Dia tahu "kekasih"nya cuti hari ini. Tak selesa dia duduk di rumah petang itu. Isteri hairan dengan tingkah suaminya. Apa sakitkah dia atau demamkah. Rasa di badan tak panas? Apa pula yang memanaskan suami aku ini. Depan mata tu ada kolam renang. Terjunlah kalau panas. Tidak juga???
"Abang, dah solat asarkah? Dah nak senja ni"
"Abang dah jama' tadi zohor..."
"Jama'? Abang musafir ke mana Jama' ni?"
"Kan abang baru balik dari Out Station. Abang jama' dulu sebelum sampai rumah tadi...."
"Eh! Bukan ker abang sampai sebelum Zohor?"
P. Ramlee, Al Marhum sudah pesan. Kalau nak temberang janganlah sampai pecah tembelang.
Di dalam bilik anak gadis mereka terdapat gambar-gambar yang diambil oleh anaknya yang mengintip bapanya itu. Ada beberapa keping gambar di atas cadar putih yang menunjukkan bapanya berpegang tangan dengan gadis PRO yang lawa itu. Sebenarnya bukanlah lawa sangat pun. Sebab dah pakai mekap dan kain tak cukup. Memanglah nampak ranggi....
Dato' KSU itu semakin resah duduk dikerusi itu menghadap Swimming Pool. Swimming Pool ini hadiah daripada tauke besar, namanya Mr. Chong Kaw Kaw. Mr. Chong Kaw Kaw banyak berikan Dato' KSU duit bergempol-gempal. Tukang bawa duit itu ialah Mr. Maritipu. Sesuailah mereka bertiga Rakan 1 Malas Sial. Nama Dato' KSU itu ialah Wan Harman. Dia orang Trengganu; bila ditanya namanya siapa dia sebut... Wang Haremong... Bila disebut laju-laju didengarilah macam : WANG HARAMong....
CINTA - BAHAGIAN 8
Sally, nama gadis PRO itu. Dia sudah siapkan bekalan yang perlu dibawa untuk menemui Ratu Lesbo. Semalam KSU telah digorengnya panas-panas. Lebohlah duit KSU tu RM40 ribu begitu sahaja. Ajakan main Golf pagi tadi pun tak dihiraukan olehnya kerana sibuklah dia nak transfer duit pada Sally.
Malam ni niaga Sally pasti untung sebab Modal 1 gram Syabu yang dia dapat baru berjumlah RM100. Dijualnya dengan harga RM200. Tak seganda untungnya? Lagi mahal daripada harga 1gm emas. Itupun bukan harga pasaran. Harga kawan-kawan. Begitulah kerja anak-anak muda masakini. Mendadah dan menagih. Tak kira lelaki atau perempuan.
Anda semua jika baca kisah ini sambil-sambil tu perhatikanlah tingkah anak masing-masing. Gangguan sosial kini amat hebat. Setani di mana-mana. Dengan siapa mereka keluar semua kena ambil tahu. Kerana itulah dah besar panjang jadi emak bapak ni tak usahlah buat kelaku lagi. Anak komer mesti tahu punya.
KSU yang resah tadi berjalan jauh ke pintu pagar sambil mendail nombor fon Sally. Sally lihat fonnya berdering. Malas rasanya Sally nak jawab panggilan tu. Demikianlah Cinta telah menggelisahkan KSU. Macam ayam berak kapor. Sedangkan Sally tak pernah ada rasa setitik belas pun pada situa dangka ini. Hanya dia seorang sahaja yang perasan bongok.
Sally sempat fon saya tadi. Kalau tulis ceritanya beritahulah pada pembaca sekalian bahawa ini kisah benar. Memang berlaku secara realitinya. Sally benci dengan orang yang kaki rasuah. Oleh itu Sally mengambil keputusan menjadi penjual dadah. Ini lebih baik buat Sally, janda muda yang dipermainkan lelaki jalang seperti bekas suaminya dahulu.
CINTA - BAHAGIAN 9
Akhirnya sampailah Sally ke bilik Ratu Lesbo di UIA. Memang tak menghairankan bagi Sally di sebuah IPT Islamik ini ada kumpulan wanita yang mengamalkan Lesbian. Lepas ni bila keluar U mereka akan jadilah kumpulan pembela hubungan sejenis yang liberal dan progresif ini. Tambahan pula di U pun sudah hisap dadah.
Ratu Lesbo ini namanya Jimmy. Dia juga peminat lagu-lagu Led Zeppelin. Baginya kehidupan rock lebih bemakna daripada nak hidup macam rakan sebelah bilik yang merupakan aktivis Islami. Dia kata budak-budak aktivis tu semuanya perasan bagus. Mereka hanya fikir merekalah yang Islam di dunia. Bukan nak menjenguk gengnya yang punky ini. Malam ini malam minggu. Mereka semua dah plan nak ke Clubbing. Lepas tu bolehlah mereka jumpa rakan-rakan yang kerja sebagai PRO dan GRO. Kehidupan sedemikian lebih baik dan aman bagi mereka. Mereka sentiasa berharap suatu hari nanti hidayah akan sampai kepada rakan mereka itu.
Mereka juga rajin membaca kerana mereka suka Online Internet. Mereka tahu dulu Hassan Al Banna yang mengetuai Jemaah Ikhwanul Muslimin berda'awah sampai ke kelab malam. Jadi mereka pun berharap malam ini mereka akan dapat meneruskan kegiatan da'wah mereka. Bagi mereka da'awah ialah mengambil berat tentang nasib dan masalah kawan-kawan. Lebih-lebih lagi rakan mereka yang sedang kesusahan diceraikan oleh lelaki jahanam itu.
Mereka memahami da'awah sebagai satu perkongsian. Kehidupan ini ditangan Allah SWT. Menjadi da'ei bukan untuk menghukum manusia. Menghukum manuisa itu kerja Allah. Apa yang mereka lihat geng-geng aktivis itu sibuk nak suruh semua orang pakai tudung. Tapi tak pernah membina pemikiran apa yang ada di dalam tudung itu. Iaitu otak dan aqal.
Walaupun mereka geng lesbo tidak bermakna mereka saling mengamalkan seks luar tabi'ei. Hanya berkasih sayang sesama sahabat. Sharing Is Caring. Hari ini aku susah kau bantu aku; esok aku bantu kau pula. Demikianlah gadis-gadis punk punya life. Tak macam gadis-gadis konon aktivis Islami itu. Asyik menghukum orang masuk neraka; lepas tu gaduh-gaduh sesama sendiri. Politics is bullshit kata mereka yang punkster itu.
CINTA - BAHAGIAN 10 (AKHIR)
Wah! Cerita ini dah menuju ke penghujungnya. Ini bukan cerita 18SX. Ini sebenarnya cerita tentang realiti kehidupan tentang apa yang berlaku di luar sana. Dato' KSU telah kemalangan keretanya dengan sebuah lori tangki minyak. Kereta Mercedesnya terbakar hangus. Mujur beliau selamat kerana terpelanting ke luar. Dia kini dirawat di Hopital kerajaan. Dalam bilik Unit Rawatan Intensif atau ICU.
Sally tahu KSU accident. Tapi ada Sally kesah. Dia dah biasa dengan senario sedemikian. Dia yang susah dahulu ditinggalkan lelaki siapa pun tak kisahkan dia. Sekarang Sally dah sedikit berduit. Dia bercadang nak buka Salonnya. Kalau mintak pinjaman TEKUN pun belum tentu orang politik tu nak kasi dia. Untuk jadikan dia anak ayam mereka; deme semua nak lah.
Ratu Lesbo sebenarnya punya wawasan menjaga kaum sejenisnya. Dia juga ada Tae Kwan Do. Mana lelaki kurang hajar memainkan hati dan perasaan wanita dia akan terajang sahaja. Dia suka terajang dekat bahagian mahkota lelaki itu. Biar terus mandul pun tak apa.
Anak KSU namanya Rina. Rina sudah kurus dan cantik. Rina tak nak berpakaian hijab dan tudung labuh. Dia nak dressing ikut style simple and easy; tapi tutup Perhiasan wanita seperti saranan Allah dalam Al Qur'an dalam Surah An Nur. Lelaki yang gengster itu sebenarnya tak gengster manapun. Baru sahaja kena penerajang dengan Ratu Lesbo.
Gambar mesra KSU dengan "kekasihnya" dijumpai oleh bininya. Apa lagi kena makan penampor ler KSU dengan bininya. Akibat pergaduhan kecil itu KSU cabut keluar rumah dan tak tentu hala bawa kereta sehingga eskiden. Mr. Chong Kaw Kaw dan Mr. Maritipu pergi melawat Dato' KSU yang tak sedar-sedar lagi. Di dalam kereta Mr. Chong bernyanyi kuat-kuat bersama Mr. Maritipu.
Cinta Satay.... Cinta Satay Kajang.... huhu
Kita Tiga Olang ... Satu Malas Sial ... huhu
Duit suma kita kasi rasa rasa...... huhu
Ini halam; ini suma rasuah la.... huhu
Ritma pantun sudah tak penting lagi asalkan mesejnya sampai kata mereka berdua.

Subscribe to:
Posts (Atom)