Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Thursday, February 6, 2014

Satu Puisi Yang Kuat Namun Tertegun

kuat tajam terbuka simpulan tercantum rangkuman terindah sulaman tertib membariskan........ seantero melunak mengharum bunga kembang setaman bahagia seindah ilmu seberkas kasih sedulang Aqal menyaring taring suara membekal mengeraum bunyi menghalilintar gegar memugar bintang memagar rintang mencuit hati mengecil diri menguntum senyum menyantun rimbun rimbun yang tertegun....

Kembara Musa di Selat Marmara (Fasal X)

Bergetap bibir Musa 
Tak terkata, tak terperi......
Terkesima Musa

Wajah Hamba Allah itu pun menjauh sayup....
Halus suara Musa menjawab salamnya
Wa 'Alaikumus Salaam....

Al Kahfi mencoret soal Lupa, Lupa, Alpa.....

dan dupa......... Kemeyan asap memutihkan skrin kisah dan teladan.....
{fade to white}
Allahu Akbar!

Kembara Musa di Selat Marmara (Fasal IX)

Ibubapa itu pun dahulu pernah kehilangan anaknya
Lalu Allah gantikan anaknya yang mati di waktu kecil dengan dua orang anak-anak yang lain.
Takdir Allah kedua ibubapa anak-anaknya meninggal dunia dan meninggalkan harta yang banyak
Anak-anak itu masih kecil
Allah menjaga anak-anak yatim itu

Seoang musafir singgah di rumah anak-anak yatim itu
Allah takdirkan dia menjadi penjaga anak-anak yatim itu 

Bukannya Sahabat Rumah itu kedekut untuk memberikan kita makanan dan minuman
Bukannya dia tak mahu memberikan kita upah
Akan tetapi..... Oh! Musa.......

Sanggupkah kau memakan harta-harta anak Yatim itu Musa?
Penjaga itu juga tak sanggup memakannya!
Kelak pemakan harta anak Yatim akan menjadi Pendusta Agama jika dia berbuat demikian.

Demikianlah adanya Musa. Assalamu 'Alaikum.
Kita berpisah di sini......................................

Kembara Musa di Selat Marmara (Fasal VIII)

Ibubapa itu meratapi kematian anaknya yang masih kecil
Ibubapa itu berserah kepada Allah 
Allah menggantikan ibubapa itu dengan anak yang lain
Allah Maha Pengasih dan sangat Mengasihani

Mula-mula kisah orang yang Miskin
Kemudian kisah ibubapa yang tiada beranak
Dan terakhirnya kisah anak-anak yatim
Allah lah yang menjaga kesemuanya

Kembara Musa di Selat Marmara (Fasal VII)

Betul budak itu tak berdosa
Dan aku pun tak berdosa meskipun aku bunuh budak itu
Budak itu sudah pun masuk syurga
Budak itu masuk ke syurga kerana dia tak berdosa

Tapi kau telah berdosa Musa kerana kau menuruti Syaithan dan kau jadi lupa!
Bapa budak itu orang yang baik-baik
Tetapi ini bukanlah sebab anaknya juga akan terus jadi baik
Benar, sekarang anaknya baik
Akan tetapi Syaithan akan selalu memperdaya
Dan kerana perdayaan Syaithan nanti anaknya akan jadi jahat dan berdosa
Anaknya akan membuat dosa dan ibubapanya akan membela anaknya
Jika demikian ibubapanya pun akan turut berdosa
Jadi ketiga-tiga orang akan masuk ke Neraka 

Kini semuanya sudah selamat
Budak itu telah selamat masuk ke Syurga
Ibubapanya pun Insha Allah akan masuk ke Syura.

Musa.....
Seorang anak Adam menjadi anak yang derhaka dan berdosa sedangkan bapanya seorang Nabi
Demikian anak Nabi Nuh dan isterinya
Demikianlah bapa Nabi Ibrahim
Demikianlah isteri Nabi Luth
Anak-anak Nabi Ya'aqub

Musa.....
Kelak kau juga akan menjadi bapa
Kiranya anakmu diambil Tuhan ketika dia masih kecil atau belum dilahirkan bersyukurlah kepada Allah.
Allah melakukan semua perkara kerana Allah sayang setiap hambanya
Adapun hambanya yang ingkar dia tak akan mengetahuinya
Allah mengambil anak seseorang ketika dia masih kecil kerana Allah sayangkan ibubapanya dari menjadi berdosa kerana angkara anaknya kelak; kiranya anaknya itu hidup!

Kembara Musa di Selat Marmara (Fasal VI)

Menangis Musa mendengar kisah
Dan berdoa Musa kepada Allah
Rabbisyrahli Shadri, WayaSirli Amri 
Wahlul Uqdatan Min Lisaani, Yafqahu Qauli.....
Helang terbang gilang meriang ia rambang melihat mangsa di Selat Marmara

Kembara Musa di Selat Marmara (Fasal V)

Mari sini aku kisahkan padamu suatu teladan
Raja itu jahat dan Orang Miskin itu baik
Raja suka merampas dan Orang Miskin hanya ada satu sahaja perahunya
Perahu itu aku bocorkan kerana Raja tak suka perahu yang bocor
Raja suka perahu yang cantik
Raja suka bermewah-mewah dan suka membiarkan rakyat hidup susah
Raja suka rakyat jadi Miskin
Orang Miskin itu ada anak dan keluarga
Anak dan keluarga Orang Miskin itu perlu makanan
Tanpa perahu Orang Miskin tak boleh mencari makanan
Jika Orang Miskin tak boleh mencari makanan anak dia akan mati kelaparan
Tadi kau lihat perahu itu tenggelam. 
Orang-orang Raja sudah pulang semula ke Istana dan mereka tidak merampas perahu Orang Miskin itu.
Orang Miskin sudah mengambil perahunya semula dan memperbetulkan 
kebocoran itu.
Esok Orang Miskin boleh keluar semula ke laut dan mencari makanan.
Dan anak-anak Orang Miskin itu pasti tak akan mati kebuluran.
Kau faham tak Musa?
Oleh itu, kenapa kau marah?
Kelak kau akan tahu tentang kisah-kisah orang-orang yang akan ditenggelamkan.
Dan yang akan ditenggelamkan itu adalah raja-raja yang suka merampas perahu Orang Miskin.
Hari ini kau masih belum menerima pelajaran. 
Kerana Ilmu Min Ladunna ini belum meliputi kesemuanya.
Sampai tiba masanya, kau akan faham Musa.
Tentang kisah orang-orang yang akan ditenggelamkan.
Selat Marmara dan seribu kisahnya

Wednesday, February 5, 2014

Pantun Salafi Di Tanah Mauli (tribute to Sheikh Junid Thala)

Mahuku Salafi dalam Wahabimu nescaya aku bukan Si Sufi dalam Zuhudmu
Aku bukan pencincang Mut'ah dalam Nikah Syi'ahmu
Juga harus aku elak Tariqat dalam sesat Ana Allahmu
Aku memanggil Tahlil dalam Dua Rukunmu
Nescaya aku akan merasa enak Zat dalam WajahMu
Rohku pinjam adalah Kalimat Qur'aniMu
Nafsuku Mutma'innah dalam Ladun IlmanMu
Nafi dan Itsbat meniti di Dua Kalimat Tahlil itu.....
Maqam Sheikh Haji Junid Thala, Mujahid Sumatra dan Tanah Semenangjung

Sheikh Junid Thala - Wikipedia 

Saturday, February 1, 2014

Kembara Musa di Selat Marmara (Fasal IV)

Intelektual! Inteligentsia! Fan Thalaqa
Ulul Albab, Ulin Nuha Ahli Zikria
Bertemu mereka akan seorang Ghulam
Tuan Besar mencabut pedang terus menikam

Darah Ghulam memancut-macut merah
Menyimbah sehingga baju Musa basah
Hei! Orang Gila apakah ini suatu kegilaan!
Bagaimana kau nak mempertanggungjawabkan hal ini kepada Tuhan?

Sudah ku katakan: Kau tak akan Sabar!
Kerana itu aku tak mahu bersahabat lagi denganmu kawan
Aku ikut ku punya jalan dan kau sudah pasti ada jalan
Eloklah kita tamatkan pertemuan kerana sudah ada titik perpisahan

Intelektual! Inteligentsia! Fan Thalaqa
Mari Musa kita ikut ini haluan
Di sini kurang sedikit rintangan Syaithan
Fasta'iz Billah Min As Syaithan; dia datang kita Rejam!

Wahai Tuan aku lapar tersangat amat
Kerana tadi Ikan tak dapat aku makan
Lalu bolehkah kita meminta sedikit makanan
Kepada tuan punya rumah ini; akan makanan sepinggan minum secawan

Maaflah Tuan-tuan sekalian
Bukan kami tak mahu memberikan makanan
Kerana kami tak ada pun walau sepinggan walau secawan
Lihatlah rumah kami ini dindingnya berlubang tak ada papan

Pak Tuan lantas menadah tangan
Memohon kepada Allah memberikan bantuan
Kepada Sahabat Rumah yang tiada papan
Agar dipermudahkan untuk diperbetulkan

Setelah siap Sang Hamba bertukang tangan
Siaplah rumah menjadi elok menawan
Musa meminta Sang Hamba agar diberikan bayaran
Kata Sang Hamba, "Tak usahlah kita meminta balasan jika memberikan pertolongan."

Musa berkata, "Aku tak faham! Aku tak faham!"
Bolehkah kau berikan aku faham.
Tak kisahlah jika ini terpaksa menjadi suatu perpisahan.
Kerana aku sudah benar-benar tiada lagi tahan.

Pak Tuan melihat Musa dalam kemusykilan
Dia sudah tak marah lagi kerana Musa sudah hilang kesabaran
Lalu dia bersetuju untuk suatu perpisahan
Sampai di sini sahajalah kita berkawan, bersahabat dan berteman

Langit memerah kesenjaan menjelang
Pagi ia datang pulang ia petang
Mula berdua, kemudian bertiga dan berdua kembali
Tatkala Pak Tuan pergi akan tinggallah Musa berseorang diri

Pemandangan indah di Selat Marmara

Kembara Musa di Selat Marmara (Fasal III)

Sang Hamba sedia tahu apa kan terjadi
Kerana Musa sedang asyik sedang terperi
Dia belum melihat ilmu yang akan meliputi
Yang akan dia nampak dia dengar dan dia amati

Sabarkan dirimu dalam doa di Ghadah dan Di 'Asyiyi
Mencari Wajah Tuhan Wajah Illahi Rabbi
Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani
Tiada sesaatpun Allah tiada di sisi

Jangan sekali dikau lupa, dupa dan alpa
Kau berlari, menjauhi dan menyepi
Tatkala Allah datang berseni di hati
Kau diasyik segala perhiasan duniawi

Dunia ini luas dan kau diam dihati
Kau kecil di sana gelap kau menggigil
Lalu datang hawamu melalai memanggil-memangil
Sedangkan Allah kau abai nafsumu memunggil

Sang Hamba membawa Musa ke suatu tempat
Sempat Musa dipesan jangan asyik tak sempat-sempat
Jangan bertanya sebelum Hamba sudahkan cerita
Nanti susah Hamba terpaksa asyik berkata-kata

Intelektual! Inteligentsia! Fan Thalaqa
Rausyanfikir mengukir nama Sang Cendekia
Akademia, Para Fuqaha' dan Para Ulama'
Ulul Albab, Ulin Nuha, Ahli Zikria

Ayuh kita naiki perahu wahai Musa
Pemuda tadi dah tak tahu ke mana perginya
Kejap ada kejap tiada bagai nafsu sifatnya
Dia suka menuruti hawa dan sekarang entah ke mana dia

Bocorkan! Bocorkan! Perahu ini segera.
Kita kini sudah tiada lagi masa!
Musa terkejut dan berkata; "Hei Hamba Kau gila ka!"
Nanti habislah tenggelam kita semua!

Aku sudah bilang tadi, Aku sudah bilang padamu Musa
Kau pasti tak akan sabar punya
Sekarang marilah kita tenggelam bersama-sama
Supaya ini dapat memberikan pengajaran kepadamu Musa

Aku tak tahan benar dengan sikapmu wahai Hamba
Aku fikir kau nak mengajar Rusyda tapi ini dah kerja gila
Aku takkan memahami sikapmu yang bagai pendusta
Sudahlah aku mahu berenang ke pantai sana

Musa bawalah aku sekali bersamamu
Kerana aku tidak pandai berenang!
Ah! Biarlah kamu tenggelam barulah kau rasa
Sungguh menyesal aku ikut kamu wahai Hamba

Musa tak sedarkan apa-apa kerana ombak bergelora
Sesedar sahaja di pantai terdampar ia
Bila dibuka mata dilihatnya Hamba senyum seloka
Dan wajah Hamba tiba-tiba bermuram durja

Kerana Kasih Sayang Allah kau selamat wahai Musa
Sudah kuberpesan hendaklah kamu Sabar sentiasa
Menuntut Ilmu bukannya mudah dan jangan memaksa
Kelak dirimu akan hancur rosak binasa

Mari tanganmu wahai Musa bangunlah engkau
Kita berpisahlah di sini saja kerana engkau tak akan Sabar
Kerana ini bukannya dugaan ringan; ianya sangat mencabar
Aku mahu bersamamu Tuan Besar berilah daku tunjuk dan ajar

Musa menyesal seraya meminta maaf
Tuan Besar sudah pun sedia memberi maaf
Perjalanan diteruskan dan Musa berfikir fikiran
Dia tahu salah dirinya kerana asyik lupa-alpaan

Lupa itu sudah pastilah kerjanya Syaithan
Tuan Besar memberi ingat ingatan
Selalu Beristighfar Kepada Tuhan
Dan berdoa Rabbi Zidni Ilman

Wajah gelora air di Selat Marmara

Kembara Musa di Selat Marmara (Fasal II)


Selat Marmara menggamit sejuta rasa kebijaksanaan
Jika benar bagai dikata wahai taulan
Saat inilah yang sebenarnya aku nantikan
Akan datang kepadaku seorang hamba Tuhan
Seorang bijaksana yang ada padanya Ladun Ilman

Lalu kembalilah ke tempat sana kedua-dua Insan
Di pantai Selat Marmara yang indah menawan
Kelihatan gerombolan burung-burung terbang sekawan
Masing-masing mencari pasangan mencari lawan

Tatkala mentari memancar Sinar Cinta
Bertemulah Musa dan pemuda dengan seorang Hamba
Sudikah Tuan mengajarkan aku bertanya Musa
Dijawab olehnya adakah padamu Sabar seada

Kumahu Rusyda buat petunjuk di hari muka Musa bernada
Akankah kau Sabar dengan ku selama bersama
Kerana kau belum mengetahui apakah Ilmu yang meliputi
Pada apa yang akan kau lihat kau hadapi

Insha Allah aku akan menuruti dan Sabar sudah pasti
Tak akan aku ingkari walau sepatah kata hati
Akan ku melihat aku mendengar dan aku patuhi
Namun Sang Hamba merasa tidak puas hati

Ingatlah tatkala Muhammad disapa segolongan para Penglipur lara
Ditanya tentang kisah Penghuni Gua, Kisah Musa dan Seorang Maharaja
Muhammad menjawab biar esok saja aku maklumkan kisah kesemuanya
Terlupa dia mengucapkan Insha Allah Inni Fa'ilun Dzalika Ghada
Justeru jika kita terlupa menyebut Insha Allah berdoalah kepadaNya
'Asaa an Yahdiyani Rabbi Li Aqraba Min Haza Rasyada

Al Kahfi melayar kisah bukan sejarah
Untuk difaham intipati bukan menjarah
Kerana padanya ada segala erti hidup yang tabah
Muliakan Ilmu martabatkan Aqal sungguh Muthma'innah

Sahabat Gua 18:62-80 Kembara Musa di Selat Marmara (Fasal I)

Selat Marmara mengubungkan Laut Agean dan Laut Hitam
Besar gagah tubuhnya, tegap bidang dadanya
Santapannya Ikan Yu panjang setinggi bahunya
Digendong oleh sang pemuda yang sangat tampan wajahnya
Menemani Musa berjalan menuju ke Selat Marmara

Tak akan kuberehat wahai siganteng orang muda
Sehinggalah daku sampai tiba di pertemuan dua bahara
Andai tidak kujumpa akan bertahun lamanya
Perjalanan ini kan kuteruskan tanpa kenal kecewa

Mahukah kau tahu akan aku cerita
Pernah terjadi di desa ini penuh duka dan luka
Angkara pemabuk kuasa dan penurut nafsu hawa
Akhirnya kangkang tertelantang demikianlah JanjiNYa

Sedang enak Musa mengatur bicara
Air masin dan air tawar memisah antara keduanya
Laut Agean dan Laut Hitam masing-masing tunjuk kehebatan
Natrium Klorida dan Hidrogen Dioksida memampan membran

Demikianlah Ar Rahman menyusun bayan
Lautan kedua-duanya dibarzakh berbagi-bagian
Hak dan kebathilan tak akan mungkin disatukan
Engkar ketetapan akan hadirlah janji Tuhan

Ini bukan cerita tentang main-mainan
Ambillah teladan buat jadikan sempadan
Asyik leka Ikan Yu menyusur pantai memudik air laut
Berenang pantas ia tak tersahut-sahut

Anak muda jadi takut andai Musa bertanya tentang Hut
Tanpa sedar mereka berjalan lajak ke hadapan melepasi patut
Kerana di sanalah tadi sebenarnya tempat bertemunya dua laut
Di tempat adanya batu besar dan batu bertangkup

Lelah rasanya penat ada juga ayuh kita menjamah Hut
Kuharap kau garaplah kisah yang kuceritakan sesepatut
Lapar kurasa inginku mencubit isi Ikan Yu
Kerana tak lama lagi aku akan menerima Wahyu

Maafkan aku Tuan Besar Kekasih Tuhan
Kerana Syaithan aku terlupa untuk mengkhabarkan
Kerana sudah tiada lagi pada kita seekor Ikan
Ia telah pun menyusur laut dengan cara yang sangat menakjubkan


[bersambung]