Thursday, February 6, 2014

Bekerja di bank! Riba Itu Haram! Bacalah Al Qur'an!

Anda bekerja di bank. Confirm!!! Anda semua adalah Riba Eaters. Dan ianya haram!

Cuma; mari kita sama lestarikan persoalan Haram ini? Seorang pekerja bank menerima gaji bulanannya RM5,000.00. Adakah Nilai RM5,000 itu Haram dalam maksud apa sahaja yang dibelanjakan akan menjadikan Result Pembelian makanannya haram? Dia akan makan yang haram. Dan anak dia akan makan benda-benda yang haram!

Benar sekali, ianya menjadi Haram bagi Orang yang membaca Al Qur'an dengan sebelah matanya. Orang yang membaca Al Qur'an sebagai mentera. Tiada apa lagi yang dapat mereka lihat melainkan semuanya haram belaka. 
Seday mampu jauhilah amalan Riba dan suburkanlah Sadaqah

Garis Panduan Jelas kepada KITA ialah Semua Riba itu haram. Dan semua JualBeli itu halal. Apa itu Riba? Well, tiada suara hati akan mengatakan apa sahaja yang Based on Interest repayment of loans itu bukan Riba. Ubahlah jadi apa pun; bila tukang beri pinjam expect keuntungan daripada hasil pinjamannya itulah Riba. Full Stop and konsep ini mudah sangat untuk difahami.

Kerana itulah apabila kita membaca Al Qur'an kita akan dapati bahawa perkara pertama yang Allah suruh kita sebut ialah:-
1. Ista'iz Billah
2. Bismillahir Rahmani Rahim

Kita diminta Istighfar banyak-banyak, dan bertasbih, bertahmid dan bertakbir. Kita diminta Solat dan Zakat. Ya, Zakat atau Sadaqah yang akan mengubati apajua "persoalan Riba".

Maknanya bila orang yang membaca Al Qur'an dia tak akan meletakkan sesuatu Hukum pada setiap masalah. Dia akan melihat bagaimanakah supaya Hukum Allah itu dapat diangkat daripada apajua masalah.

3 comments:

  1. Assalamu'alaikum w.b.t. Saya bukan hendak ulas cuma ingin bertanya (atau lebih tepat lagi inginkan satu fatwa) daripada orang yang berilmu seperti saudara walaupun saudara bukan ustaz. Keadaannya adalah seperti berikut:- Emak saya telah membuat bayaran untuk membeli langsir dengan kad kredit. Beliau ingin membuat bayaran ansuran. Pihak bank bersetuju tetapi setelah diteliti bayaran ansuran melebihi sedikit bayaran tunai. Adakah itu riba'? Sesungguhnya saya mengharap sangat agar persoalan ini dijawab oleh saudara. Sekian, terima kasih. Boleh beri jawapan di ruangan ini untuk manafaat semua.

    ReplyDelete
  2. Salam.

    1. Dalam berhadapan dengan isu dan polemik kehidupan sebegini kita mestilah selalu insaf bahawa kita bukanlah Malaikat dan kita insaf kita adalah manusia.

    2. Dan sesungguhnya manusia adalah bebas kepada perlakuan yang disuruh Allah dan yang ditegah Allah.

    3. Penentu hukuman ialah Allah dan bukannya manusia. Dalam setiap sesuatu "perniagaan" yang mencatatkan keuntungan berganda tanapa keredhaan adalah jatuh dalam maksud RIBA.

    4. Secara ekonominya sistem Kad Kredit itu sendiri adalah bentuk "perniagaan" yang memaksa peminjamnya membayar lebih ke atas hutang mereka. Dan ianya adalah RIBA yang jelas. Demikian juga dengan kisah yang saudara/i nayatakan.....

    "Emak saya telah membuat bayaran untuk membeli langsir dengan kad kredit. Beliau ingin membuat bayaran ansuran. Pihak bank bersetuju tetapi setelah diteliti bayaran ansuran melebihi sedikit bayaran tunai. Adakah itu riba'?

    Secara umumnya saya melihat konsep perniagaan itu sebagai suatu konsep yang cuba mendapatkan keuntungan daripada pihak yang lemah atau Mustad'afin. Apabila harga bayaran tunai dan bayaran ansuran berbeza. Ketetapan Allah janganlah kita ubah. Bentuk sedmikian juga adalah suatu Riba.

    5. Dalam masa yang sama kita juga mesti pragmatik dan berhadapan dengan realiti kehidupan. Kita tak pernah meminta sistem yang tidak baik itu untuk kita amalkan. Kita juga sedaya upaya mahu amalkan segala sistem yang baik. Allah amat mengetahui senario ini kerana Allah lah yang mencipta senario ini.

    6. Allah bekalkan kita dengan Surah At Taubah. Di mana Allah amat mengetahui hamba-hambanya akan selalu melakukan kesalahan dan atau tak terlepas berhadapan dengan polemik terpaksa buat salah. Justeru Allah minta kita agar sentiasa Beristighfar dan Bertaubat.

    7. Taubat itu ialah membersihkan diri daripada hadas, beristighfar, Membaca Al Qur'an dan Solat serta berdoa kepadanya.

    8. Disamping itu, dalam soal amalan Riba; Allah ajarkan kita untuk Bersihkan harta dengan Sadaqah. Dalam Surah At Taubah diterangkan secara lebih terperinci tentang kefahaman sebegini.

    9. Dan sebaik-baik Sedeqah kita ialah kepada ahli keluarga dan sudara terdekat. Sesungguhnya Sedeqah akan menyuburkan harta-harta kita yang "rosak seketika" akibat Riba.

    10. Saya tiada sertakan ayat Al Qur'an untuk mengukuhkan Hujah saya kerana bukanlah Ayat Al Qur'an itu untuk membenarkan Aqal manusia. Akan tetapi saya telah sedaya upaya mengulas apa yang Allah sebut ajarkan di dalam Al Qur'an.

    11. Kefahaman ini boleh kita lanjuti dengan membuka Surah At Taubah, Surah 9 ada 129 ayat.... Moga mendapat kefahaman jaya.... Ilmu adalah suatu perkongsian dan Da'wah itu ialah perkongsian....

    12. Moga kita semua dalam Rahmat Allah. Dalam komentar berikutan, saya akan sisipkan Ayat-ayat Allah berkenaan RIBA untuk kita teladani. Insha Allah.

    ReplyDelete
  3. Ayat-ayat Al Qur'an berkenaan Riba untuk kita faham dan insaf bersama:

    1. Surah RUM 30:39

    وَمَا آتَيْتُم مِّن رِّبًا لِّيَرْبُوَ فِي أَمْوَالِ النَّاسِ فَلَا يَرْبُو عِندَ اللَّهِ ۖ وَمَا آتَيْتُم مِّن زَكَاةٍ تُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُضْعِفُونَ

    Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda.

    2. Surah An Nisaa' (4:161)

    وَأَخْذِهِمُ الرِّبَا وَقَدْ نُهُوا عَنْهُ وَأَكْلِهِمْ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ ۚ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ مِنْهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا

    Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

    3. Surah Ali Imran (3:130)

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا الرِّبَا أَضْعَافًا مُّضَاعَفَةً ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.

    4. Al Baqarah (2:278&279)

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
    فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ

    Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.

    Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

    5. Al Baqarah 275-276

    الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا ۗ وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا ۚ فَمَن جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىٰ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَمَنْ عَادَ فَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

    يَمْحَقُ اللَّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ

    Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

    Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.

    ReplyDelete