Showing posts with label Pandangan. Show all posts
Showing posts with label Pandangan. Show all posts

Thursday, February 6, 2014

Tiada jalan pintas untuk memahami Al Qur'an selain Bacalah (Qiraah)

Tiada jalan pintas selain BACALAH (QIRAAH) Al Qur'an. Zikirkan Al Qur'an. Baca dan terus baca. Elakan petik-petik satu potong ayat . Bacalah Satu Surah Lengkap. Setiap Surah punya Keilmuawannya. Kisahnya. Teladannya. Matematikanya. Mantiqnya. 

Surah Al Mudatssir> Surah ke 74 ada 56 ayat. Antara intipati menarik Surah ini ialah tentang Saqar. Apakah itu Saqar? Sin+QafRa. Masih Ingat Iqra'? Qaf Ra. Pada ayat 30 ada nota tentang angka 19 - 'Alaiha Tis'ata Ashara.

Salingan numerikal pada kedudukan Surah dan Jumlah ayatnya ialah : 74 dan 56 boleh dibaca begini: 7+4=11=5+6. 

Pada ayat 32 hingga 34 ada kisah tentang Bulan: Kalla Wa alQamar::wa alLaili Iza Adbar::wa asSubhi Iza Asfar.

Sekali-kali Tidakkk!!! Dan Bulan; Tatkala Malam ia Adbar; Menjelang Subuh ia Asfar.... Fenomena apakah ini?

Siapakah mereka ini? KA ANNA HUM - HUMURUN MUSTANFIRAH! FARRAT MIN QASWARAH!

74:1 Hai Sang Mudatssir 74:2 Qum Fa Anzir 74:3 Wa Rabbaka Fa Kabbir.

74:2 Perintah Kerasulan bermula. 74:3: Perintah Solat bermula.

Bacalah Al Qur'an Secara Tartil!

Surah Al Mudatssir sememangnya "Paring atau Kembaran" dengan Surah AlMuzammil; Surah ke-73 kandungannya 20 ayat. Jika ditotal jumlah ayat pada kedua-dua Surah ini jumlahnya jadi 76. Masih ingat 19? 19x4=76

Kenapa 4? Pada 73:4 ada satu Perintah Mandatori MemBaca al Qur'an. Au Zid Alaihi .... WARATTILI AL QURAN TARTILA. Rattil! Rattil Tartila.

73:5 Nun Factor - SaNulqi Alaika Qaulan Tsaqila. Inilah dia Azimat bagi para Murattal atau pembaca Al Qur'an. Allah akan NULQI/YULQI kepada Kita Qaulan Tsaqila. 

73:6 Anda akan Belajar tentang Rahsia Tha iaitu Wat'an. Literal maksudnya Kesan Yang Amat Kuat.

Itulah Maksud Tha atau Qaulan Tsaqil. Tsa+Qal suatu yang jirim sifatnya punya Nilai pada Jisim. Qaulan Tsaqil Yang akan memberikan kita Acidic Tha. Studilah apa kegunaan Acid pada biologi badan kita dan apakah kesan lanjutan dan kekuatan daripadanya. Ingat lagi DNA dan RNA?

Moga anda mendapatkan THA. An acidic Tha.

Bingkisan kecil Sejarah Jazirah dan Abu Lahab, Abu Jahal dan Sassan

Abu Lahab melobi melahap. Abu Jahal Nakal Membrutal. Bikin hal sahaja Si Abu Jahal ni. Abu Lahab pula sibuk dengan konspirasi dengan Puak-puak Sassan. Selain melalui Abu Lahab, Sassan juga menggunakan pengkalannya di Yaman untuk menghantar Talibarutnya ke Mekah bagi menjadi Munafikin untuk gagalkan Ajaran Tauhid oleh Baginda Rasululullah.

Sudahkah anda berusia 40 tahun?

Sudahkah anda berusia 40 tahun? Kata Omputih: Life begins at 40

Lupakan apa Omputih tu cakap; semua maklum pada usia inilah Nabi Muhammad menerima Wahyu Pertamanya. Dan kepada kita semua Umatnya Allah bekalkan suatu pemanis yang sungguh enak. Bukalah Surah Al Ahqaaf pada ayat 15: di sana ada doa untuk orang yang sudah berumur 40 tahun.... Moga semua mendapat keberkatannya.....

Apakah itu Building and Construction of Solah?

Di dalam Building and Construction of Solah mesti ada Protokol yang membimbing kepada soal Know How and Technics di mana Kedudukan 3D Spherical Geometrical Sum and Value jika difahami akan membawa kepada The Highest Level Of Solah dalam 90 degrees Ruku' dan Sujud dalam value Sin 1/2 atau sudut 30 degrees. Dalam Surah Taubah ada pembicaraan elemen Taubat menjadi Protokol awalan setiap Solah. Dan dalam bicara Tertib prinsipnya ialah Kitaban Mauquta - within the sphere of specified time and place....

Solat is to Build self inertia to construct the positive electromagnetic wave for biological health atau BM nya - Membina inersia diri untuk membina gelombang elektromagnet yang positif untuk kesihatan biologi.

Para Nabi apabila bersolat mereka mencapai Taraf Nada'

Para Nabi apabila bersolat mereka mencapai Taraf Nada'. Jiwa gegar gementar; tangisan bercucuran, mereka menangis kerana Ta diselimuti Qaf dan Nilai Taqwa. 

Pembangunan dan pembinaan Solat ini untuk kita Jama'ah seluruh Jin (Gas/genetical) dan sel-sel badan dan kesemua elemen dalam badan termasuk enzim. Tahap PH badan yang beralkali sememangnya memberi gangguan Brain untuk bertindak secara Logical. Brain (Sel-sel saraf Neuron) perlu bertindak dalam Logical Reasoning of Electromagnetical Wave atau Yantiqu Bil Wahyu. Wudhu' adalah H20 yang membantu Kulit badan menyejukkan Kepanasan badan oleh kesan Hidroksida (OH) dalam bahagian dalam badan. 

Kerana itu Asid Amino antara elemen cecair yang banyak membantu peneutralan PH badan di samping beberapa Enzim bantuan lain. Inilah Maqsudnya.....

Muhammadur Rasulullah. Wallazina Ma'ahu Asyidda'u "Alal Kuffar. Ruhama'u Bainahum. Asyidda'u ala Kuffar ialah asidic elemen untuk eject (ala kuffar) the alkaline state. Tangisan dalam Konteks (NADA) bukanlah kesan Adrenalina tetapi ianya mestilah Kesan Operasi Sel-sel Saraf Neuron....

Bacalah, Lihatlah, Fahamilah, Lestarilah, Dalamilah

40 tahun saya hidup dalam masyarakat Melayu. Saya dididik dalam bahasanya. Saya membaca Versi Terjemahan Al Qur'an dalam bahasanya. Saya berontak akali dalam tak faham apa yang cuba dimaksudkan.

Saya baca Versi Translation & Commentary Abdullah Yusuf Ali dalam Bahasa Inggeris. Minda saya teranjak. Perbandingan dengan beberapa sumber keilmuan dan Sains. Saya melihat lebih jauh. Saya upaya insaf dalam Maqsud dan Makna menurut Al Lughotul 'Arabiah. Saya temui kunci-kunci. Saya tekad Qiraah. Saya Rattil setiap Tilawah.

Sedikit kefahaman ilmu muzika dan nota bunyian. Saya orchestra kan Pembacaan Al Qur'an. Saya dramatikkan Lisanun Arabiyyun dalam Lidah Lingua Franca Bahasa Melayu Kuno Versi Parameswara. Saya engage dengan English Spoken Language. Saya nikmati Queen's English. Sedikit kefahaman dalam Chinesse Stroke of its Writing.

Anyaman dengan tulisan Hamka. Baca Ensiklopedia dan Wikipedia. Mendasar semula kelas pengajian di masjid bersama bapa sejak kecil. Juga majalah-majalah dulukala seperti Sarina, Qiblat, Risalah dan Dewan Sastera. Terilham dalam beberapa karya-karya sasterawan Nusantara.

Minda kebaratan dalam Rocking Line dan Bob Dylan, Barett dan Hendrix. Sematan filem-filem Hitchock dan Tarantino. Keminatan dalam dunia Aritmetikal dan Algebra serta Logarithma. Melukis peta-peta wilayah khayalan. Membaca buku-buku darah-darah perjuangan yang menistis merah pekat.

Dari manakah asalnya nombor?

Dari manakah asalnya nombor?
Nombor berasal daripada bentuk.

Dari manakah asalnya bentuk? 
Bentuk berasal dari garis.

Dari mankah asalnya garis?
Garisan berasal dari titik.

Dari manakah asalnya titik?
Titik berasal daripada Nun.......

Kata Orang Melayu : Nun itu Nun jauh di sana...
Kata Orang Putih: Known? Kami telah sedia mengetahui (rahsia) ini. We have known.

Bacalah Al Qur'an; Surah Nun atau Surah Al Qalam:68

NUN. WA AL-QALAM. WA MA YASTHURUN.

Ayuh! Hijrahkan da'awah

Kerana itu Allah selalu tegaskan: 
INIL HUKMU ILLA ALLAH....

Dalam soal membuat keputusan dan Hukuman itu Tugas Allah. Budaya hari ini ramai yang bertanya kepada Ustazul Jalil Apakah hukuman itu dan ini wahai Ustaz? dan Ustazul Jalil serba salah sehingga terpaksa memberikan juga Hukum. Selepas mendengar penjelasan Ustaz dia merasa kecewa sebab apa yang dia harapkan tidak seperti apa yang ustaz sebutkan. 

Kerana itu tugas mendididik diri adalah usaha masing-masing untuk mencari Ilmu dan mengamalkannya. Bila kita membaca Al Qur'an; Allah yang Akan mengajarkan kepada Kita Ilmunya.

QUL: Innamal Al Ilmu 'Inda Allah.....

Tugas Da'awah kita bukannya mengajarkan manusia dan jauh sekali untuk menjatuhkan hukuman kepada manusia.

Justeru..... HIJRAHKAN DA'AWAH

Kehidupan Dunia dan Akhirat sesuatu yang amat synchronize

Kehidupan Dunia dan Akhirat sesuatu yang amat synchronize. Sangat berkait rapat dan bukan 2 fasa yang berbeza. Demikian juga tempoh kehidupan dalam Rahim Ibu dengan kehidupan dunia ini jua saling bersambungan...

Jadi kefahaman ini kerja dunia dan ini kerja akhirat sebagai dua set kerja berbeza amatlah salah. Ini Ilmu dunia dan ini Ilmu akhirat juga salah. Ini Amal dunia dan ini Amal Akhirat juga salah! Jika kedua-duanya dipisahkannya.....

Kerana Akhirat itu adalah representation kita di dunia ini.... Sangat interconnected.... Semua yang dibuat di dunia akan adanya refleks pada kehidupan di akhiratnya...

Bekerja di bank! Riba Itu Haram! Bacalah Al Qur'an!

Anda bekerja di bank. Confirm!!! Anda semua adalah Riba Eaters. Dan ianya haram!

Cuma; mari kita sama lestarikan persoalan Haram ini? Seorang pekerja bank menerima gaji bulanannya RM5,000.00. Adakah Nilai RM5,000 itu Haram dalam maksud apa sahaja yang dibelanjakan akan menjadikan Result Pembelian makanannya haram? Dia akan makan yang haram. Dan anak dia akan makan benda-benda yang haram!

Benar sekali, ianya menjadi Haram bagi Orang yang membaca Al Qur'an dengan sebelah matanya. Orang yang membaca Al Qur'an sebagai mentera. Tiada apa lagi yang dapat mereka lihat melainkan semuanya haram belaka. 
Seday mampu jauhilah amalan Riba dan suburkanlah Sadaqah

Garis Panduan Jelas kepada KITA ialah Semua Riba itu haram. Dan semua JualBeli itu halal. Apa itu Riba? Well, tiada suara hati akan mengatakan apa sahaja yang Based on Interest repayment of loans itu bukan Riba. Ubahlah jadi apa pun; bila tukang beri pinjam expect keuntungan daripada hasil pinjamannya itulah Riba. Full Stop and konsep ini mudah sangat untuk difahami.

Kerana itulah apabila kita membaca Al Qur'an kita akan dapati bahawa perkara pertama yang Allah suruh kita sebut ialah:-
1. Ista'iz Billah
2. Bismillahir Rahmani Rahim

Kita diminta Istighfar banyak-banyak, dan bertasbih, bertahmid dan bertakbir. Kita diminta Solat dan Zakat. Ya, Zakat atau Sadaqah yang akan mengubati apajua "persoalan Riba".

Maknanya bila orang yang membaca Al Qur'an dia tak akan meletakkan sesuatu Hukum pada setiap masalah. Dia akan melihat bagaimanakah supaya Hukum Allah itu dapat diangkat daripada apajua masalah.

Ganasnya orang Arab ini lantas sampailah Wahyu Allah kepada mereka

Dalam Al Qur'an Allah menyebut Bangsa Arab ini sebagai A'rabi. Mereka ni memang bangsa kepala bana. Fir'aun pun tak pandai bikin Arak sesedap bangsa ni bikin. Bagi saja buah apa semua boleh jadi arak. Kurma pun boleh. 

Kemudian bangsa ni kepala funa dia mak datok. Bijak jugak proses memproses. Jumpa biawak dhab sebat. Apa yang deme ni tak sebat di tanah berbatuan tandus di Jazirah Arab tu. Apa lagi? Merampok nombor satu. Nyonyos jer orang perempuan. Tiada segasar mereka. Orang Moor dan Barbar pun tak segasar mereka.

Apa lagi kalau bunuh orang tu, hati orang tu dibuat makan mentah. Darah dijilat-jilat bak aiskrim. Muzik deme hebat number one. Tarian gelek apa saja bagi kat deme. Pasal tulah bangsa ni tak pernah dijajah.

Hipokrit First Class. Kelentong maut tahap maut jugak. Bubuh saja apa saja yang ganas. Kerana itulah Allah memilih mereka untuk dijadikan lidah asas sebutan Al Qur'an. Kerana kejahatan manusia ini pada lidah. Kerana perwatakan manusia ini daripada makanan yang dia makan dan lidahlah yang dulu merasainya.

Ironinya, jika sejahat ganas manusia pun jika diserap masuk Al Qur'an boleh jadi bijak bistari dan kuat menyengat; apatah lagi insan yang adabnya sopan dan santun. Teorinya mesti lebih boleh gilang gemilang terbilang terbang helang lebih baguskan.

Eh! Arak itu haram kenapa? Etanolnya atau mabuknya?

Baca dahulu dan fikirkan:

10 persen alcohol boleh mabuk ker? Jika nak tahu mabuk ke tidak minum la dulu. Alkhamru bukan alkohol. Banyak bezanya antara al khamru dengan alkohol. Cuma ada kandungan alcohol di dalam alkhamru. Berapa persen alcohol dalam kandungan sesuatu cecair baru dia akan memberikan kesan mabuk? Tiada seorang pun ummat Islam yang mengkaji. Sedihnya alcohol pun dia tak faham apakah kegunaannya?

Fiikir dulu dan jangan cepat melatah. Tak pernah minum wine, wiski atau beer atau brandi jangan cepat melatah. Tak disuruh minum pun cuma ambil tahu sahaja supaya bercakap dengan berilmu bukan secara hentam kromo. Beer memang tak haram sekiranya ia adalah Root Beer. Orang tanya kenapa panggil beer? Ya, la beer sebab dia diperam tapi root beer yang diperam ni tiada kandungan alcohol. Proses pembuatannnya persis beer.


Jeruk halal ker haram? Tahu tak berapa persen alcohol dalam sesuatu jeruk? Budu? Sambal belacan? Sedap-sedap tenyeh timun kat dia dan lepas makan stim tergolek dok; dia tak tahu pasal apa yang buat dia rasa kick jer cencalok tu? Kan benda peram semua tu?

Fahamkan seterusnya dan fikir lagi:

Mari kita fahami lebih detail maksud Al Khamr yang pada bahasa kita yang disebut sebagai arak. Di sini kita harus sedia faham bahawa elemen yang menyebabkan sesuatu itu disebut Al Khamr ialah adanya kandungan alkohol. Akan tetapi para Ustazul Jalil sekalian hendaklah memberikan sedikit nilai tambah kefahaman kepada istilah alkohol. Alkohol ini ialah suatu SEBATIAN Cecair yang adanya elemen Carbon dan Hidrogen dengan jumlah tertentu dan ianya terHidroksida. Ada bermacam-macam formulasi Alkohol dan fomulasi alkohol di dalam minuman biasanya disebut sebagai ETANOL. Dan alkohol yang berbentuk etanol inilah yang merosakkan jantung anda (kardiovaskular). Berpunca dari jantung semua bahagian organ penting badan dia serang.

Istilah Carbon di dalam Al Qur'an berada pada formulasi tiga huruf(ayat) KAF FA RA. Juga disebut Kafura (Carbonated). Manakala Kafir/Kufron juga membawa maksud yang hampir sama dalam konteks maksud Rejector/Rejection. 

Kajian saintifikal memberikan bermacam-macam pendapat sehingga saintis penagih arak cenderung menyatakan kebaikan etanol ini kepada sistem badan; namun pendapat golongan sedemikian adalah minoriti. Majoriti berpendapat etanol sangat membahayakan kepada sistem badan manusia; dan ada yang menyatakan had-had tertentu penggunakan dibenarkan. Namun pendapat yang lebih jujur membuat kesimpulan kepenggunaanya walau 1 persen sekalipun akan mendatangkan mudharat kepada sistem badan terutama sekali kepada sistem kardiovaskular atau jantung.

Justeru; Inilah yang Allah mahu manusiua faham bahawa Dia melarang pengambilan Etanol ini di mana salah satu contoh Makanan/Minuman yang mengandungi etanol ialah Al Khamru. Jadi eloklah kita semak semua sumber makanan kita yang bersifat pemeraman adakah ianya mengandungi etanol kerana etanol amat bahaya sekali. Bukan soal mabuk atau tidaknya; soalnya ada etanol atau tidak. Sebab khinzir pun bila makan ianya tidak mabuk akan tetapi ianya haram dimakan. Demikianlah ILLAT untuk ISTINBAT hukum kepada arak. ILLATnya bukan mabuk; akan tetapi ILLATnya ialah ETANOL. Walaupun sedikit penggunaaannya dan tidak memabukkan akan tetapi kesan kerosakan kepada Kardio Vaskular amat berat sekali. Oh Kome? Tempoyak ada etanol tak? Jika ada, kome pikior ler sendiri. Sebab jantung komer....

English translation (Al Qur'an) is responsible

The English translation is responsible, We do have a little problem in Malay Translation Text but it is the question of semantics and nuances .

Understanding the Qur'an not only in terms of understanding Arabic language. Allah mentions this Qur'an as Lisanun Arabiyyun , Qur'anun Arabiyyun and Hukman Arabiyyan It is in the context of Spoken Arabic Tongue, Semantics and Lexicology . It should be understood that the Arabic Syntax then being regulated by The Qur'anic Syntax. Knowledge of Nahwu and Sharraf (both means Grammar/Syntax) comes after the Qur'an. So as like other subject like Adab and Nusus AND Balaghah and Mantiq (Arts and Philosophy) . All of these are Value Added Knowledge needed to know in order to better understand the Qur'an. 

Qur'an translations in English by Mukhsin Khan and Dr Ghali; both master the abovesaid knowledge and they understand Shakespeare to make them write a very responsible translation. Abdullah Yusuf Ali, who had knowledge in Cosmology and Morphology enable him to write The Translation with Commentary includes noted the Asbabun Nuzul in the translation's footnote.

[Teks Bahasa Melayu]

Terjemahan Bahasa Inggeris sangat bertanggung jawab; kita memang ada masalah sedikit dalam terjemahan Bahasa Melayu akan tetapi ianya persoalan Semantik dan Nuansa. 

Memahami Al Qur'an tidak semata-mata kefahaman Bahasa Arab dari segi bahasanya. Allah menyebut Al Qur'an ini sebagai Lisanun Arabiyyun, Qur'anun Arabiyyun dan Hukman Arabiyyan, ianya adalah Bahasa Arab dalam konteks Spoken Tounge; Semantik dan Lexicology. Perlu difahami bahawa Syntax Bahasa Arab kemudian diperhalusi oleh yang terdahulu secara Syntax Al Qur'an. Ilmu Nahwu dan Sharraf datang selepas Al Qur'an. Demikianlah Ilmu Adab dan Nusus serta Ilmu Balaghah dan Mantiq. Semua ini adalah Ilmu Tambahan yang perlu dikuasai oleh sesiapa sahaja untuk memahami Al Qur'an sebaiknya. 
Salah satu terjemahan Al Qur'an Abdullah Yusuf Ali

Penterjemah Al Qur'an di dalam Bahasa Inggeris seperti Mukhsin Khan dan Dr. Ghali menguasai ilmu-ilmu di atas dan mereka memahami Shakespeare dan punya pengetahuan yang baik dalam Bahasa Inggeris membolehkan mereka menulis teks terjemahan dengan baik sekali. Abdullah Yusuf Ali yang juga menguasai soal Seni Kosmologi dan Morfologi menulis teks terjemahan dengan Commentary termasuk menotakan Asbabun Nuzul pada catatan terjemahannya.

Kita adalah Pemimpin Dunia yang sudah ada Garis Masa - Ayuh bikin wawasan 100 tahun lagi!

28 Februari 1991; suatu Kertas Wawasan 2020 telah digariskan oleh Tun Dr Mahathir. Kertas ini seharusnya ada pada setiap Warganegara Malaysia sebagai garis panduan untuk memahami Garis Masa 2020. 

Antara perkara yang akan sentiasa saya ulang-ulang kepada para sahabat dan rakan-rakan ialah soal Wawasan 2020 itu. 

Sepertimana Shell kini sudah ada Wawasan 2050. Dan seperti kertas Pembinaan Negara Israel yang dibentang oleh Theodore Herzl pada 1897 (suatu rangka kerja 50 tahun). 50 tahun selepas itu; iaitu pada 1948; negara Israel itu tertubuh. 

Garis Masa 100 tahun amat tepat... Maka, masanya adalah tepat jika Kita Orang Malaysia menyiapkan Kertas 100 tahun Malaysia Sebagai Pemimpin Dunia. Dengan sasaran setiap Jubli (atau 25 tahun itu apakah perancangannya...) 

Ormas Muhammadiyah di Indonesia sudah 100 tahun umurnya; kini sudah ada Universiti di setiap bandar-bandarnya.....

Hampir setiap orang Melayu atau Pribumi di Malaysia ini mempunyai silsilah atau kaitan keturunan dengan Raja-raja dan Sultan-sultan terdahulu; samada di Nusantara atau di seluruh dunia.

Saya akan terus cuba untuk mempertahankan institusi Kesultanan dan Raja-raja Melayu di Malaysia kerana ianya adalah simbol kepemimpinan dalam sejarah ketamadunan manusia di dunia.

Berbalik kepada perengan awal.... kesinambungan pertalian darah manusia terdahulu di Asia Tenggara dengan kita pada hari ini di Malaysia adalah amat akrab... Termasuk juga kaum-kaum Tionghua dan India yang didatangkan pada kurun ke 19 hingga 20. Pertalian erat hubungan darah dan pesemendaan (perkahwinan) antara Raja-raja Melayu dan "raja-raja" di Benua India dan China berlangsungan terus. Demikianlah kerana adanya nama-nama seperti Bukit China di Melaka.
Tun Dr Mahathir dan Wawasan 2020

British sebenarnya tahu hubungkait sejarah ini. Kerana itu orang-orang British atau datuk-datuk mereka iaitu orang German menanda nama Malaysia seawal abad ke 19 seperti di dalam peta. Apabila US cuba menamakan nama negara Filifina sebagai Malaysia ianya dihalang oleh British. Nama Malaysia hanya boleh ditandakan kemudiannya setelah disertakan dua wilayah di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. 1963 Malaysia wujud. Maksudnya tersirat pada nama ini ialah orang-orang yang punya hak kuasa pimpinan ke atas seluruh dunia..... Perwarisan raja-raja di dunia samada pada Empayar Rom dan Parsi atau Raja-raja di benua India dan China adalah orang-orang yang menjadi warganegara Malaysia hari ini. Inilah sebabnya KITA MESTI memimpin DUNIA.

Dalam meneruskan penulisan ini suka saya untuk menyelitkan pandangan balas YB Dato' Nasaruddin Hashim, ADUN Bota Negeri Perak seperti berikut:

"Bukan lah mustahil kita memimpin dunia,tetapi ia mesti di dahului dengan pembinaan tamadun yg hebat. Pembentukan tamadun hebat ini pula di mulakan dengan peningkatan ilmu teknology,sain,sain sosial , agama kpd generasi baru kita. Pembentukan tamadun yang hebat ini sekurang kurang nya memakan masa antara 50 hinnga 100 tahun, berdasarkan kpd apa yg di lalui oleh AS, Jepun, Jerman dan China."

Baldatun Thoyyibatun Wa Rabbun Ghafur adalah Tanah Nusantara kini. Hari ini tanah ini bernama ASEAN. Keseluruhan wilayah ASEAN atau Nusantara itu adalah Tanah berstatus Istana kepada kesemua tanah-tanah yang bukan TANAH HARAM. Tanah Haram iaitu Mekkah, Madina dan Al Quds adalah tiga wilayah elektromagnetik bumi. Kawasan yang paling strategik atau pusat kuasa eleketromagnetik bumi. 

Dan pada Wilayah Nusantara atau ASEAN ini kawasan yang merupakan pusat atau istananya ialah negara MALAYSIA hari ini. Kerana itu saya katakan Baik Thailand atau Burma atau Vietnam atau Indonesia. Meskipun lebih besar daripada kita; kepemimpinan akan dipusatkan di Malaysia.

Malaysia adalah pemimpin UTAMA bagi ASEAN. Dan Asean akan menjadi pemimpin utama bagi DUNIA hari ini.

Penulis pada catatan ini ialah Ahmad Ansor Batubara

Latar Kisah cerita Bangunan Tabung Haji dan jasa Ungku Aziz

Bangunan Tabung Haji Jalan Tun Razak - Raja Ahmad Aminullah 

Sedang saya menulis di Fesbuk tentang Kisah Al Kahfi; ternotifi satu nota daripada Ungku (Raja Ahmad Aminullah), salah seorang guru saya. Terlihat oleh saya gambar Bangunan Tabung Haji dengan Nota:
Dari ide(a) pada melembaganya institusi.
Ungku Aziz. 
Foto: r a
6 Feb 2014.

Semakin teruja saya bila mula-mula membaca komentar salah seorang Rakan FB Ungku seperti berikut:-

1. Tengku Mohamed Taib 
For the record, when Tabung Haji started operations in1963, there were 1,281 depositors with a total savings of US$15,400. Currently, LUTH has 8.2 million depositors with with assets of US$10.4 billion; thanks to the seemingly simple but brilliant idea of Ungku Aziz who successfully proposed the institution of Shariah approved savings for pilgrimage instead of keeping money under pillows or burying it in earthen jars or worse, selling away inherited land to finance the hajj pilgrimage. The point? We are very good at conveniently forgetting contributions by our fellow Malaysians. In this instance, how many of our teenaged children and grandchildren are made aware of the fact that it was Ungku Aziz's brilliance that gave birth to this game-changing institution that is now looked up to by the Muslim world and ummah as the ideal model in the management of hajj and umrah pilgrims to Al Mukkarramah and Al Munawwarrah? Pray tell.

Lalu Ungku pun Reply,

2. Raja Ahmad Aminullah 
Precisely the point that I was trying to make through a minimal melange of words, bro Tengku Mohamed Taib, but of course you put it much more poignantly with all the awesome figures mentioned through your-as-usual diligent research. But on another matter upon which I am sure we are in full agreement, it is about recognising the sterling contributions of our upright citizens. Forget "our teenaged children and grandchildren": how many of our own generation and those a decade or two younger really appreciate them, as opposed to the honours, accolades and sundry titles heaped upon 16-year old singers and the nouveau riche?

Dan komentar balas selanjutnya,

3. Tengku Mohamed Taib 
Quite, Bro Raja Ahmad Aminullah, quite. We are very much into the political exigency of playing to the gallery in the effort to retain popularity and whatever comes with it. We do not seem to have the will to do what is right. Sad! Tragic even!

Dan berakhir dengan komentar daripada Ungku

4. Raja Ahmad Aminullah
Ya, kita lebih mudah menyediakan ruang dalam media cetak dan penyiaran untuk peserta dunia hiburan dari tokoh2 academik kita. Kita lebih mudah memberi puji2an serta pelbagai rupa pengiktirafan serta gelar pada khalayak nouveau riche/OKB dari menghargai tokoh2 intelektual,, penulis dan budayawan bangsa. Seharusnya kita mengambil pelajaran serta ilham dari Teks Agung serta sejarah tamadun2 manusia bahawa tamadun yang besar hanya dimungkinkan dengan ilmu dan pembacaan yang luas.

***Saya menyalin semula dengan kebenaran dan izin daripada mereka sebagai suatu disiplin dalam harta intelek dan adab Melayu.

Moga nota ringkas berupa kometar ini dapat memberikan kita semua 'ideas' dan 'thoughts'. Kebijaksanaan YM Ungku Aziz dirasai. Lalu kita sebagai generasi muda/terkemudian mesti menggandakan ide(a) dan pemikiran.

Oleh: Ahmad Ansor Batubara

Bangunan Tabung Haji - Foto by r.a.

Wednesday, February 5, 2014

Isu Rakyat: Kenaikan Harga Barangan Keperluan Harian

Oleh: Ahmad Ansor Batubara

Tauke Kedai Makanan yang saya makan tengahari tadi merasa bersalah bila terpaksa memberitahu saya bahawa harga makanan di kedainya sudah naik. Beliau juga bagaikan terpaksa menerangkan kepada saya bahawa harga bahan mentah semuanya naik. Sehinggakan tak ada yang tak naik harganya. Saya tak minta pun dia menceritakan tetapi begitulah pekedai yang baik terkadang mereka tak sampai hati nak beritahu bahawa harga makanan di kedainya sudah naik. 

Di Ipoh sekarang seketul kuih kini harganya 40 sen seketul yang mana sebelum ini masih 30 sen. Pihak kementerian tak boleh senang lenang dalam hal ini. Nanti tiba-tiba berlaku "renjatan ekonomi" siapa yang susah? 
Ini cara cakap kampung sikit supaya ramai orang boleh faham.

Orang-orang yang menjerit bising itu kerana menyatakan kerisauan. Sebab setiap orang kini yang anaknya masih bersekolah ada banyak komitmen. Harga minyak sahaja telah menambahkan kos belanja harian. Ini keresahan hakiki yang bukannya cakap politik. Kenaikan berganda ini nampaknya bagai pembunuh senyap dalam ekonomi negara. Kedudukan ekonomi yang sebenarnya sudah inflasi masih didiamkan. 

Sesiapa yang masih merasa selesa lagi; jangan fikirkan orang lain berada dalam kedudukan yang sama. Ramai sebenarnya rakyat Malaysia hidup dalam tahap insolven. Banyak juga kes penceraian yang berlaku setiap hari kesan daripada tekanan ekonomi. Semua masih membisu dan tak mahu nyatakan apakah statistik terkini. Ditambah lagi keadaan yang merunsingkan ini menjadikan sesetengah suami mahu mencari wang daripada sumber judi di Pusat Game Kuda Haram.

Duit ada RM10; nak try bet la kot dapat RM100 sebab nak beli susu dan pampers anak. Akhirnya rugi dan berhutang pula. Anda mesti cuba dengar suara dan denyut nadi rakyat bila minum teh di Restoran Mamak. Lihat semua orang yang sedang minum itu. Berapakah yang sedang runsing di kepala otak mereka sebab duit tiada di tangan. Anak menangis tiada susu. Pampers tiada. Memang senario ini mengerikan. Ramai isteri di rumah yang menangis. Suami tak ada. Bukan suaminya meninggalkan rumah. Tapi pergi menghisap dadah kerana tension!!!!!

Keratan Akhbar - Harga Brang Naik

Friday, January 31, 2014

APABILA WAHABI MASUK KE SUATU NEGERI - dia akan mengembangkan MATA Penduduknya MENENTANG PENJAJAHAN!

Ikutilah pembicaraan tentang Wahabi. Supaya kita tak tersesat membaca sumber yang salah dan sesat. Apakah maksud di sebalik terma istilah Wahabi?

Di Malaysia, ramai menyatakan bahawa gerak faham anti Al Ghazwatul Fikir ini dibawa oleh Gerakan Kaum Muda di Malaysia iaitu disekitar pertengahan kurun ke 20. Sewaktu hujung-hujung penjajahan Jepun dan seawal pentadbiran British Military Army. Di sinilah kumpulan Ulama'-ulama' Malaysia membangkitkan semangat anti penjajahan. Kefahaman Tauhid bisa membungkam kebodohan ummat!. Mereka kemudiannya dituduh Wahabi penyesat masyarakat oleh para Penjajah.

Hari ini di Malaysia yang banyak adalah Geng Wahab BB. BB tu maksudnhya Belagak Bagus! Mereka hanya tahu sedikit kisah dan cerita akan tetapi membelagak bak tahu semua.

Begini kisahnya; sejak abad Ke-18; sejak Gerakan Wahabi timbul di Pusat Tanah Arab, nama Wahabi telah MENGGEGARKAN DUNIA. Kerajaan Turki yang sangat berkuasa pada waktu itu; TAKUT KEPADA WAHABI.

Kerana Wahabi adalah permulaaan KEBANGKITAN SEMULA Bangsa Arab sesudah jatuhnya Kegemilangan Kerajaan Abbasiyyah pada serangan bangsa Monggol dan Tartar ke Baghdad!

Dan WAHABI pun DITAKUTI oleh bangsa-bangsa Penjajah, kerana APABILA WAHABI MASUK KE SUATU NEGERI - dia akan mengembangkan MATA Penduduknya MENENTANG PENJAJAHAN!

Sebab FAHAM WAHABI ialah meneguhkan kembali AJARAN TAUHID yang MURNI! Dan menghapuskan segala sesuatu yang membawa kepada SYIRIK. Jika membawa faham Jangan Usholli dan Jangan Baca Doa Qunut itu ialah Golongan Wahab BB.

Sebab usaha perjuangan Tauhid ini; lalu timbullah perasan tiada tempat TAKUT selain Allah. Wahabi adalah penentang kepada JUMUD; iaitu memahami "agama" secara membeku atau RIGID!

Ajaran ini telah TIMBUL bersamaan dengan TIMBULnya REVOLUSI PERANCIS di Eropah yang ada pada Revolusi ini suatu fahaman yang dinamai Sekularisme. Dan pada masa itu juga, "infiltrasi" dari gerakan ini telah masuk ke Tanah Jawa. Pada 1788, di zaman pemerintahan PAKU BUWONO IV, yang lebih terkenal dengan gelaran "SUNAN BAGUS", beberapa Orang Wahabi telah datang ke Tanah Jawa dan meyebarkan fahaman "Wahabi" ini. [Fahaman Wahabi = fahaman menentang Al Ghazwatul Fikr/fahaman menentang Minda Terjajah/Minda Tertawan].

Bukan setakat di Solo dan Jogja tetapi Geng Wahabi Tulin ini telah menerobos ke Wilayah jauh di Madura, Chirebon dan Banten. Kefahaman ini mendapat sambutan baik kerana jelas terang anti penjajahan. Sunan Bagus tertarik sekali dengan idea kefahaman segar Wahabi ini. 

PEMERINTAN BELANDA ITU mendesak agar Sunan Bagus menyerahkan Orang-orang Wahabi itu kepada mereka. Mereka cukup tahu apakan nasib mereka sebagai penjajah; jika FAHAMAN WAHABI ini dianuti rakyat! Ayuh difikir lestarikan. Jadi Geng Wahab BB jangan main bongok tidak faham; usah nistakan kebaikan dengan fitnah. Mereka nak Qunut Subuh atau tidak itu bukan set kefahaman WAHABI yang berjuangan tulus mendampingi Ummat kepada Tauhid Kepada Allah!

Saya tiada berniat untuk menjulang istilah Wahabi; sekadar untuk memberikan Keadilan yang sepatutnya pada peristilahan itu dari selalu ditahikan; malah dinajisi.

Rasanya cukup difahami ianya bukanlah ajaran Musailamah Al Kazzab. Musuh Ummat Islam ialah Ummat Islam sendiri. Wahabi di Malaysia dimusuhi oleh Puak-puak Wahab BB; tanpa mereka itu sedari. Suatu waktu dahulu musuh Wahabi ialah Kerajaan Turki Osmaniyyah dan Kerajaan Syarif di Mekah sebelum Kerajaan Syarif itu terhumban ke Jordan kini.

1801, datang lagi kaum Wahabi ke "Indonesia" selepas penangkapan Orang Arab itu oleh Penjajah Belanda; kali ini anak Melayu sendiri. Antaranya ialah HAJI MISKIN PANDAI SIKAT, HAJI ABDURRAHMAN PINABANG dan HAJI MUHAMMAD HARIS TUANKU LINTAU. Mereka datang dari Wilayah Melayu Minangkabau di Luak Agam, Luak Lima Puluh Koto dan Luak Tanah Datar.

Antara murid mereka ialah Tuanku Nan Rinceh Kamang dan Tuanku Samik Ampat Angkat. Akhirnya melebar dan terbentuklah Kaum Paderi. 

Asalnya tiada istilah Ulama' di dalam Istilah Melayu Nusantara seperti hari ini dan di dalam Kamus Dewan. Istilah yang digunakan untuk memaksudkan Ulama' atau Nuansa Paderi itu ialah istilah Ulama' yang digunakan hari ini.

Lupakan istilah Wahabi akan tetapi lihatlah kesan pembangunan Minda dan pencerahan yang dibawa bersama pemikiran itu. Antara pejuang kaum Paderi yang terkenal ialah Tuanku IMAM BONJOL. Dan terjadilah Perang Fi Sabilillah antara Mujahiddin dengan Penjajah Belanda.

Dalam abad ke 18 hinggalah 19; lalu akhirnya dengan momokan pangkat dan wang; tewaslah para Mujahiddin itu dalam Perang Paderi yang dahsyat ini mengorabankan ribuan nyawa Ummat Islam dan askar Inggeris-Belanda turut mati dengan jumlah yang banyaknya.

Kerana kuasa; ada pemerintah di daerah Melayu Sumatera dan di Tanah Jawa sanggup menikam dari belakang. Suburnya kefahaman Islam sejak waktu itu di Nusantara ini menjadikan kita hari ini lahir terus ber"agama". Faham menentang penjajahan yang sekian panjang ratus tahunnya. 


KHA Dahalan , seorang pendokong Fahaman Wahabi
Dan pada abad ke-20 datang semula gerakan baru bertunjang sama yang dinamalabelkan sebagai Kaum Muda di Tanah Melayu Minangkabau. Manakala di Tanah Jawa datangnya ulama' yang bernama Kiyai Haji Ahmad Dahalan dan Syeikh Ahmad Soorkati. Gagasan Muhammadiyah hari ini sungguh luar biasa. Sangat bersahaja namun punya Universiti mereka di setiap bandar di Indonesia. Tak perlu gelar mereka Wahabi. Kerana misi dan intipati perjuangan telah membuahkan hasil yang luar biasa. 

Umumnya para pendokong Wahabi ini dalam soal Fiqh berMazhab Hanbali. Barangkali Imam Ahmad bin Hanbal sepatutnya seorang Reformer berbanding seorang Fuqaha' per se. Namun besar juga yang berMazhab Syafei. Manakala di benua India, orang yang berMazhab Hanafi itu majoritinya golongan pembaharu pemikiran Wahabi ini. 

Di setiap episod siri-siri penjajahan Barat; istilah "WAHABI" selalu dijadikan alat mainan fikir untuk menekan Semangat Kesedaran Islam dan Pemurnian Fikrah. Bagi Ummat Islam yang tidak mengetahui intipati sejarah pemikiran ummat akan menjadi benci kepada "Isikandung Ilmu" Muhammad Abdul Wahab dan Pemikir yang seangkatan. Bukan sahaja benci soal itu; nama WAHABI itu pun dibenci dan seterusnya dikeji.

1925, setelah mendengar kemenangan Raja Wahabi Ibnu Saud mengusir Syarif Mekkah; suatu Kongres Besar Ummat Islam di Surabaya mengucapkan Tahniah yang dikirim melalui telegram kepada Team Ibnu Saud itu. Dua orang wakil Muslimin Indonesia iaitu Djokroaminoto dan KH Mas Mansur dihantar ke Tanah Arab itu. Pada 1927, Haji Agus Salim pula ke sana mengunjungi Pentadbiran Ibnu Saud.

Tempoh yang sama; Turki sudah semakin Moden dan bersama-sama dengan pengikut Syarif serta Ulama'ulama' Pak Turut mereka mengecam hebat Gerakan Wahabi yang dianggotai oleh para-para pejuang anti Penjajah di merata dunia. Pergerakan Anti Penjajahan atas label Wahabi ini terus dikecam sebagai perosak Islam dan golongan pengganas!

Ada satu kumpulan yang mengasaskan idea anti penjajahan yang sama di Malaysia iaitu di atas Gunung Semanggol sekitar tahun 1948. Mereka juga menerima nasib yang sama dan digelar sebagai Hubaya-hubaya dari Gunung!

Negara Merdeka maknanya orang Cina dan orang India boleh jadi Perdana Menteri

Sebelum anda sebagai orang Melayu ataupun anda sebagai seorang Muslim membaca artikel ini anda mestilah tenangkan jiwa anda dan berpegang teguh kepada prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Di dalam bahasa Inggeris ianya disebut sebagai Supremacy of the Constitution dan Rule of Law. Kedua-dua prinsip tersebut ialah prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara. 

Perlembagaan tidak pernah sama sekali melarang orang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tidak seperti yang terkandung pada sesetengah provisi Undang-undang Tubuh sesebuah negeri. UMNO atau United Malays National Organisation juga membenarkan orang bukan Melayu asalkan taraf pribumi atau bumiputeranya jelas untuk diterima sebagai ahli UMNO. Malah orang bukan Melayu yang beragama Islam juga dibenarkan menjadi ahli sehingga diangkat menjadi pemimpinnya. 

Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kedua-duanya, mengikut cakap-cakap ramai, bukanlah berdarah Melayu jati tetapi kini telah dianggap dan diterima secara meluasnya sebagai pemimpin Melayu. Jawatan Perdana Menteri menurut Perlembagaan Persekutuan bukanlah kuasa tertinggi di dalam negara Malaysia. Apakah tugas pertama seorang Perdana Menteri?
Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya
Tugas ulungnya ialah menjadi Pengerusi kepada Jemaah Menteri. Perdana Menteri ialah orang yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong; iaitu orang yang Yang DiPertuan Agong menurut hematnya MUNGKIN mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. Perlembagaan tidak menyebut secara jelas dan nyata apakah prinsip asas dalam bernegara di Malaysia; namun Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan menyatakan secara tersirat bahawa Prinsip-prinsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi berParlimen adalah terpakai di Malaysia. Laporan di dalam Suruhanjaya Reid ada menyatakan tentang prinsip-prinsip ini, namun ramai yang tidak berkesempatan melihat dan membaca isi kandungannya secara zahir. 

Setelah Perdana Menteri dilantik, maka beliau hendaklah menasihatkan Yang DiPertuan Agong akan siapakah di kalangan ahli Dewan Parlimen yang akan dilantik sebagai ahli-ahli kepada Jemaah Menteri tersebut. Dan Perdana Menteri juga boleh memecat seseorang ahli Jemaah Menteri yang telah dilantik itu dengan hanya menasihati Yang DiPertuan Agong untuk melakukan sedemikian. Inilah teori asas berkenaan kuasa eksekutif di dalam negara Malaysia meskipun terdapat pengecualian dalam hal-hal yang tertentu. 

Kuasa seorang Perdana Menteri terletak ditangan kuasa majoriti ahli Dewan Rakyat. Sekiranya majoriti ahli Dewan Rakyat hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri itu maka beliau hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri yang dipengerusikan olehnya. Dan pada ketika itu negara tidak ada Perdana Menteri dan/atau Jemaah Menteri untuk menasihati Yang diPertuan Agong menjalankan tugas eksekutifnya. Namun janganlah dilupai bahawa Yang DiPertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan. Dan inilah maksudnya Raja berPerlembagaan. 

Raja berPerlembagan bukanlah sistem monarki mutlak. Ianya adalah satu sistem monarki yang dibimbing oleh sesuatu undang-undang tertinggi bagi sesuatu negara. Pada setiap masa dan saat kuasa Raja berPerlembagaan ini hendaklah wujud dan terlaksana. Sekiranya seseorang yang menjawat jawatan Yang DiPertuan Agong itu hilang kuasanya menurut Perlembagaan, maka secara operasi undang-undang (baca: secara automatiknya), seseorang yang menjawat jawatan Timbalan Yang di Pertuan Agong mengambil alih tugasnya di saat dan ketika kuasa orang yang menjawat jawatan Yang diPertuan Agong itu hilang. Dan jika hilang pula kuasa orang yang menjawat jawatan Timbalan Yang DiPertuan Agong, maka kuasa seorang Ketua Utama Negara terletak kepada Majlis Raja-raja.

Raja berPerlembagan ialah suatu kuasa yang melambangi Perlembagaan itu sendiri. Manakala kuasa seorang Perdana Menteri dan/atau Jemaah Menteri adalah berasaskan prinsip Demokrasi berParlimen. Kedua-dua kuasa ini ditakluki oleh prinsip Kedaulatan Undang-undang. Kedaulatan Undang-undang berasaskan prinsip keadilan. Dan prinsip keadilan bagi negara yang mengamalkan sistem demokrasi moden adalah melalui undang-undang. Inilah konsep sistem pembahagian kuasa di dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Sistem pembahagian kuasa menyatakan bahawa setiap Cabang Kuasa itu mempunyai kuasa untuk semak dan seimbang di antara satu sama lain.

Undang-undang adalah kuasa. Dan terdapat tiga cabang kuasa yang mengawal selia Undang-undang. Iaitu, kuasa menggubal Undang-undang, kuasa mentadbir Undang-undang dan kuasa melaksanakan Undang-undang. Kuasa menggubal undang-undang terletak pada suatu badan yang dinamakan sebagai Parlimen. Kuasa untuk mentadbirnya diketuai oleh Jemaah Menteri dan kuasa melaksananya terletak pada badan kehakiman iaitu Mahkamah.

Ah Meng telah mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat dan telah dilantik sebagai Perdana Menteri. Selain menjadi pengerusi kepada Jemaah Menteri, tugas Ah Meng ialah menasihati Yang di Pertuan Agong di dalam soal perlantikan seorang Ketua Hakim Negara. Nasihat yang diberikan oleh Ah Meng kepada Yang DiPertuan Agong hendaklah mendapat persetujuan Majlis Raja-raja. Ah Meng akan terus menjadi Perdana Menteri setakat tempoh yang dibenarkan oleh Perlembagaan dan tertakluk kepada kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Ah Meng juga tertakluk kepada sokongan rakyat yang menjadi pengundi di konstituensi yang mereka dipilih secara majoriti. Ah Meng pula hanya boleh mentadir negara Malaysia melalui Jemaah Menteri yang disusun atur olehnya. 

Pendek kata, Ah Meng bersama Jemaah Menterinya mestilah mempunyai bakat kepemimpinan yang hebat jika Ah Meng ingin menjadi seorang Perdana Menteri berlandaskan Perlembagaan. Ah Meng juga mesti memimpin Jemaah Menterinya berdasarkan kedaulatan undang-undang. Kedaulatan undang-undang pula mestilah selari dengan konsep keadilan melalui undang-undang. Ah Meng bukanlah seorang Ketua Utama Persekutuan dan dia bukanlah pemimpin tertinggi angkatan tentera persekutuan. Ah Meng hanyalah seorang ketua demokrasi berParlimen. 

Perlembagaan memberikan ruang dan peluang kepada Ah Meng untuk menjadi Perdana Menteri kerana ianya adalah hasil daripada suatu keputusan Kontrak Sosial sebelum wujudnya negara ini. Kontrak Sosial yang berlaku itu adalah benih yang menumbuhkan sebuah negara yang hari ini dinamakan sebagai Malaysia. Tanpa kontrak sosial tersebut, negara Malaysia tiada kewujudannya. Yang ada hanyalah negeri-negeri Melayu yang dinaungi British dan dua wilayah jajahan British di Semenanjung Tanah Melayu. Juga ada dua wilayah di Borneo yang ditadbir oleh kerajaan British. 

Setakat hari ini, semua rakyat bagaikan bersetuju secara senyap bahawa Perdana Menteri Malaysia mestilah seorang Melayu yang beragama Islam dan lahir di Semenanjung Tanah Melayu. Hari esok pula ditentukan oleh generasi hari ini akan siapakah yang mesti menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia. Apapun makna merdeka bagi sebuah negara yang bernama Malaysia mestilah berdasarkan kepatuhan penuh kepada Perlembagan Persekutuan.