Saturday, February 1, 2014

Kembara Musa di Selat Marmara (Fasal IV)

Intelektual! Inteligentsia! Fan Thalaqa
Ulul Albab, Ulin Nuha Ahli Zikria
Bertemu mereka akan seorang Ghulam
Tuan Besar mencabut pedang terus menikam

Darah Ghulam memancut-macut merah
Menyimbah sehingga baju Musa basah
Hei! Orang Gila apakah ini suatu kegilaan!
Bagaimana kau nak mempertanggungjawabkan hal ini kepada Tuhan?

Sudah ku katakan: Kau tak akan Sabar!
Kerana itu aku tak mahu bersahabat lagi denganmu kawan
Aku ikut ku punya jalan dan kau sudah pasti ada jalan
Eloklah kita tamatkan pertemuan kerana sudah ada titik perpisahan

Intelektual! Inteligentsia! Fan Thalaqa
Mari Musa kita ikut ini haluan
Di sini kurang sedikit rintangan Syaithan
Fasta'iz Billah Min As Syaithan; dia datang kita Rejam!

Wahai Tuan aku lapar tersangat amat
Kerana tadi Ikan tak dapat aku makan
Lalu bolehkah kita meminta sedikit makanan
Kepada tuan punya rumah ini; akan makanan sepinggan minum secawan

Maaflah Tuan-tuan sekalian
Bukan kami tak mahu memberikan makanan
Kerana kami tak ada pun walau sepinggan walau secawan
Lihatlah rumah kami ini dindingnya berlubang tak ada papan

Pak Tuan lantas menadah tangan
Memohon kepada Allah memberikan bantuan
Kepada Sahabat Rumah yang tiada papan
Agar dipermudahkan untuk diperbetulkan

Setelah siap Sang Hamba bertukang tangan
Siaplah rumah menjadi elok menawan
Musa meminta Sang Hamba agar diberikan bayaran
Kata Sang Hamba, "Tak usahlah kita meminta balasan jika memberikan pertolongan."

Musa berkata, "Aku tak faham! Aku tak faham!"
Bolehkah kau berikan aku faham.
Tak kisahlah jika ini terpaksa menjadi suatu perpisahan.
Kerana aku sudah benar-benar tiada lagi tahan.

Pak Tuan melihat Musa dalam kemusykilan
Dia sudah tak marah lagi kerana Musa sudah hilang kesabaran
Lalu dia bersetuju untuk suatu perpisahan
Sampai di sini sahajalah kita berkawan, bersahabat dan berteman

Langit memerah kesenjaan menjelang
Pagi ia datang pulang ia petang
Mula berdua, kemudian bertiga dan berdua kembali
Tatkala Pak Tuan pergi akan tinggallah Musa berseorang diri

Pemandangan indah di Selat Marmara

No comments:

Post a Comment