Kebun anggur yang ranum dan enak rasanya |
Memang kedua-dua Dusun atau Kebun atau Ladang itu mengeluarkan hasil. Dan memsisahkan kebun mereka ada sebatang sungai yang mengalir.
Salah seorang Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta yang lain; lalu berkatalah dia kepada rakannya, tuan kebun yang satu lagi. dia sound rakannya itu: "Hey mamat! Aku lebih banyak harta daripadamu. Aku lebih berpengaruh. Dan pengikut-pengikut aku lebih ramai".
Dan kereknya dia ajak rakannya itu masuk ke Kebunnya. "Mat, mai masuk kebun akui ni! Lihatlah betapa ranumnya buah-buahan ini semua. Kau punya aku tengok lebih kurang jer! Taklah sesubur kebun aku. Kau tahu tak aku punya teknik pertaninan yang orang lain tak tahu. Aku yakin kebun aku akan terus masyhur dan aku pasti ianya tak akan musnah!"
"Eh! Mat. Kau rasa Qiamat akan berlaku ker? Aku fikir tidak. Aku nak hidup lama di dunia ini! Mmmm! Kau percaya adanya Allah? Bagi aku..... takpelah; jika Allah itu ada pun, aku rasa akulah yang nanti bila aku mati dan dihidupkan semula; aku akan diberikan oleh Allah Tempat yang lebih baik daripada apa yang aku ada di dunia ini!"
Saya berhenti pada ayat 36 Surah berkenaan. Kerana apabila kita meneliti dialog antara mereka kita mesti kupaskan apakah soal yang mesti diambil hikmah?
Jika nada menerlus ke dalam intipati persoalannya dapatlah kita rungkai soal Idealisme yang diperbincangkan. Apabila sang kaya itu meyombong akan hartanya. Maka itulah maksudnya Materialisme. Anda tahu atau tidak berapa banyakkah idealisme di dunia ini yang bersandar kepada Materialisme? Kedua-dua idealisme sosio-ekonomi Kapitalisme dan Komunisme bersandar kepada soal pokok Materialisme. Materialisme adalah ideologi yang menolak soal Super Power.
Dan ini cabaran besar kepada setiap orang Islam pada hari ini untuk melihatfaham di manakah kedudukan material itu dengan konsep "Innallaha Yabshutu Ar Rizq Wa Yadqir". Dan pada Al Kahfi sekali lagi Allah memberi faham kepada manusia bahawa Al Mal Wal Banun - Zinatal hayat ad dunia....
Dan kita teruskan kisah ini selanjutnya pada ayat 37:
Berkata rakan petani itu. "Hai Lan! Kenapa kau cakap Qiamat tak akan berlaku? Dan kenapa kau cakap seperti tidak yakin kepada wujudnya Allah?"
"Hei! Kau tahu tak? Sanggup kau kufur? Kau tahu tak! Allah jadikan kamu daripada TURAB. Tanah! Lan..... Kau dijadikan daripada tanah... Kau tahu tak? Dan daripada tanah Allah jadikan Nutfah! Air mani. Sperma dan Ovum... kau tahu tak? Kau faham tak Sains Biologi Lan! Kau bacalah Surah At Thaariq!"
"Selepas Sperma bercantum dengan Ovum, maka jadilah kau janin sehingga kau dilahirkan dan menjadi besar dan berdiri di sebelah aku ini! Kau sedar tak apa yang kau perkatakan tadi Lan?"
"Lan, Aku yakin dan percaya Qiamat itu pasti. Mati itu benar. Dan aku yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Ilahku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Ilahku."
"Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: Semuanya ialah apa yang dikehendaki Allah! Semua ini MA SYAA' ALLAH. SEBAB ALLAH KEHENDAKI KEBUNMU SUBUR. Kau tak ada apa-apa kehebatan pun!"
"Kau tahu tak! LA QUWWATA ILLA BILLAH! Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah?"
"TAK APALAH! Kalau engkau memandangku sangat KURANG tentang harta dan anak, berbanding denganmu, maka mudah-mudahan Ilahku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan aku bimbang Dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus."
Anda takut tak ada duit? Anda takut pada DUIT? Wahai Saudaraku! Duit itu hanyalah suatu PERHIASAN DUNIA. Anda nak DUIT? Allah boleh berikan jika anda mahukan duit. Tapi apa sebenarnya tujuan anda untuk hidup ini? Duit? Duit atau Uluhiyyah Kepada Allah?
Dalam dialog sebelum ini. Allah menyebut! Ma Syaa' Allah.... Apa yang kau lihat rasa itu kerana Ma Syaa' Allah. Kau sekarang ada apa? Rumah besar? Kereta besar? Anak ramai? Ma Syaa' Allah. Jika Allah KEHENDAKI, Allah akan berikan..... Apa? Sebab kau bijak? Sebab kau brilliant? Oh! tidak! Semuanya KERANA Allah bagi.
Saya dahulu pernah memimpin suatu Kelab Sahabat Mawi. MAWI FC. Apakah mulut yang terpacul daripada budak yang dahulunya susah dan miskin yang datang dari Felda itu.... Tidak lepas dari mulutnya... "REZEQI ALLAH BAGI!...." Inilah maksudnya LA QUWWATA ILLA BILLAH. Tiada suatu pun yang berkuasa melainkan ALLAH. Zikirlah LA QUWAATA ILLA BILLAH. Bacalah pada 18:39
Kita sambung lagi....
Dialog terkahirnya tadi.....
"TAK APALAH! Kalau engkau memandangku sangat KURANG tentang harta dan anak, berbanding denganmu, maka mudah-mudahan Ilahku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan aku bimbang Dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus."
".....Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi".
Dan segala tanaman serta hartabenda ORANG YANG BELAGAK KAYA ITU dibinasakan, SI KAYA ITU MENEPUK-NEPUK DAHINYA kerana menyesal terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh SEGALA PARA-PARA YANG DITANAM ANGGUR dan seluruh tanamannya; sambil dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!"
Dan TIADA SESIAPAPUN yang boleh menolongnya, selain dari Allah; dan "sikaya" pula tidak dapat membela dirinya sendiri.
Pada saat yang sedemikian itu - Al walayatu lillah AL HAQ! - kekuasaan memberi pertolongan adalah HAQ Allah, Ilah yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia kepada manusia yang taat.
DAN ALLAH PUN MEMBERIKAN SUATU MISAL:
"Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain dan kembang suburlah ia disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan ingatlah BAHAWASANYA Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
Ya, saudaraku sekalian.... Ambillah misal daripada Allah ini. Kehidupan kita ini seperti AIR.
No comments:
Post a Comment