Friday, January 31, 2014

Adakah bank berhak memegang atau menyimpan "Geran" kereta anda?

Sudah pasti anda mempunyai kereta? Adakah kereta anda masih di bawah ansuran sewa beli ? Majoriti orang Malaysia pasti berada dalam situasi ini. Jadi di dalam penulisan kali ini saya ingin highlightkan satu isu yang saya fikir tidak cukup adil kepada kita sebagai penyewabeli (pelanggan bank). Sekarang pada masa ekonomi yang flip flop dan zaman inflasi ini saya juga cukup yakin bahawa sebilangan daripada kita mungkin berhadapan dengan kelewatan untuk membayar ansuran. Terutama bagi mereka yang bekerja atau mempunyai perniagaan sendiri dan yang tidak mempunyai pendapatan tetap, kelewatan atau sedikit "tidak teratur" dalam pembayaran tidak dapat dielakkan.

Sekarang, dengan andaian kita mempunyai "sedikit" kelewatan dalam ansuran, tetapi belum lagi dikira suatu "tempoh kelewatan" bagi bank untuk menarik balik kereta kita di bawah AKTA SEWA BELI. 

Di bawah Akta tersebut, kelewatan mesti menjadi lebih daripada 2 bulan 21 hari dan kita berhadapan dengan suatu masalah iaitu - cukai jalan kita tamat tempoh ! Ya kita masih selamat kerana bank tidak boleh menyentuh kereta itu; akan tetapi, kita pasti terdesak mahu mendapatkan cukai jalan supaya kita boleh memandu dengan "aman" di jalan raya tanpa perlu menyelinap keluar dari polis atau JPJ.

Berita buruk ialah apabila kita berlari ke bank meminta mereka untuk pelepasan sementara "geran kereta" kita untuk memperbaharui cukai jalan. Mereka (pihak bank) ENGGAN melakukannya kecuali kita mengemaskini bayaran ansuran kita!

Pertama sekali, pihak bank harus tahu dan akui bahawa mereka tiada hak untuk memegang Title ("geran kereta") itu. Apa yang mereka nak takut pun? Hak pihak bank ke atas kereta itu sentiasa terjamin kerana ada sesuatu pengendorsan pada "geran tersebut" secara NYARING DAN JELAS menyatakan bahawa kereta adalah di bawah lien. Jadi tiada pemindahan boleh dibuat secara sah.

Pada pendapat saya (secara merendah diri), bahawa bank itu "memanglah" mempunyai hak (untuk menyimpan geran kereta tersebut) dan kerana bank "mempunyai hak itu" akhirnya mengakibatkan penyewa (kita) lewat atau tertangguh mendapatkan cukai jalan. 

Dan SESUNGGUHNYA, tiada peruntukan di bawah Akta Sewa Beli atau mana-mana undang-undang lain yang membolehkan mereka (pihak bank) untuk menyimpan "geran itu".

Saya rasa tindakan pihak bank menyimpan "geran kereta" benar-benar bodoh di mana kononya situasi ini diambil oleh pihak bank itu untuk memastikan penyewa mengemaskinikan ansuran mereka. 
Pelanggan bank itu ada yang hanya memakai kereta Kancil sahaja, lepaskanlah "geran tersebut" kepada mereka

Mengapa saya kata bank bodoh bila menyimpan "geran kereta" tersebut? 

Secara mudahnya, sekiranya orang tersebut ada kereta untuk digunakan untuk pergi bekerja atau untuk menjalankan perniagaannya; dia akan sendirinya cuba untuk "aktif" mencari sebanyak wang yang mungkin atau secepat yang mungkin untuk menyelesaikan hutang (ansuran bulanan). Itu jika geran kereta ada dalam simpannya dan dia boleh memperbaharui Cukai Jalan. Namun jika dia tidak boleh pergi bekerja bagaimana dia boleh membayar ansuran beliau? Betul tak? Pokoknya, buat apa pihak bank masih berdegil untuk menyimpan "geran kereta tersebut".

Jadi, saya mencadangkan bagi mereka yang mempunyai "masalah" seperti di atas, silalah;

1. Menyerahkan atau menulis surat aduan kepada Bank Negara Malaysia, DAN jika perlu

2. Memfailkan saman di mahkamah sivil atau di Tribunal Pengguna mendakwa : - 
(a) Pihak Bank menyerahkan Title (geran kereta) bukan hanya bagi tujuan untuk memperbaharui cukai jalan akan tetapi untuk simpanan kita.
(b) Kerugian akibat daripada tidak boleh menggunakan kereta tersebut kerna bank tidak memberikan kerjasama untuk memperbaharui cukai jalan.
(c) Tuntutan GANTIRUGI (reimbursement) daripada pihak bank terhadap apajua kos pemindahan yang mungkin dialami kerana menggunakan pengangkutan alternatif.

Saudara sekalian, amalan bodoh pihak bank (menyimpan geran kereta) ini bagi saya adalah tidak bertamadun dan pihak bank mesti menghentikannya! Dan mereka harus menghormati atau sekurang-kurangnya mempunyai ihsan terhadap pelanggan mereka.

Ok sehingga kita bertemu lagi ..

Mahkamah itu apa? Ajarkan saya tentang apakah itu mahkamah?

Mahkamah ialah tempat di mana sesuatu prosiding kehakiman dimulakan. Terdapat dua jenis prosiding kehakiman di Mahkamah Keadilan. Pertama, prosedur sivil dan kedua, prosedur jenayah. Prosiding Sivil boleh dimulakan oleh sesiapa sahaja terhadap sesiapa sahaja. Tuntutan sivil yang paling kerap wujud di Mahkamah Keadilan biasanya dimulakan oleh pihak bank. Pihak bank lah yang paling kerap memfailkan tuntutan Saman ke atas peminjamnya yang ingkar terhadap Perjanjian Pembiayaan. Bank akan menjadi Plaintif. Plaintif ialah pihak yang memulakan tindakan Saman. Dan peminjam yang ingkar pembayaran akan dinamakan sebagai Defendan. 

Kita ambil contoh berikut; di mana 5 tahun yang lepas, Johari membeli sebuah kereta dan membuat pinjaman dengan Bank ABC untuk membiayai pembelian keretanya. Johari telah menandatangani suatu perjanjian dengan Bank ABC. Perjanjian tersebut ialah Perjanjian Sewa Beli Kenderaan. Tempoh bayaran balik pinjaman Johari kepada Bank ABC menurut Perjanjian tersebut ialah selama 9 tahun dan bayaran bulanannya ialah sebanyak RM500 sebulan. 

Pada tiga tahun pertama sewabeli, Johari berjaya membayar kepada bank tersebut dengan sebaiknya. Manakala sejak, tahun 3 seterusnya, Johari sentiasa lewat membayar hutangnya. Akibatnya, pada tahun kelima, Johari tertunggak membayar pinjamannya sehingga 9 bulan lamanya. Pihak bank telah mengarahkan peguamnya menuntut kembali kenderaan yang disewabeli oleh Johari dan seterusnya menamatkan kontrak perjanjian Sewa Beli tersebut. Kes tersebut berakhir dengan suatu prosiding Saman oleh pihak bank terhadap Johari untuk menuntut bayaran tertunggak dan baki pinjaman yang mesti dibayar oleh Johari kepada bank. 
Suasana dalam sesebuah mahkamah
Johari berasa amat susah hati kerana menerima Saman daripada pihak bank agar beliau hadir ke Mahkamah. Kedudukan kewangan Johari yang amat kritikal tidak membolehkan beliau untuk mendapatkan khidmat guaman. Johari diselubungi oleh rasa takut dan gementar kerana tarikh untuk beliau hadir ke Mahkamah tinggal hanya 2 hari lagi. Akhirnya, Johari bertemu dengan rakan lamanya yang kini adalah seorang peguam. Beliau meminta nasihat guaman secara pro bono dari rakan peguamnya. Beliau kemudiannya ditanyakan beberapa soalan oleh rakannya. 

Peguam: Berapakah jumlah tuntutan Saman tersebut? 

Johari: Termasuk tuntutan faedah semuanya berjumlah RM32 ribu. 

Peguam: Jika demikian, sekiranya Penghakiman dimasukkan, dalam prosiding perlaksanaan nanti tindakan Kebangkrapan boleh dimulakan pula. 

Johari: Apa? Saya akan dibankrapkan? 

Peguam: Begitulah nantinya... 

Johari: Jadi, apa yang saya harus lakukan sekarang? 

Peguam: Di manakah kenderaan tersebut? 

Johari: Saya simpan. Kerana takut ditarik oleh pihak bank. Salahkah saya berbuat demikian? 

Peguam: Oh! Saya tak akan komen tentang itu. Cuma... Bolehkah awak serahkah kenderaan itu kepada pihak bank secara sukarela? 

Johari: Rugilah saya nanti, ... kerana pihak bank akan lelong kenderaan tersebut dengan harga yang rendah... Saya telah diberitahu oleh seorang rakan, jumlah lelongannya adalah lebih kurang RM11ribu sahaja. Dan saya masih berhutang dengan bank lebih kurang RM21 ribu lagi... 

Peguam: Jika demikian, awak cuba dapatkan harga yang lebih baik untuk kenderaan awak. Jangan risau... Lusa awak hadir ke Mahmakah dan failkan Pembelaan awak. Pasti pihak Mahkamah akan berikan lanjutan masa lagi. 

Johari: Bagaimana nak failkan Pembelaan? Saya tidak tahu. 

Peguam: Awak hanya jawab ..... 'Saya tiada pengetahuan tentang perenggan .... Pernyataan Tuntutan tersebut'. Itulah yang awak akan tulis di dalam Pernyataan Pembelaan awak. 

Perbualan sepintas lalu tersebut, sedikit sebanyak mengurangkan rasa kerisauan Johari dan beliau segera menyiapkan Pernyataan Pembelaan seperti yang diajar oleh rakan peguamnya. Johari telah menyiapkan suatu Pembelaan Kosong beliau atau dipanggil sebagai "bare Defence". Meskipun, ianya hanya suatu "bare Defence", secara teknikalnya beliau telah memfailkan Pembelaan terhadap Saman tersebut dan Mahkamah memberikan suatu tarikh sebutan untuk pihak bank memfailkan Penghakiman Terus. 

Secara ringkasnya, lebih kurang 3 bulan dari tarikh beliau kena hadir ke Mahkamah buat kali pertama, Penghakiman atau Perintah masih belum lagi diperolehi oleh pihak bank ke atasnya. Akhirnya, selepas 6 bulan dari tarikh beliau kena hadir ke Mahkamah, pihak Bank telah mendapatkan Perintah bagi Penghakiman Terus terhadap Johari. Dalam tempoh tersebut, Johari berjaya menjual kenderaannya dengan harga RM25ribu. Jumlah tuntutan bank mengikut rekod adalah sebanyak RM34ribu, dan setelah ditolak akhirnya hutang Johari kepada bank hanyalah RM9ribu. 

Setelah berjumpa dengan pihak bank, hutang beliau telah diberikan pengurangan sebanyak RM5ribu dan cara pembayarannya sebanyak RM150 sebulan sehingga penyelesaian keseluruhannya. Dalam tempoh 2 tahun selepas itu, Johari berjaya melunaskan hutangnya dengan pihak bank. Pada mulanya tadi, Mahkamah telah menjadi suatu tempat yang amat menakutkan buat Johari, kini tidak lagi. Johari berjaya mengatasi ketakutannya setelah bertemu dengan rakan lamanya. Meskipun, nasihat guaman yang diterimanya adalah berbentuk 'common sense', 

Johari dapat mengapresiasikan nasihat tersebut dengan kebolehan mindanya berfikir untuk merungkai permasalahan. Demikianlah maksud dan pengertian Mahkamah kepada Johari. Ianya adalah suatu institusi untuk memberikan keadilan kepada semua pihak.

APABILA WAHABI MASUK KE SUATU NEGERI - dia akan mengembangkan MATA Penduduknya MENENTANG PENJAJAHAN!

Ikutilah pembicaraan tentang Wahabi. Supaya kita tak tersesat membaca sumber yang salah dan sesat. Apakah maksud di sebalik terma istilah Wahabi?

Di Malaysia, ramai menyatakan bahawa gerak faham anti Al Ghazwatul Fikir ini dibawa oleh Gerakan Kaum Muda di Malaysia iaitu disekitar pertengahan kurun ke 20. Sewaktu hujung-hujung penjajahan Jepun dan seawal pentadbiran British Military Army. Di sinilah kumpulan Ulama'-ulama' Malaysia membangkitkan semangat anti penjajahan. Kefahaman Tauhid bisa membungkam kebodohan ummat!. Mereka kemudiannya dituduh Wahabi penyesat masyarakat oleh para Penjajah.

Hari ini di Malaysia yang banyak adalah Geng Wahab BB. BB tu maksudnhya Belagak Bagus! Mereka hanya tahu sedikit kisah dan cerita akan tetapi membelagak bak tahu semua.

Begini kisahnya; sejak abad Ke-18; sejak Gerakan Wahabi timbul di Pusat Tanah Arab, nama Wahabi telah MENGGEGARKAN DUNIA. Kerajaan Turki yang sangat berkuasa pada waktu itu; TAKUT KEPADA WAHABI.

Kerana Wahabi adalah permulaaan KEBANGKITAN SEMULA Bangsa Arab sesudah jatuhnya Kegemilangan Kerajaan Abbasiyyah pada serangan bangsa Monggol dan Tartar ke Baghdad!

Dan WAHABI pun DITAKUTI oleh bangsa-bangsa Penjajah, kerana APABILA WAHABI MASUK KE SUATU NEGERI - dia akan mengembangkan MATA Penduduknya MENENTANG PENJAJAHAN!

Sebab FAHAM WAHABI ialah meneguhkan kembali AJARAN TAUHID yang MURNI! Dan menghapuskan segala sesuatu yang membawa kepada SYIRIK. Jika membawa faham Jangan Usholli dan Jangan Baca Doa Qunut itu ialah Golongan Wahab BB.

Sebab usaha perjuangan Tauhid ini; lalu timbullah perasan tiada tempat TAKUT selain Allah. Wahabi adalah penentang kepada JUMUD; iaitu memahami "agama" secara membeku atau RIGID!

Ajaran ini telah TIMBUL bersamaan dengan TIMBULnya REVOLUSI PERANCIS di Eropah yang ada pada Revolusi ini suatu fahaman yang dinamai Sekularisme. Dan pada masa itu juga, "infiltrasi" dari gerakan ini telah masuk ke Tanah Jawa. Pada 1788, di zaman pemerintahan PAKU BUWONO IV, yang lebih terkenal dengan gelaran "SUNAN BAGUS", beberapa Orang Wahabi telah datang ke Tanah Jawa dan meyebarkan fahaman "Wahabi" ini. [Fahaman Wahabi = fahaman menentang Al Ghazwatul Fikr/fahaman menentang Minda Terjajah/Minda Tertawan].

Bukan setakat di Solo dan Jogja tetapi Geng Wahabi Tulin ini telah menerobos ke Wilayah jauh di Madura, Chirebon dan Banten. Kefahaman ini mendapat sambutan baik kerana jelas terang anti penjajahan. Sunan Bagus tertarik sekali dengan idea kefahaman segar Wahabi ini. 

PEMERINTAN BELANDA ITU mendesak agar Sunan Bagus menyerahkan Orang-orang Wahabi itu kepada mereka. Mereka cukup tahu apakan nasib mereka sebagai penjajah; jika FAHAMAN WAHABI ini dianuti rakyat! Ayuh difikir lestarikan. Jadi Geng Wahab BB jangan main bongok tidak faham; usah nistakan kebaikan dengan fitnah. Mereka nak Qunut Subuh atau tidak itu bukan set kefahaman WAHABI yang berjuangan tulus mendampingi Ummat kepada Tauhid Kepada Allah!

Saya tiada berniat untuk menjulang istilah Wahabi; sekadar untuk memberikan Keadilan yang sepatutnya pada peristilahan itu dari selalu ditahikan; malah dinajisi.

Rasanya cukup difahami ianya bukanlah ajaran Musailamah Al Kazzab. Musuh Ummat Islam ialah Ummat Islam sendiri. Wahabi di Malaysia dimusuhi oleh Puak-puak Wahab BB; tanpa mereka itu sedari. Suatu waktu dahulu musuh Wahabi ialah Kerajaan Turki Osmaniyyah dan Kerajaan Syarif di Mekah sebelum Kerajaan Syarif itu terhumban ke Jordan kini.

1801, datang lagi kaum Wahabi ke "Indonesia" selepas penangkapan Orang Arab itu oleh Penjajah Belanda; kali ini anak Melayu sendiri. Antaranya ialah HAJI MISKIN PANDAI SIKAT, HAJI ABDURRAHMAN PINABANG dan HAJI MUHAMMAD HARIS TUANKU LINTAU. Mereka datang dari Wilayah Melayu Minangkabau di Luak Agam, Luak Lima Puluh Koto dan Luak Tanah Datar.

Antara murid mereka ialah Tuanku Nan Rinceh Kamang dan Tuanku Samik Ampat Angkat. Akhirnya melebar dan terbentuklah Kaum Paderi. 

Asalnya tiada istilah Ulama' di dalam Istilah Melayu Nusantara seperti hari ini dan di dalam Kamus Dewan. Istilah yang digunakan untuk memaksudkan Ulama' atau Nuansa Paderi itu ialah istilah Ulama' yang digunakan hari ini.

Lupakan istilah Wahabi akan tetapi lihatlah kesan pembangunan Minda dan pencerahan yang dibawa bersama pemikiran itu. Antara pejuang kaum Paderi yang terkenal ialah Tuanku IMAM BONJOL. Dan terjadilah Perang Fi Sabilillah antara Mujahiddin dengan Penjajah Belanda.

Dalam abad ke 18 hinggalah 19; lalu akhirnya dengan momokan pangkat dan wang; tewaslah para Mujahiddin itu dalam Perang Paderi yang dahsyat ini mengorabankan ribuan nyawa Ummat Islam dan askar Inggeris-Belanda turut mati dengan jumlah yang banyaknya.

Kerana kuasa; ada pemerintah di daerah Melayu Sumatera dan di Tanah Jawa sanggup menikam dari belakang. Suburnya kefahaman Islam sejak waktu itu di Nusantara ini menjadikan kita hari ini lahir terus ber"agama". Faham menentang penjajahan yang sekian panjang ratus tahunnya. 


KHA Dahalan , seorang pendokong Fahaman Wahabi
Dan pada abad ke-20 datang semula gerakan baru bertunjang sama yang dinamalabelkan sebagai Kaum Muda di Tanah Melayu Minangkabau. Manakala di Tanah Jawa datangnya ulama' yang bernama Kiyai Haji Ahmad Dahalan dan Syeikh Ahmad Soorkati. Gagasan Muhammadiyah hari ini sungguh luar biasa. Sangat bersahaja namun punya Universiti mereka di setiap bandar di Indonesia. Tak perlu gelar mereka Wahabi. Kerana misi dan intipati perjuangan telah membuahkan hasil yang luar biasa. 

Umumnya para pendokong Wahabi ini dalam soal Fiqh berMazhab Hanbali. Barangkali Imam Ahmad bin Hanbal sepatutnya seorang Reformer berbanding seorang Fuqaha' per se. Namun besar juga yang berMazhab Syafei. Manakala di benua India, orang yang berMazhab Hanafi itu majoritinya golongan pembaharu pemikiran Wahabi ini. 

Di setiap episod siri-siri penjajahan Barat; istilah "WAHABI" selalu dijadikan alat mainan fikir untuk menekan Semangat Kesedaran Islam dan Pemurnian Fikrah. Bagi Ummat Islam yang tidak mengetahui intipati sejarah pemikiran ummat akan menjadi benci kepada "Isikandung Ilmu" Muhammad Abdul Wahab dan Pemikir yang seangkatan. Bukan sahaja benci soal itu; nama WAHABI itu pun dibenci dan seterusnya dikeji.

1925, setelah mendengar kemenangan Raja Wahabi Ibnu Saud mengusir Syarif Mekkah; suatu Kongres Besar Ummat Islam di Surabaya mengucapkan Tahniah yang dikirim melalui telegram kepada Team Ibnu Saud itu. Dua orang wakil Muslimin Indonesia iaitu Djokroaminoto dan KH Mas Mansur dihantar ke Tanah Arab itu. Pada 1927, Haji Agus Salim pula ke sana mengunjungi Pentadbiran Ibnu Saud.

Tempoh yang sama; Turki sudah semakin Moden dan bersama-sama dengan pengikut Syarif serta Ulama'ulama' Pak Turut mereka mengecam hebat Gerakan Wahabi yang dianggotai oleh para-para pejuang anti Penjajah di merata dunia. Pergerakan Anti Penjajahan atas label Wahabi ini terus dikecam sebagai perosak Islam dan golongan pengganas!

Ada satu kumpulan yang mengasaskan idea anti penjajahan yang sama di Malaysia iaitu di atas Gunung Semanggol sekitar tahun 1948. Mereka juga menerima nasib yang sama dan digelar sebagai Hubaya-hubaya dari Gunung!

Hamzah [Part II]

Di pintu keluar sempadan - Immegresen Malaysia (Pengkalan Hulu)

Kereta/Jeep dipandui Abidin sampai di pintu keluar Immegresen Malaysia. Menyerahkan dokumen perjalanan. Dilihat oleh pegawai Immegresen. Senyuman oleh pegawai. Dicop dan kereta berjalan semula. Nampak keluar dari pintu masuk Immegresen Thailand. Perjalanan menuju ke Pekan Betong.

Papantanda - Betong .... km.

Nampak kereta masuk ke Pekan Betong. Restoran Seri Betong. Check In.

Dalam bilik hotel. Dialog.

Abidin: Malam ini rencananya bagaimana. Aku ke kelab. Urusan niaga kita.

Khattab: Bagus. Jumpa Haleng. Bilang padanya. Tujuh puluh tujuh tukar Tiga Puluh Enam. Baki ambil. Transaksi di Kota Langit. Di antara huruf Ya dan Siin. Jangan tamak. Pastikan semuanya okay.

Abidin: Kenapa Tiga Puluh Enam? Kenapa tidak sama?

Khattab: Kita nak berniaga lama. Bukan kejap-kejap. Bukan kali ni saja. Macam bola ping pong. Kuat kau lantunnya ke dinding, lagi deras ia sampai.

Abidin: Sedia faham. Jadi jumpa sheikh?

Khattab: Walid ada di Bangkok. Esok dia akan ke Mekkah. Ada urusan jamaah. Akan jumpa dia di Bangkok sebentar lagi.

Abidin: Naik apa ke sana?

Khattab: Buraq. (Senyum). Hmm...

Abidin: Oh ya.... Al Khunnas....

Khattab masuk ke bilik air dan melihat dia sedang ambil wudhu'.
Badrull Hussin - Casting memegang watak Khattab "Al Khunnas"
Abidin: Nanti malam waktu dinihari. Aku jama'. Lepas jumpa Haleng di kelab. (suara dari luar bilik air).

Khatab selesai wudhu'. Keluar dari bilik air. Gapai sejadah. Bentang dan mulakan takbir.... (fade out/cut to)

Negara Merdeka maknanya orang Cina dan orang India boleh jadi Perdana Menteri

Sebelum anda sebagai orang Melayu ataupun anda sebagai seorang Muslim membaca artikel ini anda mestilah tenangkan jiwa anda dan berpegang teguh kepada prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Di dalam bahasa Inggeris ianya disebut sebagai Supremacy of the Constitution dan Rule of Law. Kedua-dua prinsip tersebut ialah prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara. 

Perlembagaan tidak pernah sama sekali melarang orang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tidak seperti yang terkandung pada sesetengah provisi Undang-undang Tubuh sesebuah negeri. UMNO atau United Malays National Organisation juga membenarkan orang bukan Melayu asalkan taraf pribumi atau bumiputeranya jelas untuk diterima sebagai ahli UMNO. Malah orang bukan Melayu yang beragama Islam juga dibenarkan menjadi ahli sehingga diangkat menjadi pemimpinnya. 

Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kedua-duanya, mengikut cakap-cakap ramai, bukanlah berdarah Melayu jati tetapi kini telah dianggap dan diterima secara meluasnya sebagai pemimpin Melayu. Jawatan Perdana Menteri menurut Perlembagaan Persekutuan bukanlah kuasa tertinggi di dalam negara Malaysia. Apakah tugas pertama seorang Perdana Menteri?
Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya
Tugas ulungnya ialah menjadi Pengerusi kepada Jemaah Menteri. Perdana Menteri ialah orang yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong; iaitu orang yang Yang DiPertuan Agong menurut hematnya MUNGKIN mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. Perlembagaan tidak menyebut secara jelas dan nyata apakah prinsip asas dalam bernegara di Malaysia; namun Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan menyatakan secara tersirat bahawa Prinsip-prinsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi berParlimen adalah terpakai di Malaysia. Laporan di dalam Suruhanjaya Reid ada menyatakan tentang prinsip-prinsip ini, namun ramai yang tidak berkesempatan melihat dan membaca isi kandungannya secara zahir. 

Setelah Perdana Menteri dilantik, maka beliau hendaklah menasihatkan Yang DiPertuan Agong akan siapakah di kalangan ahli Dewan Parlimen yang akan dilantik sebagai ahli-ahli kepada Jemaah Menteri tersebut. Dan Perdana Menteri juga boleh memecat seseorang ahli Jemaah Menteri yang telah dilantik itu dengan hanya menasihati Yang DiPertuan Agong untuk melakukan sedemikian. Inilah teori asas berkenaan kuasa eksekutif di dalam negara Malaysia meskipun terdapat pengecualian dalam hal-hal yang tertentu. 

Kuasa seorang Perdana Menteri terletak ditangan kuasa majoriti ahli Dewan Rakyat. Sekiranya majoriti ahli Dewan Rakyat hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri itu maka beliau hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri yang dipengerusikan olehnya. Dan pada ketika itu negara tidak ada Perdana Menteri dan/atau Jemaah Menteri untuk menasihati Yang diPertuan Agong menjalankan tugas eksekutifnya. Namun janganlah dilupai bahawa Yang DiPertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan. Dan inilah maksudnya Raja berPerlembagaan. 

Raja berPerlembagan bukanlah sistem monarki mutlak. Ianya adalah satu sistem monarki yang dibimbing oleh sesuatu undang-undang tertinggi bagi sesuatu negara. Pada setiap masa dan saat kuasa Raja berPerlembagaan ini hendaklah wujud dan terlaksana. Sekiranya seseorang yang menjawat jawatan Yang DiPertuan Agong itu hilang kuasanya menurut Perlembagaan, maka secara operasi undang-undang (baca: secara automatiknya), seseorang yang menjawat jawatan Timbalan Yang di Pertuan Agong mengambil alih tugasnya di saat dan ketika kuasa orang yang menjawat jawatan Yang diPertuan Agong itu hilang. Dan jika hilang pula kuasa orang yang menjawat jawatan Timbalan Yang DiPertuan Agong, maka kuasa seorang Ketua Utama Negara terletak kepada Majlis Raja-raja.

Raja berPerlembagan ialah suatu kuasa yang melambangi Perlembagaan itu sendiri. Manakala kuasa seorang Perdana Menteri dan/atau Jemaah Menteri adalah berasaskan prinsip Demokrasi berParlimen. Kedua-dua kuasa ini ditakluki oleh prinsip Kedaulatan Undang-undang. Kedaulatan Undang-undang berasaskan prinsip keadilan. Dan prinsip keadilan bagi negara yang mengamalkan sistem demokrasi moden adalah melalui undang-undang. Inilah konsep sistem pembahagian kuasa di dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Sistem pembahagian kuasa menyatakan bahawa setiap Cabang Kuasa itu mempunyai kuasa untuk semak dan seimbang di antara satu sama lain.

Undang-undang adalah kuasa. Dan terdapat tiga cabang kuasa yang mengawal selia Undang-undang. Iaitu, kuasa menggubal Undang-undang, kuasa mentadbir Undang-undang dan kuasa melaksanakan Undang-undang. Kuasa menggubal undang-undang terletak pada suatu badan yang dinamakan sebagai Parlimen. Kuasa untuk mentadbirnya diketuai oleh Jemaah Menteri dan kuasa melaksananya terletak pada badan kehakiman iaitu Mahkamah.

Ah Meng telah mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat dan telah dilantik sebagai Perdana Menteri. Selain menjadi pengerusi kepada Jemaah Menteri, tugas Ah Meng ialah menasihati Yang di Pertuan Agong di dalam soal perlantikan seorang Ketua Hakim Negara. Nasihat yang diberikan oleh Ah Meng kepada Yang DiPertuan Agong hendaklah mendapat persetujuan Majlis Raja-raja. Ah Meng akan terus menjadi Perdana Menteri setakat tempoh yang dibenarkan oleh Perlembagaan dan tertakluk kepada kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Ah Meng juga tertakluk kepada sokongan rakyat yang menjadi pengundi di konstituensi yang mereka dipilih secara majoriti. Ah Meng pula hanya boleh mentadir negara Malaysia melalui Jemaah Menteri yang disusun atur olehnya. 

Pendek kata, Ah Meng bersama Jemaah Menterinya mestilah mempunyai bakat kepemimpinan yang hebat jika Ah Meng ingin menjadi seorang Perdana Menteri berlandaskan Perlembagaan. Ah Meng juga mesti memimpin Jemaah Menterinya berdasarkan kedaulatan undang-undang. Kedaulatan undang-undang pula mestilah selari dengan konsep keadilan melalui undang-undang. Ah Meng bukanlah seorang Ketua Utama Persekutuan dan dia bukanlah pemimpin tertinggi angkatan tentera persekutuan. Ah Meng hanyalah seorang ketua demokrasi berParlimen. 

Perlembagaan memberikan ruang dan peluang kepada Ah Meng untuk menjadi Perdana Menteri kerana ianya adalah hasil daripada suatu keputusan Kontrak Sosial sebelum wujudnya negara ini. Kontrak Sosial yang berlaku itu adalah benih yang menumbuhkan sebuah negara yang hari ini dinamakan sebagai Malaysia. Tanpa kontrak sosial tersebut, negara Malaysia tiada kewujudannya. Yang ada hanyalah negeri-negeri Melayu yang dinaungi British dan dua wilayah jajahan British di Semenanjung Tanah Melayu. Juga ada dua wilayah di Borneo yang ditadbir oleh kerajaan British. 

Setakat hari ini, semua rakyat bagaikan bersetuju secara senyap bahawa Perdana Menteri Malaysia mestilah seorang Melayu yang beragama Islam dan lahir di Semenanjung Tanah Melayu. Hari esok pula ditentukan oleh generasi hari ini akan siapakah yang mesti menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia. Apapun makna merdeka bagi sebuah negara yang bernama Malaysia mestilah berdasarkan kepatuhan penuh kepada Perlembagan Persekutuan.

Suatu Kisah Filem Pendek - Hamzah

Kisah Hamzah (Sebermula)

Akhirnya Kisah Hamzah pun dicatatkan. Pada Januari 2012. Akan ditayangkan sebagai sebuah filem pendek yang akan diarahkan oleh Zambry bin Zainal Abidin yang dipandubimbing oleh sifunya, Pengarah Abror Rivai. Filem Pendek ini akan dituliskan skripnya secara asasnya oleh Ahmad Ansor Batubara. Beginilah Kisah Hamzah.

Hamzah bin Hamzah. Itulah nama yang diberikan kepadanya oleh Syeikh Muhammad Rasyad. Nama gelar Hamzah ialah Al Khunnas. Dicatatkan pada permulaan cerita ini, suatu pengkebumian seorang jenazah oleh Bapak. Bapak tinggal berseorangan di sebuah rumah di atas gunung. Bapak sedang menggali kubur untuk Hamzah disemadikan.

Suatu sinematik pada fajar yang sedang mempersiangkan dirinya. Sebuah kereta jeep memanjat bukit. Barangkali ini adalah suatu lokasi di Cameron Highlands. Sedang membelok-belok jalan sebuah jeep yang dipandu oleh Abidin bin Aliuddin dan disebelahnya Khattab bin Umar akhirnya sampailah jeep tersebut di pondok usang Bapak. Bapak sudah tua usianya. Barangkali sudah 60 tahun lebih. Tetapi masih dilihat gagah bak orang yang usianya 40an. 
Pemandangan berbukit yang akan dilalui Jeep tersebut
Kamera memaparkan wajah fajar yang sedang dilimpahi cahaya fajar yang menyinsing. Turun memusar melihat keliling alam maya dan memfokuskan pada suatu sudut di mana Bapak sedang mencangkul kuburan buat jenazah Hamzah. Sampailah Jeep tersebut di atas gunung itu. Lalu Khattab memikul jenazah bersama Abidin dan membawanya berdekatan dengan kubur yang telah digali.

Abidin/Khattab: Assalamualaikum Bapak 

Bapak: Alaikum Salam. Sudah disolatkan? Ana sudah solat ghaib untuk almarhum.

Khattab: Kita sempurnakan ia.

Lalu proeses penyempurnaan pengkebumian dilaksanakan. Kubur ditimbus semula oleh tiga orang.

Sebatang pohon ditandakan di atas kuburan. 

Talkin bermula. Pembacaan Surah Al Insan. Suara Khattab mengetuai Talkin. Surah Al Insan dilaungkan dengan merdu sekali......

Ketika Surah Al Insan dibacakan - paparan imej kelam-kelam fade out pada tiga susuk tubuh kepada perjalanan sebuah kereta menuju ke Betong....

Dialog di dalam kereta/jeep.....

Khattab: Aku suka makan tauchu. Ikan Kembong taucu. Ikan ...mesti digoreng garing..

Abidin: Garing.... tapi jangan garing sangat. Nanti tak terasa isinya.

Khattab: Bulung Gadong tahu?

Abidin: Pucuk Ubi Tumbuk, masak lemak, daging salai, bunga kantan, ditumbuk lumat-lumat. Hmm enak!

Khattab: Di depan ni ada Restoran. Tasik Raban. Sinipun enak!

Abdidin: Ya, makan. Jangan kena makan sudah!

Khattab: Tawakkal. Sudah azam. Tawakkal.

Abidin: Alhamdulillah. Ma'thuraat sudah.

Khattab: Depan sana......., 3 km, belok kanan.

Makan di Restoran Tasik Raban.

Meneruskan perjalanan ke Betong.

Seterusnya, di sempadan Pengkalan Hulu - Betong. (Di Immegresen Malaysia) 

---- bersambung ------

Kisah Bugis Makassar - Merenung dan mengambil iktibar

Beginilah kisahnya. Begitu hebat Sultan Hasanuddin Makassar melawan Belanda yang jahat. Bila hal ini berlakunya? Ingat 1511 Portugis TAWAN Melaka. 100 TAHUN berikutannya, Kisah Belanda Jahat di Tanah Indonesia kini. Belanda datang ke Timur jauh mahu apa? Mahu merebut sesuatu yang ada di sini setelah mendengar Portugis kaya raya! Yahudikah Belanda ini? Sepetimana Bani Israelnya Portugis?

Belanda datang ke Banten, Jawa dan Makassar. Siapa Hasanuddin? Seorang pahlawan Indonesia lama yang tetap teguh bertahan. Dia adalah pedagang lada dan rempah-rempah di Maluku yang mana perdagangan ini mahu dimonopli oleh Belanda sebagai modal awal mereka. Belanda menyerang dan Hasanuddin bertahan!

Apa katanya kepada Belanda: ALLAH MENGADAKAN DUNIA SUPAYA SEKALIAN MANUSIA BERBAHAGIA. APAKAH TUAN MENYANGKA BAHAWA ALLAH MENGECUALIKAN PULAU-PULAU YANG JAUH DARI TEMPAT TINGGAL BANGSA TUAN ITU UNTUK PERDAGANGAN TUAN?

Demikian sopan santunnya Hasanuddin dalam ketegasan. Jika Belanda nak berniaga juga dia mengajak Belanda BERNIAGA bersama-sama. Bersainglah di pasaran terbuka. Tetapi Yahudi Belanda ini tak mahu. Mereka mahu MONOPOLI. Bagi Hasan, ini suatu KEZALIMAN!

Ketika ini Belanda sudah menawan Goa dan mahu menawan Makassar pula. Pusat kerajaan Makassar ini berpusat di Maluku.

Kisah Hasanuddin dan Aru Palaka anak Raja Sopeng ini adalah kisah rebut kuasa dan saling tak percaya antara sesama.

Hasanuddin punya hasrat menyatukan Wilayah Bugis - Makassar sedangkan Aru Palaka tak bersetuju dengan rancangan Hasannuddin yang mana pendekatannya (Hasan) keras dan kejam.

Belanda hanya melihat-lihat dan merenung-renung dan seterusnya MENGAMBIL KESEMPATAN di atas pertelagahan ini. Lalu Aru Palaka dimanjakan oleh Belanda. Yahudi Belanda menjadi pengadu domba. Mereka semua anak Bugis Makassar adalah orang-orang laut yang hebat. Jika Belanda nak melawan kesemuanya pastilah Belanda rabak musnah. Akan tetapi, Belanda guna taktikal adu domba.

Akhirnya Hasanuddin terdesak dan terjadilah Perdamaian Bongaya 1667. Raja-raja Bugis dan Makassar ini bukan orang-orang lain. Mereka bertali darah. Demikianlah juga rakyatnya. Kalau yang menyerang itu adalah saudaranya sendiri, suami adiknya, saudara sepupunya dan kadang-kadang anak atau ayahnya. Samalah sengketa kita UMNO, PAS dan PKR hari ini.
Aru Palaka @ Arung Palakka
Akhirnya, siapakah yang menang? Bukan juga Aru Palaka yang menang. Yang menang adalah General Speelman! Dalam Perjanjian Bongaya, Hasanuddin terpaksa melepaskan hak koloni ke atas Bone, Wajo dan Sopeng serta Bima dan Sumbawa. Hilanglah Kerajaan Islam yang besar di Timur Indonesia. Patahlah hati orang-orang Bugis dan Makassar lantas mereka merantau pula ke negeri-negeri yang lain.