Wednesday, February 5, 2014

Isu Rakyat: Kenaikan Harga Barangan Keperluan Harian

Oleh: Ahmad Ansor Batubara

Tauke Kedai Makanan yang saya makan tengahari tadi merasa bersalah bila terpaksa memberitahu saya bahawa harga makanan di kedainya sudah naik. Beliau juga bagaikan terpaksa menerangkan kepada saya bahawa harga bahan mentah semuanya naik. Sehinggakan tak ada yang tak naik harganya. Saya tak minta pun dia menceritakan tetapi begitulah pekedai yang baik terkadang mereka tak sampai hati nak beritahu bahawa harga makanan di kedainya sudah naik. 

Di Ipoh sekarang seketul kuih kini harganya 40 sen seketul yang mana sebelum ini masih 30 sen. Pihak kementerian tak boleh senang lenang dalam hal ini. Nanti tiba-tiba berlaku "renjatan ekonomi" siapa yang susah? 
Ini cara cakap kampung sikit supaya ramai orang boleh faham.

Orang-orang yang menjerit bising itu kerana menyatakan kerisauan. Sebab setiap orang kini yang anaknya masih bersekolah ada banyak komitmen. Harga minyak sahaja telah menambahkan kos belanja harian. Ini keresahan hakiki yang bukannya cakap politik. Kenaikan berganda ini nampaknya bagai pembunuh senyap dalam ekonomi negara. Kedudukan ekonomi yang sebenarnya sudah inflasi masih didiamkan. 

Sesiapa yang masih merasa selesa lagi; jangan fikirkan orang lain berada dalam kedudukan yang sama. Ramai sebenarnya rakyat Malaysia hidup dalam tahap insolven. Banyak juga kes penceraian yang berlaku setiap hari kesan daripada tekanan ekonomi. Semua masih membisu dan tak mahu nyatakan apakah statistik terkini. Ditambah lagi keadaan yang merunsingkan ini menjadikan sesetengah suami mahu mencari wang daripada sumber judi di Pusat Game Kuda Haram.

Duit ada RM10; nak try bet la kot dapat RM100 sebab nak beli susu dan pampers anak. Akhirnya rugi dan berhutang pula. Anda mesti cuba dengar suara dan denyut nadi rakyat bila minum teh di Restoran Mamak. Lihat semua orang yang sedang minum itu. Berapakah yang sedang runsing di kepala otak mereka sebab duit tiada di tangan. Anak menangis tiada susu. Pampers tiada. Memang senario ini mengerikan. Ramai isteri di rumah yang menangis. Suami tak ada. Bukan suaminya meninggalkan rumah. Tapi pergi menghisap dadah kerana tension!!!!!

Keratan Akhbar - Harga Brang Naik

No comments:

Post a Comment