Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Thursday, February 6, 2014

Datang gagak-gagak mengajar manusia cara menguburkan mayat itu

Masih lagi kita termengah menjarah hanya jadikan Al Qur'an sebagai bacaan ritual Surah YaSiin di malam Jumaat atau di majlis-majlis kenduri arwah? Seronok setakat baca beberapa Surah-surah lazim dan Surah-surah Al-Insaan dan Protokolkan setiap Subuh Jumaat membaca Surah As Sajdah.

Kita membaca Al Quran namun masih menjadi "Qaumun La Yakaaduna Yafqahuna Qaula". "Menjadi Qaumun La Yakaaduna Yafqahunya Hadiisa". Gah dengan nama seorang Islam sebagaimana tertera di Kad Pengenalan. Menjerkah-jerkah Orang di negara Israel dan katakan mereka itu ummat yang degil. Al Qur'an kata Bani Isra'il itu degil munggil. Itulah orang yang kita jerit menyerekah yang darah mereka adalah darah kita dalam jalur-jalur DNA yang sama. Kuat susunan maklumat DNA antara kita dan para tentera Zionis yang menembak rambak anak-anak Palestina. Merekap-rekap bentuk DNA antara penembak-penembak kejam itu dan orang-orang yang ditembaknya. 

Demikianlah tak jauh bedanya rangkaian-rangkaian DNA antara tentera Thailand yang bersusur galur DNA darah keturunan Kerajaan Kutai yang juga datang dari daerah wilayah Sasan Parsi itu. Yang ditembak mereka adalah orang-orang yang nama mereka itu kini adalah Patani yang dulukalanya datuk mereka asal kerajaan Siam Kedah yang berpayung Sri Vijaya. Pastilah tepat sekali DNA sang penembak dan yang ditembak itu satu jajarannya.

Demikianlah di dalam Surah Al Ma'idah:5 antara Surah terakhir diturunkan Allah kepada Nabinya dan ada rekod yang nyatakan ayat112-114 menjadi ayat-ayat yang terakhir sekali diajarkan Nabi Muhammad kepada para Sahabatnya. Kita mesti baca bagaimana sidua orang Anak Nabi Adam itu yang mana sang yang menyerahkan Qurbannya tanpa taqwa menjadi amarah Nafsunya mengangkat tangan membunuh nafsu yang seDNA dengannya sehingga rebah kebah adik beradiknya dikedosaan tangannya yang berdarah merah; darah adik beradiknya. Mati Insan Bertaqwa itu di kejahatan nafsu diNazghuni Syaithaani Insan Yang Tidak Bertaqwa. 

Datang gagak-gagak mengajar manusia cara menguburkan mayat itu. Lalu diperhatikan sang pembunuh itu cara gagak melakukannya; mengorek tanah dan simpan mayat dan tanam ianya dengan tanah jua. Itulah Gurap namanya.

Lalu Qarr semua sel-sel dengan tugas masing-masing menurut RNA di setiap 46 butir kromosom sel itu

Di kemuliaan malam-malam yang Qudus di sepertiganya hatta waktu-waktu Ashar; kejutkan diri yang sedang berMudatssir dalam selimut dan sedang berMuzammil dalam sedap bantal kerana hujan malam mendinginkan tilam untuk para Virus dan ummat bakteria Setani dalam sel-sel badan menjadi Kusaala malasan untuk bangkit bangun. 

Bacalah dengan format Aqra'a setiap huruf-huruf yang berbaris itu sehingga huruf-huruf itu menjadi Ayat-ayat yang tersusun untuk mencerna neuron-neuron saraf di Serebrum dan Serebelium Otaki. Listrik gelombang elektromagnetik yang terhasil dari Bunyi atau As-Shoutun (Tone) kesan Ayat-ayat Al Qur'an yang kita Iqra'kan itu akan tawafkan semua elektron ikut lawan jam menggetarkan setiap Furuthon-furuthon badani terus menyantun hati atau Qalbun dalam gegendang telinga bergetar listrikkan tenaga masuk ke dalam Medula Oblongata atau Madkhul yang berGerbang bentuk Oblong itu; lalu tertayanglah di atas layar minda kita setiap butir Ayat-ayat yang kita Iqra' tadi.

Iqra'. Iq kan Ra. Akan Ra di minda. Dibabakkan semua Ribbonucleic. Alif Qaf Ra Alif (hamzah). Ba Sim+Mim Ra+Ba+Ka. Mahu kereta bergerak pastikan di"ignite"kan enjinnya. Ribbonucleic (RNA) dalam setiap 46 butir kromosom dalam ribuan sel-sel badan mestilah dibabakkan agar tertayanglah ceritanya di latar dunia fana' ini dirimu itu. Mahu Ba kan ianya mestilah di"ignite' dulu. Qarr!kan ia. Iqra'! Dan kuncinya ialah BismiRabbika. Ayat-ayatkanlah di Surah Al Fatihah.

BismillahirRahmanirRahim. Ba Semua Alif Lam Lam Ha. Dengan namamu Allah; ismu+Ka Ar Rahman, ismu+Ka ArRahiim. Ignite! Lalu Qarr semua sel-sel dengan tugas masing-masing menurut RNA di setiap 46 butir kromosom sel itu.

Bacalah Al Qur'an Secara Tartil!

Surah Al Mudatssir sememangnya "Paring atau Kembaran" dengan Surah AlMuzammil; Surah ke-73 kandungannya 20 ayat. Jika ditotal jumlah ayat pada kedua-dua Surah ini jumlahnya jadi 76. Masih ingat 19? 19x4=76

Kenapa 4? Pada 73:4 ada satu Perintah Mandatori MemBaca al Qur'an. Au Zid Alaihi .... WARATTILI AL QURAN TARTILA. Rattil! Rattil Tartila.

73:5 Nun Factor - SaNulqi Alaika Qaulan Tsaqila. Inilah dia Azimat bagi para Murattal atau pembaca Al Qur'an. Allah akan NULQI/YULQI kepada Kita Qaulan Tsaqila. 

73:6 Anda akan Belajar tentang Rahsia Tha iaitu Wat'an. Literal maksudnya Kesan Yang Amat Kuat.

Itulah Maksud Tha atau Qaulan Tsaqil. Tsa+Qal suatu yang jirim sifatnya punya Nilai pada Jisim. Qaulan Tsaqil Yang akan memberikan kita Acidic Tha. Studilah apa kegunaan Acid pada biologi badan kita dan apakah kesan lanjutan dan kekuatan daripadanya. Ingat lagi DNA dan RNA?

Moga anda mendapatkan THA. An acidic Tha.

Sudahkah anda berusia 40 tahun?

Sudahkah anda berusia 40 tahun? Kata Omputih: Life begins at 40

Lupakan apa Omputih tu cakap; semua maklum pada usia inilah Nabi Muhammad menerima Wahyu Pertamanya. Dan kepada kita semua Umatnya Allah bekalkan suatu pemanis yang sungguh enak. Bukalah Surah Al Ahqaaf pada ayat 15: di sana ada doa untuk orang yang sudah berumur 40 tahun.... Moga semua mendapat keberkatannya.....

Kisah Dua Pekebun dalam Kisah-kisah Al Kahfi

Kebun anggur yang ranum dan enak rasanya
Catatan ini amnya pada ayat 32-45. Ini suatu kisah 2 Pekebun.... Dijadikan kepada mereka pekebun yang punya ladang anggur. Dan dikelilingi ladang itu ada pula ladang Tamar. dan ada antaranya pokok-pokok buah-buahan yang lain-lainnya. Masing-masing pekebun ada Jannat atau Ladang masing-masing.

Memang kedua-dua Dusun atau Kebun atau Ladang itu mengeluarkan hasil. Dan memsisahkan kebun mereka ada sebatang sungai yang mengalir.

Salah seorang Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta yang lain; lalu berkatalah dia kepada rakannya, tuan kebun yang satu lagi. dia sound rakannya itu: "Hey mamat! Aku lebih banyak harta daripadamu. Aku lebih berpengaruh. Dan pengikut-pengikut aku lebih ramai".

Dan kereknya dia ajak rakannya itu masuk ke Kebunnya. "Mat, mai masuk kebun akui ni! Lihatlah betapa ranumnya buah-buahan ini semua. Kau punya aku tengok lebih kurang jer! Taklah sesubur kebun aku. Kau tahu tak aku punya teknik pertaninan yang orang lain tak tahu. Aku yakin kebun aku akan terus masyhur dan aku pasti ianya tak akan musnah!"

"Eh! Mat. Kau rasa Qiamat akan berlaku ker? Aku fikir tidak. Aku nak hidup lama di dunia ini! Mmmm! Kau percaya adanya Allah? Bagi aku..... takpelah; jika Allah itu ada pun, aku rasa akulah yang nanti bila aku mati dan dihidupkan semula; aku akan diberikan oleh Allah Tempat yang lebih baik daripada apa yang aku ada di dunia ini!"

Saya berhenti pada ayat 36 Surah berkenaan. Kerana apabila kita meneliti dialog antara mereka kita mesti kupaskan apakah soal yang mesti diambil hikmah?

Jika nada menerlus ke dalam intipati persoalannya dapatlah kita rungkai soal Idealisme yang diperbincangkan. Apabila sang kaya itu meyombong akan hartanya. Maka itulah maksudnya Materialisme. Anda tahu atau tidak berapa banyakkah idealisme di dunia ini yang bersandar kepada Materialisme? Kedua-dua idealisme sosio-ekonomi Kapitalisme dan Komunisme bersandar kepada soal pokok Materialisme. Materialisme adalah ideologi yang menolak soal Super Power. 

Dan ini cabaran besar kepada setiap orang Islam pada hari ini untuk melihatfaham di manakah kedudukan material itu dengan konsep "Innallaha Yabshutu Ar Rizq Wa Yadqir". Dan pada Al Kahfi sekali lagi Allah memberi faham kepada manusia bahawa Al Mal Wal Banun - Zinatal hayat ad dunia....

Dan kita teruskan kisah ini selanjutnya pada ayat 37:

Berkata rakan petani itu. "Hai Lan! Kenapa kau cakap Qiamat tak akan berlaku? Dan kenapa kau cakap seperti tidak yakin kepada wujudnya Allah?"

"Hei! Kau tahu tak? Sanggup kau kufur? Kau tahu tak! Allah jadikan kamu daripada TURAB. Tanah! Lan..... Kau dijadikan daripada tanah... Kau tahu tak? Dan daripada tanah Allah jadikan Nutfah! Air mani. Sperma dan Ovum... kau tahu tak? Kau faham tak Sains Biologi Lan! Kau bacalah Surah At Thaariq!"

"Selepas Sperma bercantum dengan Ovum, maka jadilah kau janin sehingga kau dilahirkan dan menjadi besar dan berdiri di sebelah aku ini! Kau sedar tak apa yang kau perkatakan tadi Lan?"

"Lan, Aku yakin dan percaya Qiamat itu pasti. Mati itu benar. Dan aku yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Ilahku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Ilahku."

"Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: Semuanya ialah apa yang dikehendaki Allah! Semua ini MA SYAA' ALLAH. SEBAB ALLAH KEHENDAKI KEBUNMU SUBUR. Kau tak ada apa-apa kehebatan pun!"

"Kau tahu tak! LA QUWWATA ILLA BILLAH! Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah?"

"TAK APALAH! Kalau engkau memandangku sangat KURANG tentang harta dan anak, berbanding denganmu, maka mudah-mudahan Ilahku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan aku bimbang Dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus."

Anda takut tak ada duit? Anda takut pada DUIT? Wahai Saudaraku! Duit itu hanyalah suatu PERHIASAN DUNIA. Anda nak DUIT? Allah boleh berikan jika anda mahukan duit. Tapi apa sebenarnya tujuan anda untuk hidup ini? Duit? Duit atau Uluhiyyah Kepada Allah? 

Dalam dialog sebelum ini. Allah menyebut! Ma Syaa' Allah.... Apa yang kau lihat rasa itu kerana Ma Syaa' Allah. Kau sekarang ada apa? Rumah besar? Kereta besar? Anak ramai? Ma Syaa' Allah. Jika Allah KEHENDAKI, Allah akan berikan..... Apa? Sebab kau bijak? Sebab kau brilliant? Oh! tidak! Semuanya KERANA Allah bagi. 

Saya dahulu pernah memimpin suatu Kelab Sahabat Mawi. MAWI FC. Apakah mulut yang terpacul daripada budak yang dahulunya susah dan miskin yang datang dari Felda itu.... Tidak lepas dari mulutnya... "REZEQI ALLAH BAGI!...." Inilah maksudnya LA QUWWATA ILLA BILLAH. Tiada suatu pun yang berkuasa melainkan ALLAH. Zikirlah LA QUWAATA ILLA BILLAH. Bacalah pada 18:39

Kita sambung lagi....

Dialog terkahirnya tadi.....

"TAK APALAH! Kalau engkau memandangku sangat KURANG tentang harta dan anak, berbanding denganmu, maka mudah-mudahan Ilahku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan aku bimbang Dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus."

".....Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi".

Dan segala tanaman serta hartabenda ORANG YANG BELAGAK KAYA ITU dibinasakan, SI KAYA ITU MENEPUK-NEPUK DAHINYA kerana menyesal terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh SEGALA PARA-PARA YANG DITANAM ANGGUR dan seluruh tanamannya; sambil dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!"

Dan TIADA SESIAPAPUN yang boleh menolongnya, selain dari Allah; dan "sikaya" pula tidak dapat membela dirinya sendiri.

Pada saat yang sedemikian itu - Al walayatu lillah AL HAQ! - kekuasaan memberi pertolongan adalah HAQ Allah, Ilah yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia kepada manusia yang taat.

DAN ALLAH PUN MEMBERIKAN SUATU MISAL:
"Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain dan kembang suburlah ia disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan ingatlah BAHAWASANYA Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Ya, saudaraku sekalian.... Ambillah misal daripada Allah ini. Kehidupan kita ini seperti AIR.

Saturday, February 1, 2014

Apakah itu Quru' atau قروء ? Ianya berkaitan Menstrual Cycle - Marilah kita renungi dan fahami

Kali ini penulis ingin menjemput suatu perbahasan tentang soal Quru' atau قروء sebagaimana kandungan Surah Al Baqarah 2:228. Bagus juga ramai orang ambil tahu tentang soal ini kerana ramai yang konfius lagi; terutama pasangan suami isteri. 

Maksudnya ialah Menstrual Cycle iaitu Pusingan Haid bagi perempuan. Dalam ayat Surah Al Baqarah, 2:228 - Allah menyebut barangsiapa (Wanita) yang DICERAIKAN hendaklah menunggu 3 kali Quru' sebelum boleh berkahwin dengan orang lain. Ini adalah standing procedure yang Allah tetapkan dan jika dilihat dalam konteks ayat ialah untuk memastikan TIADA Kandungan yang tertinggal dalam Rahim Wanita sebelum beliau bernikah semula KERANA Wanita (Yang Sah dalam Nikah) yang diceraikan sedang ada kandungan dalam Rahimnya - HARAM BERKAHWIN. Kecuali jika dia diserbatan... *faham-faham ajelah*... Huhu...
Gambarajah Kitaran Haid

Ada 2 pendapat bercanggahan iaitu Hanafi mengatakan Quru' maksudnya Datang Haid manakala Shafei mengatakan 3 kali tempoh Circulation (Datang dan Bersih Suci)

Setiap SUAMI mesti Arif soal ini; jika tidak problem sebenarnya kalau tak tahu... Jika menurut Hanafi pastilah ianya 2 kali tempoh Circulation (iaitu 3 kali datang Haid) untuk mengconfirmkan bahawa memang TIADA Kandungan dalam Rahim. 

Pakar Sakit Puan boleh membantu kefahaman kita....

Menurut Pakar Sakit Puan, katanya: "Datang haid saja bermaksud kandungan tidak menjadi dan dinding rahim yang dah bersedia menerima kandungan tu pecah lalu turun lah darah..."

Di sini kita melihat jelas bahawa pendapat Hanafi paling Rajih; iaitu Quru' ialah Datang Haid. Dan bukannya Circulation (iaitu Datang Haid disusuli Bersih dan Suci). Apapun standing procedure 3 kali Quru' mesti terpakai dalam Soal Kahwin semula bagi WANITA yang diceraikan; sebab ianya adalah MANDATORI.... (inilah tempoh Iddah bagi Penceraian)....

Oleh yang demikian, Quru' atau Datang Haid ini adalah satu KEKURANGAN sedikit yang Alllah susunkan kepada Wanita kerana di akhir ayat tersebut Allah menggariskan وللرجال عليهن درجة Dan Bagi Lelaki Ke Atas Wanita ini diangkat Satu Darjat ATAU satu Tahap.... Kerana itu kurang sesuai lagi Wanita yang masih dalam" proses ini" diangkat sebagai Pemimpin...(selain kpd kelompok mereka).