Tuan Suhaibuddin yang menasihati saya Membaca Al Qur'an itu saya tahu dia bukannya Degree Level just Dip Undang-undang (may be) pada masa servis dengan Kerajaan...
Dia terus memberikan suatu contoh; Katanya: Sila keluarkan wang kertas RM1.
Dan saya keluarkan dan dia tunjukkan kepada saya:
WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI....
Ansor! This note has no original value. It refers to our Gold that we kept in The World bank. Lebih kurang begitulah dialognya....
Dan dia membaca ayat Surah Al Waqi'ah : INNAHU LA QUR'ANIL KARIM. FI KITABIN MAKNUN.
Di atas sana Ansor; In The preserved Book.... The copy that we have is only Mushaf; Just like that RM1 note...
Dia memberikan analoginya....
Apapun sikap dan semangatnya membangkitkan saya. Sebagai seorang pesara dia tekad mengulangi pembacaan Al Qur'an tanpa henti dan berkata dia membaca sambil membuat rujukan terjemahan Melayu, Inggeris, Tamil dan Urdu. Bahasa Perbandingan yang banyak sekali. Sehingga sebahagian ulasannya menunjukkan dia boleh berbahasa Arab dengan baik sekali.
No comments:
Post a Comment