Showing posts with label Isu. Show all posts
Showing posts with label Isu. Show all posts

Friday, February 7, 2014

Wacana Meja Petak pada 14.02.2014 di Khizanat, Ipoh, Perak - hari baik hari jumaat juga hari "valentine" penuh cinta dan keamanan


Bila kujenguk semula tarikhnya owh! 14 Februari 2014 - 14.02.2014 - sungguh numerik sekali - dan Harinya Jumaat - [Valentine Day] - Hari yang penuh Cinta dan keamanan
---------------------------------------------------------------------------------
About KhizanatArt space + distro + social club + mini cafe and simply a place open to public to hang out. Come, let's lepak! Founded by Projek Rabak.
DescriptionWe sell books, clothes, food and various other pop culture stuff. Our space is also open to public to do art or just lepak.
Basic InfoLaunched March 16, 2013
Location No. 57A, Jalan Dato Onn Jaafar, 30300 Ipoh, Perak
Hours Mon - Sat: 2:00 pm - 12:00 am
Parking
Street
Contact Info
Phone 012-562 2353
Email khizanatipoh@gmail.com
Website http://www.twitter.com/khizanat
Mendapat mesej daripada Azmil Mokhtar

"Ustaz Ahmad Ansor Batubara akan kupas isu kaum luth di zaman moden jumaat depan.
Aku tak boleh nak jangka apa isinya, yang pasti ia menarik. Harap nanti ada sinopsisnya...
Terima kasih sudi berkongsi di Wacana meja petak....
Jumpa Jumaat depan... — with Kamal Sabran and 5 others."

Lalu saya menulis jawapannya:-
Terima Kasih Sdr Azmil Mokhtar yang sudi menjemput saya untuk BERKONGSI di Meja Perak Khizanat pada Jumaat minggu hadapan.

Antara topik yang akan diperbicangkan ialah A Contaminated World : Lesbians dan Homosexual

Saya akan hadir sebagai aktivis Pertubuhan Kitar Semula dan Alam Sekitar Daerah Kinta. Fokus diskusi saya pada mulanya ingin menyentuh soal Classical Transsexual. Apakah menantang jadah benda tu? Semua mesti faham... apakah bedanya antara transsexual dan transgender?

Transgender ialah aktiviti tukar jantina. Kerana apa? Kerana soal yang berkaitan dengan salahlaku seksual atau fahisyaah...

Transsexual ialah seseorang yang secara semulajadinya bertubuh lelaki tetapi berjiwa wanita atau sebaliknya....

Hal ini barangkali ada di dalam adik beradik kau orang? Nak tahu lebih lanut sila hubungi Sdr Azmil Mokhtar utk hadir dalam isu yang akan dibincangkan.... May be geng2 Punk Kids dan Mak Nyah boleh datang share their experience..... (ada lagi promo2... thanks)
*dan seterusnya saya sisipkan satu temubual yang bisa menceritakan topik yang bakal disembang nanti...

Perkongsian di Meja Petak, Khizanat pada Jumaat hadapan.

Jom ikuti dialog ringkas ini:
Me:
The sickness did happen; it happen to Prophet Lot, the Abraham's niece..... It happen to Prophet Lot's people... LGBT happen at that times....
My Transsexual friend:
that is different... that is free sex (among other things) that not only homosexuals, but heterosexuals practice... perhaps i have my values, but i agree with you, sex is personal, private, and should be shared between just two people in love... not free in a open relationship...
Me:
We now fail to understand RNA and DNA; we use this knowledge for wrong purpose.... We taught this RNA and DNA none to our children; we cannot teach them; because we also don't know what is RNA and what is DNA. Our politicians, and our religious people
My Transsexual friend: 
the world is already CONTAMINATED due to human beings' greed. why else now even dna coding is out, there is now xxy women (swyer syndrome), xxy man (klinefelter syndrome), xyy women (turner syndrome)...
... but thank you! thank you for trying to understand my SUFFERING! god bless you, because a lot of people choose to be ignorant and do not care. i really appreciate you talking to me. it is a sad life that i must take in for the rest of my life, carrying a baggage of prejudice and discrimination... i hope you allow me to be your friend... thank you once again!
Khizanat - di mana ilmu takkan habis dipelajari

Thursday, February 6, 2014

Bekerja di bank! Riba Itu Haram! Bacalah Al Qur'an!

Anda bekerja di bank. Confirm!!! Anda semua adalah Riba Eaters. Dan ianya haram!

Cuma; mari kita sama lestarikan persoalan Haram ini? Seorang pekerja bank menerima gaji bulanannya RM5,000.00. Adakah Nilai RM5,000 itu Haram dalam maksud apa sahaja yang dibelanjakan akan menjadikan Result Pembelian makanannya haram? Dia akan makan yang haram. Dan anak dia akan makan benda-benda yang haram!

Benar sekali, ianya menjadi Haram bagi Orang yang membaca Al Qur'an dengan sebelah matanya. Orang yang membaca Al Qur'an sebagai mentera. Tiada apa lagi yang dapat mereka lihat melainkan semuanya haram belaka. 
Seday mampu jauhilah amalan Riba dan suburkanlah Sadaqah

Garis Panduan Jelas kepada KITA ialah Semua Riba itu haram. Dan semua JualBeli itu halal. Apa itu Riba? Well, tiada suara hati akan mengatakan apa sahaja yang Based on Interest repayment of loans itu bukan Riba. Ubahlah jadi apa pun; bila tukang beri pinjam expect keuntungan daripada hasil pinjamannya itulah Riba. Full Stop and konsep ini mudah sangat untuk difahami.

Kerana itulah apabila kita membaca Al Qur'an kita akan dapati bahawa perkara pertama yang Allah suruh kita sebut ialah:-
1. Ista'iz Billah
2. Bismillahir Rahmani Rahim

Kita diminta Istighfar banyak-banyak, dan bertasbih, bertahmid dan bertakbir. Kita diminta Solat dan Zakat. Ya, Zakat atau Sadaqah yang akan mengubati apajua "persoalan Riba".

Maknanya bila orang yang membaca Al Qur'an dia tak akan meletakkan sesuatu Hukum pada setiap masalah. Dia akan melihat bagaimanakah supaya Hukum Allah itu dapat diangkat daripada apajua masalah.

Eh! Arak itu haram kenapa? Etanolnya atau mabuknya?

Baca dahulu dan fikirkan:

10 persen alcohol boleh mabuk ker? Jika nak tahu mabuk ke tidak minum la dulu. Alkhamru bukan alkohol. Banyak bezanya antara al khamru dengan alkohol. Cuma ada kandungan alcohol di dalam alkhamru. Berapa persen alcohol dalam kandungan sesuatu cecair baru dia akan memberikan kesan mabuk? Tiada seorang pun ummat Islam yang mengkaji. Sedihnya alcohol pun dia tak faham apakah kegunaannya?

Fiikir dulu dan jangan cepat melatah. Tak pernah minum wine, wiski atau beer atau brandi jangan cepat melatah. Tak disuruh minum pun cuma ambil tahu sahaja supaya bercakap dengan berilmu bukan secara hentam kromo. Beer memang tak haram sekiranya ia adalah Root Beer. Orang tanya kenapa panggil beer? Ya, la beer sebab dia diperam tapi root beer yang diperam ni tiada kandungan alcohol. Proses pembuatannnya persis beer.


Jeruk halal ker haram? Tahu tak berapa persen alcohol dalam sesuatu jeruk? Budu? Sambal belacan? Sedap-sedap tenyeh timun kat dia dan lepas makan stim tergolek dok; dia tak tahu pasal apa yang buat dia rasa kick jer cencalok tu? Kan benda peram semua tu?

Fahamkan seterusnya dan fikir lagi:

Mari kita fahami lebih detail maksud Al Khamr yang pada bahasa kita yang disebut sebagai arak. Di sini kita harus sedia faham bahawa elemen yang menyebabkan sesuatu itu disebut Al Khamr ialah adanya kandungan alkohol. Akan tetapi para Ustazul Jalil sekalian hendaklah memberikan sedikit nilai tambah kefahaman kepada istilah alkohol. Alkohol ini ialah suatu SEBATIAN Cecair yang adanya elemen Carbon dan Hidrogen dengan jumlah tertentu dan ianya terHidroksida. Ada bermacam-macam formulasi Alkohol dan fomulasi alkohol di dalam minuman biasanya disebut sebagai ETANOL. Dan alkohol yang berbentuk etanol inilah yang merosakkan jantung anda (kardiovaskular). Berpunca dari jantung semua bahagian organ penting badan dia serang.

Istilah Carbon di dalam Al Qur'an berada pada formulasi tiga huruf(ayat) KAF FA RA. Juga disebut Kafura (Carbonated). Manakala Kafir/Kufron juga membawa maksud yang hampir sama dalam konteks maksud Rejector/Rejection. 

Kajian saintifikal memberikan bermacam-macam pendapat sehingga saintis penagih arak cenderung menyatakan kebaikan etanol ini kepada sistem badan; namun pendapat golongan sedemikian adalah minoriti. Majoriti berpendapat etanol sangat membahayakan kepada sistem badan manusia; dan ada yang menyatakan had-had tertentu penggunakan dibenarkan. Namun pendapat yang lebih jujur membuat kesimpulan kepenggunaanya walau 1 persen sekalipun akan mendatangkan mudharat kepada sistem badan terutama sekali kepada sistem kardiovaskular atau jantung.

Justeru; Inilah yang Allah mahu manusiua faham bahawa Dia melarang pengambilan Etanol ini di mana salah satu contoh Makanan/Minuman yang mengandungi etanol ialah Al Khamru. Jadi eloklah kita semak semua sumber makanan kita yang bersifat pemeraman adakah ianya mengandungi etanol kerana etanol amat bahaya sekali. Bukan soal mabuk atau tidaknya; soalnya ada etanol atau tidak. Sebab khinzir pun bila makan ianya tidak mabuk akan tetapi ianya haram dimakan. Demikianlah ILLAT untuk ISTINBAT hukum kepada arak. ILLATnya bukan mabuk; akan tetapi ILLATnya ialah ETANOL. Walaupun sedikit penggunaaannya dan tidak memabukkan akan tetapi kesan kerosakan kepada Kardio Vaskular amat berat sekali. Oh Kome? Tempoyak ada etanol tak? Jika ada, kome pikior ler sendiri. Sebab jantung komer....

Hentikan operasi Kilang Lynas - Selamatkan Alam Sekitar kita!

Jom kita lestarikan untuk Aktiviti Kilang Lynas diambil Perhatian Oleh Pihak Kerajaan. 

Kita berhadapan dengan masalah kerana - usaha menangani masalah Kilang Lynas adalah kerana "banyak sangat Campur Tangan Politik". Ahli Politik tidak kira apa Parti pun lebih melihat di sudut 'Political Mileage' masing-masing. Justeru, isu ini kabur dan tak mendapat perhatian ramai.

Ini ialah suatu ISU berkenaan ALAM SEKITAR. Minta semua pihak Janganlah Politikkan Isu Alam Sekitar. Isu di hadapan kita: UNDANG-UNDANG AUSTRALIA TELAH DIGUBAL mengharamkan semua aktiviti Kilang Rare Earth Element seperti aktiviti Kilang Lynas. Kilang itu juga dimiliki oleh Syarikat dari Australia. 
Papan Tanda Kilang Lynas di Kuantan

Jika di negara mereka pun; mereka tak mahu membenarkan; KENAPA KITA PULA MESTI MEMBENARKAN IANYA BEROPERASI DI NEGARA KITA?

Tajuk Satu: ialah Persoalan Logika/Common Sense dan isu Undang-undang. 

Pertubuhan Kitar Semula dan Alam Sekitar Daerah Kinta berhasrat membawa isu ini dengan lebih serius dan kefahaman kepada seluruh Rakyat Malaysia. Sekali lagi saya pohon Pihak yang Berkepentingan Politik eloklah tidak terlibat kerana ianya akan merugikan semua pihak.

Isu Lynas - Apakah dia [Kilang] LAMP LYNAS ini? 

Secara glamournya, Kilang ini disebut sebagai LAMP iaitu singkatan kepada Lynas Advance Material Plant. Kilang ini dibina BERDEKATAN Kuantan, Pahang, Malaysia. 

Kawasan berdekatan Kuantan itu dipilih sebagai tapak Kilang LAMP kerana ianya mempunyai semua sumber yang diperlukan untuk menjalankan operasi kilang LAMP.

Kilang LAMP ini dimiliki oleh Lynas Corporation, Ltd merupakan sebuah syarikat perlombongan gas-gas nadir (Bumi) di Australia, yang disenaraikan di Bursa Sekuriti Australia.

Ia mempunyai dua operasi utama:. iaitu A Mining and A Concentration Plant di Mount Weld, Australia Barat, dan Kilang LAMP di Kuantan, Malaysia.

Industry Mining
Predecessor(s) Yilgangi Gold NL
Founded 1983
Founder(s) Nicholas Curtis
Headquarters Sydney, Australia
Area served Australia, Malaysia
Products rare earth metals

Tanah itu seperti jasad kita; dia juga boleh merasa kesakitan. Gunung itu bukan benda mati. Gunung juga adalah benda hidup. Jika manusia menyakiti tanah dan gunung; gunung dan tanah akan menyakiti kita kembali. Ambil Iktibar Banjir di Kuantan dan Limpahan Air Bah di Cameron Highlands.

Jika Alam Sekitar tidak dipelihara dan dijaga; apa jua kegiatan Ekonomi menjadi sia-sia. Bila banjir berlaku kita akan mengalami Kerugian Harta Benda Wang yang banyak serta melibatkan Kehilangan Nyawa atau Modal Insan. Mengumpul harta memang perlukan jangkamasa yang panjang. Banjir punahkah sekelip mata. JAGALAH ALAM SEKITAR KITA.

Dalam Solah kita; Pokok Utama ialah Membaca Al Fatihah. Dan yang paling Awal kita membicara Soal Alam-alam atau Geografi dan Struktur Langit dan Bumi (Cosmos). Alhamdulillahi Rabbil ALAMIN. Namun soal-soal kecil lebih kita raikan; dan soal alam kita simpan dan tak mahu faham.

Apakah hanya ini satu sahaja Undang Undang Environmental yang kita ada?
ENVIRONMENTAL QUALITY ACT 1974

Lihat Situs Kerajaan Australia berkenan Radiation Protection:-

Bacalah pandangan S. M. Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan Sahabat Alam Malaysia DALAM SOAL SISA RADIOAKTIF LYNAS;


SOALAN BESAR:

1. Kenapa Australia tidak membina Kilang LAMP itu di Australia? Kenapa mesti di Malaysia?

2. Kenapa kita tiada undang-undang Pemeliharaan Alam Sekitar seketat Australia?

3. Kenapa kita ditipu tentang buangan Sisa Radioaktif itu?

4. Siapakah "orang atas Malaysia" di sebalik Operasi perniagaan Kilang Lynas ini?

5. Apakah semua Laporan Saintifikal samada oleh IAEA tulus, jujur dan benar?

6. Siapakah Ahli Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia/ AELB Malaysia pada setiap masa yang material?

7. Apakah itu Thorium? 

Wednesday, February 5, 2014

Isu Rakyat: Kenaikan Harga Barangan Keperluan Harian

Oleh: Ahmad Ansor Batubara

Tauke Kedai Makanan yang saya makan tengahari tadi merasa bersalah bila terpaksa memberitahu saya bahawa harga makanan di kedainya sudah naik. Beliau juga bagaikan terpaksa menerangkan kepada saya bahawa harga bahan mentah semuanya naik. Sehinggakan tak ada yang tak naik harganya. Saya tak minta pun dia menceritakan tetapi begitulah pekedai yang baik terkadang mereka tak sampai hati nak beritahu bahawa harga makanan di kedainya sudah naik. 

Di Ipoh sekarang seketul kuih kini harganya 40 sen seketul yang mana sebelum ini masih 30 sen. Pihak kementerian tak boleh senang lenang dalam hal ini. Nanti tiba-tiba berlaku "renjatan ekonomi" siapa yang susah? 
Ini cara cakap kampung sikit supaya ramai orang boleh faham.

Orang-orang yang menjerit bising itu kerana menyatakan kerisauan. Sebab setiap orang kini yang anaknya masih bersekolah ada banyak komitmen. Harga minyak sahaja telah menambahkan kos belanja harian. Ini keresahan hakiki yang bukannya cakap politik. Kenaikan berganda ini nampaknya bagai pembunuh senyap dalam ekonomi negara. Kedudukan ekonomi yang sebenarnya sudah inflasi masih didiamkan. 

Sesiapa yang masih merasa selesa lagi; jangan fikirkan orang lain berada dalam kedudukan yang sama. Ramai sebenarnya rakyat Malaysia hidup dalam tahap insolven. Banyak juga kes penceraian yang berlaku setiap hari kesan daripada tekanan ekonomi. Semua masih membisu dan tak mahu nyatakan apakah statistik terkini. Ditambah lagi keadaan yang merunsingkan ini menjadikan sesetengah suami mahu mencari wang daripada sumber judi di Pusat Game Kuda Haram.

Duit ada RM10; nak try bet la kot dapat RM100 sebab nak beli susu dan pampers anak. Akhirnya rugi dan berhutang pula. Anda mesti cuba dengar suara dan denyut nadi rakyat bila minum teh di Restoran Mamak. Lihat semua orang yang sedang minum itu. Berapakah yang sedang runsing di kepala otak mereka sebab duit tiada di tangan. Anak menangis tiada susu. Pampers tiada. Memang senario ini mengerikan. Ramai isteri di rumah yang menangis. Suami tak ada. Bukan suaminya meninggalkan rumah. Tapi pergi menghisap dadah kerana tension!!!!!

Keratan Akhbar - Harga Brang Naik

Friday, January 31, 2014

APABILA WAHABI MASUK KE SUATU NEGERI - dia akan mengembangkan MATA Penduduknya MENENTANG PENJAJAHAN!

Ikutilah pembicaraan tentang Wahabi. Supaya kita tak tersesat membaca sumber yang salah dan sesat. Apakah maksud di sebalik terma istilah Wahabi?

Di Malaysia, ramai menyatakan bahawa gerak faham anti Al Ghazwatul Fikir ini dibawa oleh Gerakan Kaum Muda di Malaysia iaitu disekitar pertengahan kurun ke 20. Sewaktu hujung-hujung penjajahan Jepun dan seawal pentadbiran British Military Army. Di sinilah kumpulan Ulama'-ulama' Malaysia membangkitkan semangat anti penjajahan. Kefahaman Tauhid bisa membungkam kebodohan ummat!. Mereka kemudiannya dituduh Wahabi penyesat masyarakat oleh para Penjajah.

Hari ini di Malaysia yang banyak adalah Geng Wahab BB. BB tu maksudnhya Belagak Bagus! Mereka hanya tahu sedikit kisah dan cerita akan tetapi membelagak bak tahu semua.

Begini kisahnya; sejak abad Ke-18; sejak Gerakan Wahabi timbul di Pusat Tanah Arab, nama Wahabi telah MENGGEGARKAN DUNIA. Kerajaan Turki yang sangat berkuasa pada waktu itu; TAKUT KEPADA WAHABI.

Kerana Wahabi adalah permulaaan KEBANGKITAN SEMULA Bangsa Arab sesudah jatuhnya Kegemilangan Kerajaan Abbasiyyah pada serangan bangsa Monggol dan Tartar ke Baghdad!

Dan WAHABI pun DITAKUTI oleh bangsa-bangsa Penjajah, kerana APABILA WAHABI MASUK KE SUATU NEGERI - dia akan mengembangkan MATA Penduduknya MENENTANG PENJAJAHAN!

Sebab FAHAM WAHABI ialah meneguhkan kembali AJARAN TAUHID yang MURNI! Dan menghapuskan segala sesuatu yang membawa kepada SYIRIK. Jika membawa faham Jangan Usholli dan Jangan Baca Doa Qunut itu ialah Golongan Wahab BB.

Sebab usaha perjuangan Tauhid ini; lalu timbullah perasan tiada tempat TAKUT selain Allah. Wahabi adalah penentang kepada JUMUD; iaitu memahami "agama" secara membeku atau RIGID!

Ajaran ini telah TIMBUL bersamaan dengan TIMBULnya REVOLUSI PERANCIS di Eropah yang ada pada Revolusi ini suatu fahaman yang dinamai Sekularisme. Dan pada masa itu juga, "infiltrasi" dari gerakan ini telah masuk ke Tanah Jawa. Pada 1788, di zaman pemerintahan PAKU BUWONO IV, yang lebih terkenal dengan gelaran "SUNAN BAGUS", beberapa Orang Wahabi telah datang ke Tanah Jawa dan meyebarkan fahaman "Wahabi" ini. [Fahaman Wahabi = fahaman menentang Al Ghazwatul Fikr/fahaman menentang Minda Terjajah/Minda Tertawan].

Bukan setakat di Solo dan Jogja tetapi Geng Wahabi Tulin ini telah menerobos ke Wilayah jauh di Madura, Chirebon dan Banten. Kefahaman ini mendapat sambutan baik kerana jelas terang anti penjajahan. Sunan Bagus tertarik sekali dengan idea kefahaman segar Wahabi ini. 

PEMERINTAN BELANDA ITU mendesak agar Sunan Bagus menyerahkan Orang-orang Wahabi itu kepada mereka. Mereka cukup tahu apakan nasib mereka sebagai penjajah; jika FAHAMAN WAHABI ini dianuti rakyat! Ayuh difikir lestarikan. Jadi Geng Wahab BB jangan main bongok tidak faham; usah nistakan kebaikan dengan fitnah. Mereka nak Qunut Subuh atau tidak itu bukan set kefahaman WAHABI yang berjuangan tulus mendampingi Ummat kepada Tauhid Kepada Allah!

Saya tiada berniat untuk menjulang istilah Wahabi; sekadar untuk memberikan Keadilan yang sepatutnya pada peristilahan itu dari selalu ditahikan; malah dinajisi.

Rasanya cukup difahami ianya bukanlah ajaran Musailamah Al Kazzab. Musuh Ummat Islam ialah Ummat Islam sendiri. Wahabi di Malaysia dimusuhi oleh Puak-puak Wahab BB; tanpa mereka itu sedari. Suatu waktu dahulu musuh Wahabi ialah Kerajaan Turki Osmaniyyah dan Kerajaan Syarif di Mekah sebelum Kerajaan Syarif itu terhumban ke Jordan kini.

1801, datang lagi kaum Wahabi ke "Indonesia" selepas penangkapan Orang Arab itu oleh Penjajah Belanda; kali ini anak Melayu sendiri. Antaranya ialah HAJI MISKIN PANDAI SIKAT, HAJI ABDURRAHMAN PINABANG dan HAJI MUHAMMAD HARIS TUANKU LINTAU. Mereka datang dari Wilayah Melayu Minangkabau di Luak Agam, Luak Lima Puluh Koto dan Luak Tanah Datar.

Antara murid mereka ialah Tuanku Nan Rinceh Kamang dan Tuanku Samik Ampat Angkat. Akhirnya melebar dan terbentuklah Kaum Paderi. 

Asalnya tiada istilah Ulama' di dalam Istilah Melayu Nusantara seperti hari ini dan di dalam Kamus Dewan. Istilah yang digunakan untuk memaksudkan Ulama' atau Nuansa Paderi itu ialah istilah Ulama' yang digunakan hari ini.

Lupakan istilah Wahabi akan tetapi lihatlah kesan pembangunan Minda dan pencerahan yang dibawa bersama pemikiran itu. Antara pejuang kaum Paderi yang terkenal ialah Tuanku IMAM BONJOL. Dan terjadilah Perang Fi Sabilillah antara Mujahiddin dengan Penjajah Belanda.

Dalam abad ke 18 hinggalah 19; lalu akhirnya dengan momokan pangkat dan wang; tewaslah para Mujahiddin itu dalam Perang Paderi yang dahsyat ini mengorabankan ribuan nyawa Ummat Islam dan askar Inggeris-Belanda turut mati dengan jumlah yang banyaknya.

Kerana kuasa; ada pemerintah di daerah Melayu Sumatera dan di Tanah Jawa sanggup menikam dari belakang. Suburnya kefahaman Islam sejak waktu itu di Nusantara ini menjadikan kita hari ini lahir terus ber"agama". Faham menentang penjajahan yang sekian panjang ratus tahunnya. 


KHA Dahalan , seorang pendokong Fahaman Wahabi
Dan pada abad ke-20 datang semula gerakan baru bertunjang sama yang dinamalabelkan sebagai Kaum Muda di Tanah Melayu Minangkabau. Manakala di Tanah Jawa datangnya ulama' yang bernama Kiyai Haji Ahmad Dahalan dan Syeikh Ahmad Soorkati. Gagasan Muhammadiyah hari ini sungguh luar biasa. Sangat bersahaja namun punya Universiti mereka di setiap bandar di Indonesia. Tak perlu gelar mereka Wahabi. Kerana misi dan intipati perjuangan telah membuahkan hasil yang luar biasa. 

Umumnya para pendokong Wahabi ini dalam soal Fiqh berMazhab Hanbali. Barangkali Imam Ahmad bin Hanbal sepatutnya seorang Reformer berbanding seorang Fuqaha' per se. Namun besar juga yang berMazhab Syafei. Manakala di benua India, orang yang berMazhab Hanafi itu majoritinya golongan pembaharu pemikiran Wahabi ini. 

Di setiap episod siri-siri penjajahan Barat; istilah "WAHABI" selalu dijadikan alat mainan fikir untuk menekan Semangat Kesedaran Islam dan Pemurnian Fikrah. Bagi Ummat Islam yang tidak mengetahui intipati sejarah pemikiran ummat akan menjadi benci kepada "Isikandung Ilmu" Muhammad Abdul Wahab dan Pemikir yang seangkatan. Bukan sahaja benci soal itu; nama WAHABI itu pun dibenci dan seterusnya dikeji.

1925, setelah mendengar kemenangan Raja Wahabi Ibnu Saud mengusir Syarif Mekkah; suatu Kongres Besar Ummat Islam di Surabaya mengucapkan Tahniah yang dikirim melalui telegram kepada Team Ibnu Saud itu. Dua orang wakil Muslimin Indonesia iaitu Djokroaminoto dan KH Mas Mansur dihantar ke Tanah Arab itu. Pada 1927, Haji Agus Salim pula ke sana mengunjungi Pentadbiran Ibnu Saud.

Tempoh yang sama; Turki sudah semakin Moden dan bersama-sama dengan pengikut Syarif serta Ulama'ulama' Pak Turut mereka mengecam hebat Gerakan Wahabi yang dianggotai oleh para-para pejuang anti Penjajah di merata dunia. Pergerakan Anti Penjajahan atas label Wahabi ini terus dikecam sebagai perosak Islam dan golongan pengganas!

Ada satu kumpulan yang mengasaskan idea anti penjajahan yang sama di Malaysia iaitu di atas Gunung Semanggol sekitar tahun 1948. Mereka juga menerima nasib yang sama dan digelar sebagai Hubaya-hubaya dari Gunung!

Negara Merdeka maknanya orang Cina dan orang India boleh jadi Perdana Menteri

Sebelum anda sebagai orang Melayu ataupun anda sebagai seorang Muslim membaca artikel ini anda mestilah tenangkan jiwa anda dan berpegang teguh kepada prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Di dalam bahasa Inggeris ianya disebut sebagai Supremacy of the Constitution dan Rule of Law. Kedua-dua prinsip tersebut ialah prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara. 

Perlembagaan tidak pernah sama sekali melarang orang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tidak seperti yang terkandung pada sesetengah provisi Undang-undang Tubuh sesebuah negeri. UMNO atau United Malays National Organisation juga membenarkan orang bukan Melayu asalkan taraf pribumi atau bumiputeranya jelas untuk diterima sebagai ahli UMNO. Malah orang bukan Melayu yang beragama Islam juga dibenarkan menjadi ahli sehingga diangkat menjadi pemimpinnya. 

Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kedua-duanya, mengikut cakap-cakap ramai, bukanlah berdarah Melayu jati tetapi kini telah dianggap dan diterima secara meluasnya sebagai pemimpin Melayu. Jawatan Perdana Menteri menurut Perlembagaan Persekutuan bukanlah kuasa tertinggi di dalam negara Malaysia. Apakah tugas pertama seorang Perdana Menteri?
Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya
Tugas ulungnya ialah menjadi Pengerusi kepada Jemaah Menteri. Perdana Menteri ialah orang yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong; iaitu orang yang Yang DiPertuan Agong menurut hematnya MUNGKIN mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. Perlembagaan tidak menyebut secara jelas dan nyata apakah prinsip asas dalam bernegara di Malaysia; namun Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan menyatakan secara tersirat bahawa Prinsip-prinsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi berParlimen adalah terpakai di Malaysia. Laporan di dalam Suruhanjaya Reid ada menyatakan tentang prinsip-prinsip ini, namun ramai yang tidak berkesempatan melihat dan membaca isi kandungannya secara zahir. 

Setelah Perdana Menteri dilantik, maka beliau hendaklah menasihatkan Yang DiPertuan Agong akan siapakah di kalangan ahli Dewan Parlimen yang akan dilantik sebagai ahli-ahli kepada Jemaah Menteri tersebut. Dan Perdana Menteri juga boleh memecat seseorang ahli Jemaah Menteri yang telah dilantik itu dengan hanya menasihati Yang DiPertuan Agong untuk melakukan sedemikian. Inilah teori asas berkenaan kuasa eksekutif di dalam negara Malaysia meskipun terdapat pengecualian dalam hal-hal yang tertentu. 

Kuasa seorang Perdana Menteri terletak ditangan kuasa majoriti ahli Dewan Rakyat. Sekiranya majoriti ahli Dewan Rakyat hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri itu maka beliau hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri yang dipengerusikan olehnya. Dan pada ketika itu negara tidak ada Perdana Menteri dan/atau Jemaah Menteri untuk menasihati Yang diPertuan Agong menjalankan tugas eksekutifnya. Namun janganlah dilupai bahawa Yang DiPertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan. Dan inilah maksudnya Raja berPerlembagaan. 

Raja berPerlembagan bukanlah sistem monarki mutlak. Ianya adalah satu sistem monarki yang dibimbing oleh sesuatu undang-undang tertinggi bagi sesuatu negara. Pada setiap masa dan saat kuasa Raja berPerlembagaan ini hendaklah wujud dan terlaksana. Sekiranya seseorang yang menjawat jawatan Yang DiPertuan Agong itu hilang kuasanya menurut Perlembagaan, maka secara operasi undang-undang (baca: secara automatiknya), seseorang yang menjawat jawatan Timbalan Yang di Pertuan Agong mengambil alih tugasnya di saat dan ketika kuasa orang yang menjawat jawatan Yang diPertuan Agong itu hilang. Dan jika hilang pula kuasa orang yang menjawat jawatan Timbalan Yang DiPertuan Agong, maka kuasa seorang Ketua Utama Negara terletak kepada Majlis Raja-raja.

Raja berPerlembagan ialah suatu kuasa yang melambangi Perlembagaan itu sendiri. Manakala kuasa seorang Perdana Menteri dan/atau Jemaah Menteri adalah berasaskan prinsip Demokrasi berParlimen. Kedua-dua kuasa ini ditakluki oleh prinsip Kedaulatan Undang-undang. Kedaulatan Undang-undang berasaskan prinsip keadilan. Dan prinsip keadilan bagi negara yang mengamalkan sistem demokrasi moden adalah melalui undang-undang. Inilah konsep sistem pembahagian kuasa di dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Sistem pembahagian kuasa menyatakan bahawa setiap Cabang Kuasa itu mempunyai kuasa untuk semak dan seimbang di antara satu sama lain.

Undang-undang adalah kuasa. Dan terdapat tiga cabang kuasa yang mengawal selia Undang-undang. Iaitu, kuasa menggubal Undang-undang, kuasa mentadbir Undang-undang dan kuasa melaksanakan Undang-undang. Kuasa menggubal undang-undang terletak pada suatu badan yang dinamakan sebagai Parlimen. Kuasa untuk mentadbirnya diketuai oleh Jemaah Menteri dan kuasa melaksananya terletak pada badan kehakiman iaitu Mahkamah.

Ah Meng telah mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat dan telah dilantik sebagai Perdana Menteri. Selain menjadi pengerusi kepada Jemaah Menteri, tugas Ah Meng ialah menasihati Yang di Pertuan Agong di dalam soal perlantikan seorang Ketua Hakim Negara. Nasihat yang diberikan oleh Ah Meng kepada Yang DiPertuan Agong hendaklah mendapat persetujuan Majlis Raja-raja. Ah Meng akan terus menjadi Perdana Menteri setakat tempoh yang dibenarkan oleh Perlembagaan dan tertakluk kepada kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Ah Meng juga tertakluk kepada sokongan rakyat yang menjadi pengundi di konstituensi yang mereka dipilih secara majoriti. Ah Meng pula hanya boleh mentadir negara Malaysia melalui Jemaah Menteri yang disusun atur olehnya. 

Pendek kata, Ah Meng bersama Jemaah Menterinya mestilah mempunyai bakat kepemimpinan yang hebat jika Ah Meng ingin menjadi seorang Perdana Menteri berlandaskan Perlembagaan. Ah Meng juga mesti memimpin Jemaah Menterinya berdasarkan kedaulatan undang-undang. Kedaulatan undang-undang pula mestilah selari dengan konsep keadilan melalui undang-undang. Ah Meng bukanlah seorang Ketua Utama Persekutuan dan dia bukanlah pemimpin tertinggi angkatan tentera persekutuan. Ah Meng hanyalah seorang ketua demokrasi berParlimen. 

Perlembagaan memberikan ruang dan peluang kepada Ah Meng untuk menjadi Perdana Menteri kerana ianya adalah hasil daripada suatu keputusan Kontrak Sosial sebelum wujudnya negara ini. Kontrak Sosial yang berlaku itu adalah benih yang menumbuhkan sebuah negara yang hari ini dinamakan sebagai Malaysia. Tanpa kontrak sosial tersebut, negara Malaysia tiada kewujudannya. Yang ada hanyalah negeri-negeri Melayu yang dinaungi British dan dua wilayah jajahan British di Semenanjung Tanah Melayu. Juga ada dua wilayah di Borneo yang ditadbir oleh kerajaan British. 

Setakat hari ini, semua rakyat bagaikan bersetuju secara senyap bahawa Perdana Menteri Malaysia mestilah seorang Melayu yang beragama Islam dan lahir di Semenanjung Tanah Melayu. Hari esok pula ditentukan oleh generasi hari ini akan siapakah yang mesti menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia. Apapun makna merdeka bagi sebuah negara yang bernama Malaysia mestilah berdasarkan kepatuhan penuh kepada Perlembagan Persekutuan.