Showing posts with label Catatan. Show all posts
Showing posts with label Catatan. Show all posts

Thursday, February 6, 2014

Datang gagak-gagak mengajar manusia cara menguburkan mayat itu

Masih lagi kita termengah menjarah hanya jadikan Al Qur'an sebagai bacaan ritual Surah YaSiin di malam Jumaat atau di majlis-majlis kenduri arwah? Seronok setakat baca beberapa Surah-surah lazim dan Surah-surah Al-Insaan dan Protokolkan setiap Subuh Jumaat membaca Surah As Sajdah.

Kita membaca Al Quran namun masih menjadi "Qaumun La Yakaaduna Yafqahuna Qaula". "Menjadi Qaumun La Yakaaduna Yafqahunya Hadiisa". Gah dengan nama seorang Islam sebagaimana tertera di Kad Pengenalan. Menjerkah-jerkah Orang di negara Israel dan katakan mereka itu ummat yang degil. Al Qur'an kata Bani Isra'il itu degil munggil. Itulah orang yang kita jerit menyerekah yang darah mereka adalah darah kita dalam jalur-jalur DNA yang sama. Kuat susunan maklumat DNA antara kita dan para tentera Zionis yang menembak rambak anak-anak Palestina. Merekap-rekap bentuk DNA antara penembak-penembak kejam itu dan orang-orang yang ditembaknya. 

Demikianlah tak jauh bedanya rangkaian-rangkaian DNA antara tentera Thailand yang bersusur galur DNA darah keturunan Kerajaan Kutai yang juga datang dari daerah wilayah Sasan Parsi itu. Yang ditembak mereka adalah orang-orang yang nama mereka itu kini adalah Patani yang dulukalanya datuk mereka asal kerajaan Siam Kedah yang berpayung Sri Vijaya. Pastilah tepat sekali DNA sang penembak dan yang ditembak itu satu jajarannya.

Demikianlah di dalam Surah Al Ma'idah:5 antara Surah terakhir diturunkan Allah kepada Nabinya dan ada rekod yang nyatakan ayat112-114 menjadi ayat-ayat yang terakhir sekali diajarkan Nabi Muhammad kepada para Sahabatnya. Kita mesti baca bagaimana sidua orang Anak Nabi Adam itu yang mana sang yang menyerahkan Qurbannya tanpa taqwa menjadi amarah Nafsunya mengangkat tangan membunuh nafsu yang seDNA dengannya sehingga rebah kebah adik beradiknya dikedosaan tangannya yang berdarah merah; darah adik beradiknya. Mati Insan Bertaqwa itu di kejahatan nafsu diNazghuni Syaithaani Insan Yang Tidak Bertaqwa. 

Datang gagak-gagak mengajar manusia cara menguburkan mayat itu. Lalu diperhatikan sang pembunuh itu cara gagak melakukannya; mengorek tanah dan simpan mayat dan tanam ianya dengan tanah jua. Itulah Gurap namanya.

Bacalah, Lihatlah, Fahamilah, Lestarilah, Dalamilah

40 tahun saya hidup dalam masyarakat Melayu. Saya dididik dalam bahasanya. Saya membaca Versi Terjemahan Al Qur'an dalam bahasanya. Saya berontak akali dalam tak faham apa yang cuba dimaksudkan.

Saya baca Versi Translation & Commentary Abdullah Yusuf Ali dalam Bahasa Inggeris. Minda saya teranjak. Perbandingan dengan beberapa sumber keilmuan dan Sains. Saya melihat lebih jauh. Saya upaya insaf dalam Maqsud dan Makna menurut Al Lughotul 'Arabiah. Saya temui kunci-kunci. Saya tekad Qiraah. Saya Rattil setiap Tilawah.

Sedikit kefahaman ilmu muzika dan nota bunyian. Saya orchestra kan Pembacaan Al Qur'an. Saya dramatikkan Lisanun Arabiyyun dalam Lidah Lingua Franca Bahasa Melayu Kuno Versi Parameswara. Saya engage dengan English Spoken Language. Saya nikmati Queen's English. Sedikit kefahaman dalam Chinesse Stroke of its Writing.

Anyaman dengan tulisan Hamka. Baca Ensiklopedia dan Wikipedia. Mendasar semula kelas pengajian di masjid bersama bapa sejak kecil. Juga majalah-majalah dulukala seperti Sarina, Qiblat, Risalah dan Dewan Sastera. Terilham dalam beberapa karya-karya sasterawan Nusantara.

Minda kebaratan dalam Rocking Line dan Bob Dylan, Barett dan Hendrix. Sematan filem-filem Hitchock dan Tarantino. Keminatan dalam dunia Aritmetikal dan Algebra serta Logarithma. Melukis peta-peta wilayah khayalan. Membaca buku-buku darah-darah perjuangan yang menistis merah pekat.

Bacalah Al Qur'an! Ayuh! Bacalah Al Qur'an

Pada suatu hari di masjid India Ipoh, saya ditegur sapa oleh seorang sahabat Pesara. Namanya Tuan Suhaibuddin bekas Ketua bagi suatu jabatan yang kini namanya Jabatan Insolvensi jika tak silap sebelum ini namanya Pejabat Kebangkrapan. Peguam-peguam Ipoh High Court amat mengenali beliau yang agak sedikit "eksyen" dalam menjalankan tugasnya.... Saya pun kerap juga mempetisyen Orang Jadi Bankrap. Ya, lah menjadi hamba sistem perbankan. Maka kerja kita ialah makan hasil Riba dan mendera Jiwa Manusia. Dan inilah namanya loyer.... Sekumpulan manusia yang diprogramkan oleh Sistem Kapitalis Riba Gresham Law untuk menjadi HAMBA kepada Sistem Perbankan. 

Ya, suatu hari kami bertemu di Masjid India. Saya pula buat-buat kerek tak nak ditegur olehnya. Semakin saya menjauh semakin dia mendekati. "Eh! Ansor. Ahmad Ansor. You kenal saya?"

"Ya, ya . Tuan Suhaibudeen kan?"

Terus sahaja dia mendapatkan saya dan memeluk sambil memulakan 'greetings'/tegur sapa dan seterusnya dia beritahu kepada saya.......

"Ansor, read Qur'an. Read Qur'an. Read Qur'an always!"

Saya tergamam! Seorang yang biasa. Menasihatiku dengan sangat jujur kurasakan nasihatnya. Tidak pernah kurasakan suatu nasihat yang sangat tenang bila telinga mendengarnya. Aku fikir dan fikir terus fenomena itu...... Dan sedikit-sedikit aku mulakan jejak itu........ 

Read Qur'an. Read Qur'an always.......

Tuan Suhaibuddin yang menasihati saya Membaca Al Qur'an itu saya tahu dia bukannya Degree Level just Dip Undang-undang (may be) pada masa servis dengan Kerajaan...

Dia terus memberikan suatu contoh; Katanya: Sila keluarkan wang kertas RM1. Dan saya keluarkan dan dia tunjukkan kepada saya:

WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI.... 

Ansor! This note has no original value. It refers to our Gold that we kept in The World bank. Lebih kurang begitulah dialognya....

Dan dia membaca ayat Surah Al Waqi'ah : INNAHU LA QUR'ANIL KARIM. FI KITABIN MAKNUN.

Di atas sana Ansor; In The preserved Book.... The copy that we have is only Mushaf; Just like that RM1 note... Dia memberikan analoginya....

Apapun sikap dan semangatnya membangkitkan saya. Sebagai seorang pesara dia tekad mengulangi pembacaan Al Qur'an tanpa henti dan berkata dia membaca sambil membuat rujukan terjemahan Melayu, Inggeris, Tamil dan Urdu. Bahasa Perbandingan yang banyak sekali. Sehingga sebahagian ulasannya menunjukkan dia boleh berbahasa Arab dengan baik sekali.

Catatan seorang usahawan berjaya, pemilik SECRET LEAF - Amir Ibrahim

Catatan seorang usahawan berjaya, pemilik SECRET LEAF - Amir Ibrahim

Jangan melihat kejayaan orang, lihat juga bagaimana dia mencapainya - kata seorang teman.

3 tahun setengah Secretleaf International, perjalanan yang meletihkan, impian yang panjang, prinsip yang tergugah, semangat yang tercalar and here i stand, chasing the dreams.

5 tahun lepas, dengan duit 2 ribu, anak penjual roti, tanpa saudara mara yang kaya atau berpangkat, tanpa kabel yang digunakan, hanya dengan semangat, impian dan prinsip : jangan meminta, jangan menipu, jangan membayar duit dengan hasil yang syubhah, jangan berjaya kerana kabel besar, yang memberikan hanya Tuhan, merayu hanya kepada Tuhan. It is a lonely road, waktu yang mencabar, apa masanya prinsip terasa harus diketepikan untuk wang, ada masanya terasa harus merayu pada manusia, tetapi alhamdulillah, masih mampu menyatakan," berikan kepada saya, sekiranya tuan mendapati saya layak", dan bukannya, "tolonglah saya, kalau tuan tolong saya akan ....". 

Dan di sini, saya masih berdiri, masih menyelesaikan masalah, masih hidup, masih berusaha mengejar impian.

Building this company, from nothing 3 years ago, kini memiliki kilang sendiri walaupun kecil, dengan kelulusan GMP, ISO9001, dan Halal JAKIM, membangun hampir sekali ganda setiap tahun selama 3 tahun berturut2, the only thing, yang boleh saya katakan kepada semua, selagi anda mempunyai impian dan berusaha keras sebaiknya, Tuhan akan memberikan apabila sampai masanya. Selagi anda percayakan diri sendiri, kepercayaan orang lain tidak sebegitu penting walaupun ia akan membantu. Bangunkan diri dari sumber yang halal, dan berikan wang gaji dari sumber yang halal, bukan dari riba, penipuan dalam perniagaan atau apa-apa yang meragukan. Ada masanya kita melakukan kesilapan, tetapi kesilapan akan membetulkan apa yang akan kita lakukan pada masa hadapan. 

Untuk tahun ini, semoga saya masih boleh memberikan semangat kepada diri sendiri, yang mereka yang lain, meneruskan impian dengan prinsip sendiri, membangunkan yang sekarang dan boleh bercakap dengan anda lagi pada tahun hadapan. Percayalah diri sendiri dan iman, kita boleh menjadi berkuasa seperti Firaun, atau kaya seperti Qarun, Tuhan memberikan rezeki kepada sesiapa sahaja, tetapi pengakhiran kehidupan bukan di dunia ini. Selamat tahun baru ...

Al Waqi'ah memanggil-mangil di muka pintunya

Sebelum ditutup tirai malam ini, ayuhlah kita mencari sesuatu yang lebih barakah. Dialah Surah Al Waqi'ah. Penguji abadi. Dengan jadikan Surah Mulia ini sebagai sahabat rezekimu tak akan sesekali putus. Rahsia kekayaan ada padanya. Barang siapa yang tak sukakan kekayaan, rahsia tidak miskin papa kedana pun ada padanya. Surah ini bukan sebarang Surah kerana Surah ini adalah pesan selamanya. 

Surah ini bermaksud sesuatu yang tak dapat dielakkan. Dia bermula dengan suatu pertanyaan .............. sayu panggilannya...... syahdu gemanya...... perlahan bunyinya.... merdu lantunannnya..... gigil semenggigilnya.......

Bila.... Bila..... Bila..... Bila...... Waktu itu diwaktukan!
Tiadalah Waktu itu Kisah Helah
Tergelencat Disayup-terbangkan

Di kala sepi bumi tiba-tiba....... Bumi merenjat-renjat Renjatan
Gunung terambas rimbas tak terbahasa
Kecai musnah hancur lebur hablur jadi debu jadi hama tersiksa terbeliak tercungap-cungap; menggelupur, darah, tangisan, ombak tsunami, air panas, membakar, dibakar, terbakar, terkentut keluar nanah dan darah, tercirit keluar ular, terbang, tendang, tersasar, terkucil-kucil, takut, jerit, pilu, sayu, gila, merapu, tongong, sumpah seranah, pecah.....

Semuanya TerHIDROKSIDA..... Semua pepejal, cecair dan gas, terhablur menjadi atom berasing-asingan. Hukum Relativiti Tuhan setiap gelungan elektro magnetik elektron putus. Berterabur proton. Isotop entah ke mana. Kecai musnah........ Satu bunyian Nun yang sangat panjang...............

Kelihatan jasad-jasad yang Ghair Mamnun itu tenang terangkat terbang.... mendahului.... Langit sudah terlipat-lipat dan terbuka suatu laluan Fast Track dan terbuka terang semuanya.....

Kita adalah Pemimpin Dunia yang sudah ada Garis Masa - Ayuh bikin wawasan 100 tahun lagi!

28 Februari 1991; suatu Kertas Wawasan 2020 telah digariskan oleh Tun Dr Mahathir. Kertas ini seharusnya ada pada setiap Warganegara Malaysia sebagai garis panduan untuk memahami Garis Masa 2020. 

Antara perkara yang akan sentiasa saya ulang-ulang kepada para sahabat dan rakan-rakan ialah soal Wawasan 2020 itu. 

Sepertimana Shell kini sudah ada Wawasan 2050. Dan seperti kertas Pembinaan Negara Israel yang dibentang oleh Theodore Herzl pada 1897 (suatu rangka kerja 50 tahun). 50 tahun selepas itu; iaitu pada 1948; negara Israel itu tertubuh. 

Garis Masa 100 tahun amat tepat... Maka, masanya adalah tepat jika Kita Orang Malaysia menyiapkan Kertas 100 tahun Malaysia Sebagai Pemimpin Dunia. Dengan sasaran setiap Jubli (atau 25 tahun itu apakah perancangannya...) 

Ormas Muhammadiyah di Indonesia sudah 100 tahun umurnya; kini sudah ada Universiti di setiap bandar-bandarnya.....

Hampir setiap orang Melayu atau Pribumi di Malaysia ini mempunyai silsilah atau kaitan keturunan dengan Raja-raja dan Sultan-sultan terdahulu; samada di Nusantara atau di seluruh dunia.

Saya akan terus cuba untuk mempertahankan institusi Kesultanan dan Raja-raja Melayu di Malaysia kerana ianya adalah simbol kepemimpinan dalam sejarah ketamadunan manusia di dunia.

Berbalik kepada perengan awal.... kesinambungan pertalian darah manusia terdahulu di Asia Tenggara dengan kita pada hari ini di Malaysia adalah amat akrab... Termasuk juga kaum-kaum Tionghua dan India yang didatangkan pada kurun ke 19 hingga 20. Pertalian erat hubungan darah dan pesemendaan (perkahwinan) antara Raja-raja Melayu dan "raja-raja" di Benua India dan China berlangsungan terus. Demikianlah kerana adanya nama-nama seperti Bukit China di Melaka.
Tun Dr Mahathir dan Wawasan 2020

British sebenarnya tahu hubungkait sejarah ini. Kerana itu orang-orang British atau datuk-datuk mereka iaitu orang German menanda nama Malaysia seawal abad ke 19 seperti di dalam peta. Apabila US cuba menamakan nama negara Filifina sebagai Malaysia ianya dihalang oleh British. Nama Malaysia hanya boleh ditandakan kemudiannya setelah disertakan dua wilayah di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. 1963 Malaysia wujud. Maksudnya tersirat pada nama ini ialah orang-orang yang punya hak kuasa pimpinan ke atas seluruh dunia..... Perwarisan raja-raja di dunia samada pada Empayar Rom dan Parsi atau Raja-raja di benua India dan China adalah orang-orang yang menjadi warganegara Malaysia hari ini. Inilah sebabnya KITA MESTI memimpin DUNIA.

Dalam meneruskan penulisan ini suka saya untuk menyelitkan pandangan balas YB Dato' Nasaruddin Hashim, ADUN Bota Negeri Perak seperti berikut:

"Bukan lah mustahil kita memimpin dunia,tetapi ia mesti di dahului dengan pembinaan tamadun yg hebat. Pembentukan tamadun hebat ini pula di mulakan dengan peningkatan ilmu teknology,sain,sain sosial , agama kpd generasi baru kita. Pembentukan tamadun yang hebat ini sekurang kurang nya memakan masa antara 50 hinnga 100 tahun, berdasarkan kpd apa yg di lalui oleh AS, Jepun, Jerman dan China."

Baldatun Thoyyibatun Wa Rabbun Ghafur adalah Tanah Nusantara kini. Hari ini tanah ini bernama ASEAN. Keseluruhan wilayah ASEAN atau Nusantara itu adalah Tanah berstatus Istana kepada kesemua tanah-tanah yang bukan TANAH HARAM. Tanah Haram iaitu Mekkah, Madina dan Al Quds adalah tiga wilayah elektromagnetik bumi. Kawasan yang paling strategik atau pusat kuasa eleketromagnetik bumi. 

Dan pada Wilayah Nusantara atau ASEAN ini kawasan yang merupakan pusat atau istananya ialah negara MALAYSIA hari ini. Kerana itu saya katakan Baik Thailand atau Burma atau Vietnam atau Indonesia. Meskipun lebih besar daripada kita; kepemimpinan akan dipusatkan di Malaysia.

Malaysia adalah pemimpin UTAMA bagi ASEAN. Dan Asean akan menjadi pemimpin utama bagi DUNIA hari ini.

Penulis pada catatan ini ialah Ahmad Ansor Batubara

Kisah Dua Pekebun dalam Kisah-kisah Al Kahfi

Kebun anggur yang ranum dan enak rasanya
Catatan ini amnya pada ayat 32-45. Ini suatu kisah 2 Pekebun.... Dijadikan kepada mereka pekebun yang punya ladang anggur. Dan dikelilingi ladang itu ada pula ladang Tamar. dan ada antaranya pokok-pokok buah-buahan yang lain-lainnya. Masing-masing pekebun ada Jannat atau Ladang masing-masing.

Memang kedua-dua Dusun atau Kebun atau Ladang itu mengeluarkan hasil. Dan memsisahkan kebun mereka ada sebatang sungai yang mengalir.

Salah seorang Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta yang lain; lalu berkatalah dia kepada rakannya, tuan kebun yang satu lagi. dia sound rakannya itu: "Hey mamat! Aku lebih banyak harta daripadamu. Aku lebih berpengaruh. Dan pengikut-pengikut aku lebih ramai".

Dan kereknya dia ajak rakannya itu masuk ke Kebunnya. "Mat, mai masuk kebun akui ni! Lihatlah betapa ranumnya buah-buahan ini semua. Kau punya aku tengok lebih kurang jer! Taklah sesubur kebun aku. Kau tahu tak aku punya teknik pertaninan yang orang lain tak tahu. Aku yakin kebun aku akan terus masyhur dan aku pasti ianya tak akan musnah!"

"Eh! Mat. Kau rasa Qiamat akan berlaku ker? Aku fikir tidak. Aku nak hidup lama di dunia ini! Mmmm! Kau percaya adanya Allah? Bagi aku..... takpelah; jika Allah itu ada pun, aku rasa akulah yang nanti bila aku mati dan dihidupkan semula; aku akan diberikan oleh Allah Tempat yang lebih baik daripada apa yang aku ada di dunia ini!"

Saya berhenti pada ayat 36 Surah berkenaan. Kerana apabila kita meneliti dialog antara mereka kita mesti kupaskan apakah soal yang mesti diambil hikmah?

Jika nada menerlus ke dalam intipati persoalannya dapatlah kita rungkai soal Idealisme yang diperbincangkan. Apabila sang kaya itu meyombong akan hartanya. Maka itulah maksudnya Materialisme. Anda tahu atau tidak berapa banyakkah idealisme di dunia ini yang bersandar kepada Materialisme? Kedua-dua idealisme sosio-ekonomi Kapitalisme dan Komunisme bersandar kepada soal pokok Materialisme. Materialisme adalah ideologi yang menolak soal Super Power. 

Dan ini cabaran besar kepada setiap orang Islam pada hari ini untuk melihatfaham di manakah kedudukan material itu dengan konsep "Innallaha Yabshutu Ar Rizq Wa Yadqir". Dan pada Al Kahfi sekali lagi Allah memberi faham kepada manusia bahawa Al Mal Wal Banun - Zinatal hayat ad dunia....

Dan kita teruskan kisah ini selanjutnya pada ayat 37:

Berkata rakan petani itu. "Hai Lan! Kenapa kau cakap Qiamat tak akan berlaku? Dan kenapa kau cakap seperti tidak yakin kepada wujudnya Allah?"

"Hei! Kau tahu tak? Sanggup kau kufur? Kau tahu tak! Allah jadikan kamu daripada TURAB. Tanah! Lan..... Kau dijadikan daripada tanah... Kau tahu tak? Dan daripada tanah Allah jadikan Nutfah! Air mani. Sperma dan Ovum... kau tahu tak? Kau faham tak Sains Biologi Lan! Kau bacalah Surah At Thaariq!"

"Selepas Sperma bercantum dengan Ovum, maka jadilah kau janin sehingga kau dilahirkan dan menjadi besar dan berdiri di sebelah aku ini! Kau sedar tak apa yang kau perkatakan tadi Lan?"

"Lan, Aku yakin dan percaya Qiamat itu pasti. Mati itu benar. Dan aku yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Ilahku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Ilahku."

"Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: Semuanya ialah apa yang dikehendaki Allah! Semua ini MA SYAA' ALLAH. SEBAB ALLAH KEHENDAKI KEBUNMU SUBUR. Kau tak ada apa-apa kehebatan pun!"

"Kau tahu tak! LA QUWWATA ILLA BILLAH! Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah?"

"TAK APALAH! Kalau engkau memandangku sangat KURANG tentang harta dan anak, berbanding denganmu, maka mudah-mudahan Ilahku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan aku bimbang Dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus."

Anda takut tak ada duit? Anda takut pada DUIT? Wahai Saudaraku! Duit itu hanyalah suatu PERHIASAN DUNIA. Anda nak DUIT? Allah boleh berikan jika anda mahukan duit. Tapi apa sebenarnya tujuan anda untuk hidup ini? Duit? Duit atau Uluhiyyah Kepada Allah? 

Dalam dialog sebelum ini. Allah menyebut! Ma Syaa' Allah.... Apa yang kau lihat rasa itu kerana Ma Syaa' Allah. Kau sekarang ada apa? Rumah besar? Kereta besar? Anak ramai? Ma Syaa' Allah. Jika Allah KEHENDAKI, Allah akan berikan..... Apa? Sebab kau bijak? Sebab kau brilliant? Oh! tidak! Semuanya KERANA Allah bagi. 

Saya dahulu pernah memimpin suatu Kelab Sahabat Mawi. MAWI FC. Apakah mulut yang terpacul daripada budak yang dahulunya susah dan miskin yang datang dari Felda itu.... Tidak lepas dari mulutnya... "REZEQI ALLAH BAGI!...." Inilah maksudnya LA QUWWATA ILLA BILLAH. Tiada suatu pun yang berkuasa melainkan ALLAH. Zikirlah LA QUWAATA ILLA BILLAH. Bacalah pada 18:39

Kita sambung lagi....

Dialog terkahirnya tadi.....

"TAK APALAH! Kalau engkau memandangku sangat KURANG tentang harta dan anak, berbanding denganmu, maka mudah-mudahan Ilahku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan aku bimbang Dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus."

".....Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi".

Dan segala tanaman serta hartabenda ORANG YANG BELAGAK KAYA ITU dibinasakan, SI KAYA ITU MENEPUK-NEPUK DAHINYA kerana menyesal terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh SEGALA PARA-PARA YANG DITANAM ANGGUR dan seluruh tanamannya; sambil dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!"

Dan TIADA SESIAPAPUN yang boleh menolongnya, selain dari Allah; dan "sikaya" pula tidak dapat membela dirinya sendiri.

Pada saat yang sedemikian itu - Al walayatu lillah AL HAQ! - kekuasaan memberi pertolongan adalah HAQ Allah, Ilah yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia kepada manusia yang taat.

DAN ALLAH PUN MEMBERIKAN SUATU MISAL:
"Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain dan kembang suburlah ia disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan ingatlah BAHAWASANYA Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Ya, saudaraku sekalian.... Ambillah misal daripada Allah ini. Kehidupan kita ini seperti AIR.