Thursday, February 6, 2014

Kembara Musa di Selat Marmara (Fasal VII)

Betul budak itu tak berdosa
Dan aku pun tak berdosa meskipun aku bunuh budak itu
Budak itu sudah pun masuk syurga
Budak itu masuk ke syurga kerana dia tak berdosa

Tapi kau telah berdosa Musa kerana kau menuruti Syaithan dan kau jadi lupa!
Bapa budak itu orang yang baik-baik
Tetapi ini bukanlah sebab anaknya juga akan terus jadi baik
Benar, sekarang anaknya baik
Akan tetapi Syaithan akan selalu memperdaya
Dan kerana perdayaan Syaithan nanti anaknya akan jadi jahat dan berdosa
Anaknya akan membuat dosa dan ibubapanya akan membela anaknya
Jika demikian ibubapanya pun akan turut berdosa
Jadi ketiga-tiga orang akan masuk ke Neraka 

Kini semuanya sudah selamat
Budak itu telah selamat masuk ke Syurga
Ibubapanya pun Insha Allah akan masuk ke Syura.

Musa.....
Seorang anak Adam menjadi anak yang derhaka dan berdosa sedangkan bapanya seorang Nabi
Demikian anak Nabi Nuh dan isterinya
Demikianlah bapa Nabi Ibrahim
Demikianlah isteri Nabi Luth
Anak-anak Nabi Ya'aqub

Musa.....
Kelak kau juga akan menjadi bapa
Kiranya anakmu diambil Tuhan ketika dia masih kecil atau belum dilahirkan bersyukurlah kepada Allah.
Allah melakukan semua perkara kerana Allah sayang setiap hambanya
Adapun hambanya yang ingkar dia tak akan mengetahuinya
Allah mengambil anak seseorang ketika dia masih kecil kerana Allah sayangkan ibubapanya dari menjadi berdosa kerana angkara anaknya kelak; kiranya anaknya itu hidup!

No comments:

Post a Comment