Selat Marmara mengubungkan Laut Agean dan Laut Hitam |
Santapannya Ikan Yu panjang setinggi bahunya
Digendong oleh sang pemuda yang sangat tampan wajahnya
Menemani Musa berjalan menuju ke Selat Marmara
Tak akan kuberehat wahai siganteng orang muda
Sehinggalah daku sampai tiba di pertemuan dua bahara
Andai tidak kujumpa akan bertahun lamanya
Perjalanan ini kan kuteruskan tanpa kenal kecewa
Mahukah kau tahu akan aku cerita
Pernah terjadi di desa ini penuh duka dan luka
Angkara pemabuk kuasa dan penurut nafsu hawa
Akhirnya kangkang tertelantang demikianlah JanjiNYa
Sedang enak Musa mengatur bicara
Air masin dan air tawar memisah antara keduanya
Laut Agean dan Laut Hitam masing-masing tunjuk kehebatan
Natrium Klorida dan Hidrogen Dioksida memampan membran
Demikianlah Ar Rahman menyusun bayan
Lautan kedua-duanya dibarzakh berbagi-bagian
Hak dan kebathilan tak akan mungkin disatukan
Engkar ketetapan akan hadirlah janji Tuhan
Ini bukan cerita tentang main-mainan
Ambillah teladan buat jadikan sempadan
Asyik leka Ikan Yu menyusur pantai memudik air laut
Berenang pantas ia tak tersahut-sahut
Anak muda jadi takut andai Musa bertanya tentang Hut
Tanpa sedar mereka berjalan lajak ke hadapan melepasi patut
Kerana di sanalah tadi sebenarnya tempat bertemunya dua laut
Di tempat adanya batu besar dan batu bertangkup
Lelah rasanya penat ada juga ayuh kita menjamah Hut
Kuharap kau garaplah kisah yang kuceritakan sesepatut
Lapar kurasa inginku mencubit isi Ikan Yu
Kerana tak lama lagi aku akan menerima Wahyu
Maafkan aku Tuan Besar Kekasih Tuhan
Kerana Syaithan aku terlupa untuk mengkhabarkan
Kerana sudah tiada lagi pada kita seekor Ikan
Ia telah pun menyusur laut dengan cara yang sangat menakjubkan
[bersambung]
No comments:
Post a Comment